Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Cuti Sekolah Dilanjutkan Seminggu, Ini Masanya Kita Berkhidmat

Cuti Sekolah Dilanjutkan Seminggu, Ini Masanya Kita Berkhidmat

29 December 2014 by admin

Terima kasih Tan Sri Muhyddin Yassin diatas pengumuman penangguhan sesi persekolahan 2015. Bagi negeri cutinya Sabtu Ahad, sekolah bermula 12 Januari 2015 dan bagi negeri bercuti Jumaat dan Sabtu, sesi persekolahan bermula 11 Januari 2015. Aku kira banyak juga manafaatnya cuti tambahan ni.

Ambik la masa beberapa hari bantu mangsa banjir. Kumpul barang, angkat barang bantuan, cuci kawasan, bina semula rumah yang musnah atau barangkali tampal stiker pun ok. Itu pun kalau banjir dan pulih sepenuhnya.

banjir kelantan 2014
Kampung kawan aku kat Kelantan.

Daripada kita dok menyalahkan orang itu ini, cari pasal dengan JKKK, cari pasal dengan sukarelawan, jadi keybord worrior sepenuh masa, sebar berita tak sahih dan menyusahkan orang ramai baik la pegi tengok sendiri kawasan banjir tu. Seminggu adalah masa yang cukup lama untuk kita melawat kawasan.

Bawalah anak-anak sekali merasai kesusahan orang. Jangan nanti mereka dah besar sikit, hilang rasa simpatinya. Masa ni la kita nak didik mereka mengenal erti kesusahan. Walaupun mereka lahir dalam dulang emas, kecik-kecik macam ni masih boleh lagi dibentuk.

Inilah masanya untuk kita bersatu dan berkhidmat kepada masyarakat. Selamat menyambung cuti lagi..

Filed Under: Dari Hati

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in