Alhamdulillah, cuti sekolah dah sampai ke penghujungnya. Tapi aku cuma dapat memanafaatkan percutian kali ini pada minggu kedua. Minggu-minggu yang penuh dengan warna-warni. Percutian kali ini menjelajah ke Utara dan ke Puncak Banjaran Titiwangsa.
Destinasi pertama adalah Bukit Bendera. Teringin nak naik keretapi baru yang menelan belanja Rm70juta. Nasib baik dapat naik. Dan nasib baik juga tren pada masa tu tak rosak. Tren baru ni memang laju. Naik ke atas tak sampai pun 5 minit. Kalau tren yang lama, masa naik lebih kurang 20 minit.
Selesa sangat dengan tren mahal ni. Tak sia-sia aku menghabiskan masa ke Bukit Bendera.
Tengah menjelajah dan menikmati keindahan alam, tiba-tiba langit gelap. Hujan mula turun. Apa lagi berlari-lari la aku ke tempat selamat.
ABC Bukit Bendera yang tak mampu dilepaskan setiap kali lawatan ke sini. Apa yang specialnya? Entahla aku pun tak tau. Yang pastinya lepas penat berjalan ABC ni la yang paling dicari.
Semasa lawatan ini dibuat, Bukit Bendera tengah renovate. Banyak kemudahan yang tak sempurna lagi. Jamban macam hampeh. Kalau nak terkucil kena tahan sikit la.
Tempat makan pulak belum siap sepenuhnya. Itu pun ramai orang yang makan kat situ. Mungkin itu je yang ada. Keselesaan? Sangatlah tak selesa dengan pelbagai umat manusia yang bersesak-sesak. Lebih-lebih lagi masa hujan dan panas. Macam-macam bau ada.
Sedikit nasihat untuk yang nak membuat lawatan ke Bukit Bendera.
-
Parking tak siap lagi. Jadi parking memang tak ada. Kena parking tepi jalan dan risiko kena saman dengan PBT @ Polis. Aku cadangkan kalau nak bawak kereta, tunggu kemudahan parking bertingkat tu siap. Dah hampir siap pun cuma tunggu nak rasmikan je kot.
-
Bawak air sebotol. Tandas kat sana tak ada air. Kalau terkucil tak de la nak lap guna spenda. Seriously memang jamban dia aku tak puas hati. Nak ambik gambar tak berselera nanti korang nak makan.
Perjalan diteruskan ke Padang Kota. Ramai sangat umat manusia waktu petang. Apa yang mereka cari ni ye? Haha.. Padang Kota adalah tempat paling glamour untuk makan pasemboq. Punyalah ramai, punyalah mahal. Sepinggan pasemboq lebih kurang RM40 ikut la kita ambik apa. Tapi rasa-rasanya harga dalam lingkungan tu la juga sepinggan. Memang puas hati. Sedap pun sedap. Kebersihan je yang kurang dititikberatkan. Longkang berbau busuk macam tak dicuci je. Lantai kotor sangat.. disebabkan dah berselera, semua tu orang tak hirau sangat. Janji pinggan bersih sudah. Aku pun tak lalu juga nak makan. Kena cari tempat yang bersih sikit la. Tak semua peniaga pengotor macam tu. Jadi, yang bersih tu kena la menunggu meja kosong baru boleh duduk.
Ramai tak kat sini? Mainan yang bercahaya pun banyak orang jual. Kalau bawak anak kecik, silap-silap tersangkut juga.
Percutian di Pulau Pinang memberikan satu kepuasan tersendiri. Tak sempat nak melawat Batu Ferenggi. Mungkin satu hari nanti akan ke sana lagi.
Leave a Reply