Cukupkah hanya dengan pengimbas suhu? Mungkin si pembawa virus “dia” tiada gejala. Tidak batuk dan tidak demam sebab masih di peringkat awal jangkitan.
Lalu dia ini ke pasaraya, pergi isi minyak, pegi curik² sembang santai dengan jiran², gi jogging kat taman permainan.. tanpa terfikir pun dia ni sedang membawa dan menyebarkan virus.
Tiba², satu hari selepas 10 hari bergembira keluar masuk rumah, jalan², beramah mesra dengan jiran tetangga, gejala jangkitan mula timbul. Batuk, sakit tekak, demam. Dari hari ke hari semakin teruk.
Akhirnya dia pergi ke klinik swasta. Jumpa nurse di kaunter cakap nak jumpa doctor sebab batuk dan demam. Dengan tanda² tersebut, doctor yang memeriksa cadangkan dia buat ujian Covid-19.
Dengan berbekalkan Paracetamol 656 dari klinik, dia balik rumah sambil termenung memikirkan bil klinik yang mencecah RM400. Fuhhhhh! Nasib baik kad kreditnya masih ada baki untuk dia leret.
Sehari lepas tu, dia dihubungi pegawai kesihatan memberitahu keputusan ujian Covid-19. Parah, sebab dia disahkan positive. Sepasukan frontliner kesihatan berpakaian lengkap putih datang memgambil dia untuk dibawa ke hospital.
Semua contact rapat diambil nama dan diarahkan buat ujian saringan. Ada yang positive dan ada yang negative.
Dia dalam cerita ni adalah kita. Masa PKP sekarang ni minimumkan berjumpa dengan orang. Jangan suka² keluar masuk pasaraya dengan alasan nak beli barang makanan untuk anak² yang dah macam piranha tu. Kawal kawal dan kawal.
Dia bukan hanya menyusahkan diri sendiri, tapi dia membebankan semua orang.
So, adakah hanya dengan pengimbas suhu kita sudah merasa cukup selamat untuk kita masuk pasaraya? Jangan merisikokan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat guys. Stay at home. Sayang kamu semua.
Leave a Reply