Apa yang mampu aku Komen dengan penolakan SBPA oleh CUPEC ianya cuma sebuah egois. Ego yang tinggi sebuah persatuan yang dikatakan membela pekerja sektor awam. Cuba tengok semula 5 asas penolakan yang dibuat. Kebanyakkannya adalah berdasarkan kepada sebuah ego.
Kenapa tidak meletakkan diri di tempat majikan? Cuba jadi seorang majikan yang bertanggungjawab. Adakah seorang majikan bertanggungjawab akan menindas pekerjanya? Sudah pasti tidak! Apa yang cuba dibuat perubahan jelas menampakkan kebaikkan.
Sebagai pekerja bawahan aka macai, bila majikan menjaga kebajikan dengan sempurna kenapa demand lebih? Adakah kerana tak dipanggil berbincang sudah melayakkan kita menolak cadangan penambahbaikkan yang cuba dibuat? Bukankah dulu masa interview semuanya yes bos dan saya yang menurut perintah? Tapi bila dah ada dalam perkhidmatan masing-masing memekik dan komplen macam-macam.
Budaya kita sekarang majikan mesti ikut pekerja. Gaji tiap-tiap tahun mesti nak naik. Tiap-tiap tahun pulak mesti ada bonus. Agaknya kita belum jumpa lagi majikan yang zalim. Lu tak setuju dengan company gua lu keluar la.. Kalau dah jumpa majikan macam tu pasti kita akan sentiasa bersyukur dengan apa yang majikan beri.
Cuba jadi seorang pekerja yang sentiasa bersyukur dan faham akan majikan. Lihat keewangan majikan. Lihat juga prestasi diri. Berapa income yag kita bawa masuk untuk majikan? Kalau setakat kita bekerja untuk membangkrapkan majikan usahlah demand lebih-lebih.
Banyakkanlah berdoa kepada Allah “Ya Allah cukupkanlah apa yang telah kau berikan padaku. Berkatilah setiap rezeki yang Kau berikan kepadaku”. Insyallah kita akan merasa tenang.
Amar says
Jika pekerja bawa masuk keuntungan kepada syarikat RM20K, pekerja nak RM9K, majikan boleh bagi kut….
Cikgu Hairul says
Belum boleh lagi selagi majikan tak beri. Kan kita bekerja untuk majikan. Terpulanglah berapa dia nak bagi. Terima je. Kalau rasa nak semua 20k yang dibawa masuk tu.. Setup bisnes sendiri. Barulah puas hati.
Cikgu juga says
Salam, Cikgu yang dihormati lagi berilmu..
WAJIB diperbetulkan, kita bekerja BUKAN untuk majikan tetapi… bekerja menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan KERANA ALLAH, jadi tidak perlu ada keperluan untuk mengipas/ membodek/ mengambil hati majikan.
Pekerja ada tanggungjawab kepada majikan dan majikan ada tanggungjawab kepada pekerja. Kedua-duanya, majikan dan pekerja WAJIB menjalankan tanggungjawab masing-masing KERANA ALLAH. Oleh itu juga kedua-dua pihak mempunyai hak-hak tertentu yang perlu dijaga dan diberikan secara ADIL dan TELUS kerana ALLAH.
wandisini says
munkin sedikit ego dan sedikit ada rasa ingin menonjolkan diri.
SBPA sebuah transformasi oleh kerajaan untuk membawa masuk budaya swasta dalam cara kerja kerajaan. sebab itu ada yang rasa ‘panas’ terutamanya bila berkaitan dengan penilaian atas prestasi dan kerja. selama ni duduk goyang kaki, tapi lepas ni dah nak kena turun bawah
Cikgu Hairul says
Budaya swasta tu yang sangat menakutkan. Hahaha.. Umum tau dalam sektor swasta kalau silap maknanya kena berhenti. Ooo.. Jadi itulah rupanya yang mereka takutkan..
anif says
Rasanya banyak manfaat berkhidmat didalam perkhidmatan awam. Segalanya dijaga baik dan teratur.
Bila semuanya teratur dan dijaga baik.. sepatutnya lebih produktif dan efisien 😀
Cikgu Hairul says
Memang terlalu banyak sampai ada yang terasa duduk dalam zon selesa dan taknak berubah langsung.