Cuti sekolah kali ini terasa sangat penat. Sebaik cuti bermula, saya terus mengatur perjalanan. Destinasi dituju ialah Kelantan Darul Naim. Dengar cakap-cakap orang saja tak memuaskan hati. Ada baiknya lihat dengan mata kepala sendiri. Benarkah apa yang sering diperkatakan di akhbar dan dan media-media arus perdana. Bila dah lihat, ternyata meleset sama sekali.
Tiadalah seburuk yang disangka dan dicanang. Semua sama sahaja. Macam negeri kelahiran saya. Ada bangunan, ada rumah baru dan ada juga rumah buruk. Pendek kata sama la sahaja walau siapa jua pentadbirnya.
Perjalanan 8 jam betul-betul mencabar mental. Tambahan pulak cuma seorang je pemandu yang berkelayakkan. Maka, bersabar lah dalam pemanduan. Mengantuk dan penat, pemandu je la yang rasa. Sepanjang perjalanan saya akui keadaan jalan rayanya jauh dari standard negara merdeka.
Sepanjang jalan saya cuba memerhati kalau-kalau ada tanda promosi Tahun Melawat Kelantan 2012. Pelik… saya tak jumpa pun banner atau apa-apa tanda yang Kelantan sedang meraikan kedatangan pengunjungnya. Sebelum ke sana saya juaga ada buat carian di internet tentang Tahun Melawat Kelantan 2012. Ish! sikit sangat maklumatnya. Takpe la, redah dan tawakal je.
Kat sini tempat paling digemari pengunjung ialah Bazar Siti Khadijah. Shopping batik la apa lagi kan. Hehehe.. Mak, Isteri dan Akak ipar sayalah yang paling suka sekali kat sini. Rasanya kalau bawak duit sejuta pun boleh habis sehari. Shopping macam taknak balik gayanya.
Shopping punya shopping tak teringat kereta dah habis tempoh parking. Nah hambik kau.. Kena saman dengan MPKB. Tengok dan perhatikan samannya sama saja dengan saman oleh DBKL dan PDRM. Apa yang samanya, saman berbentuk Riba Jahiliah. Riba Jahiliah ni ialah saman yang meningkat pembayarannya mengikut tempoh . Contohnya dalam masa 14 hari RM10, Lebih 14 hari RM30 dan Lebih Sebulan RM100. Ingatkan negeri yang ditadbir oleh Islamic Govenrnment (Kunun) tak mengamalkan riba. Heheheh.. Sama aja.. So apa saya buat untuk sama-sama tak terjebak dengan Riba Jahiliah ni ialah saya bayar on time.
Penat juga mencari tempat bayar saman. Lepas je selesai urusan tu, saya terus ke Pantai Cahaya Bulan. Ombak kuat sekarang ni. Angin juga sangat kuat. Berbeza dengan masa saya datang 15 tahun lepas. Pantainya dah banyak terhakis. Tak secantik dulu.
Sempat juga saya main layang-layang. Beli layang-layang kat sini harganya cuma RM5. Bolehla mempraktikkan skill yang lama dah tak diamalkan. Dulu-dulu saya main layang-layang kat padang sekolah je.
Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang boleh kita lawat di Kelantan ni. Tapi saya ke sini bukan suka-suka. Bukan saja-saja nak menghabiskan cuti sekolah. Saya datang melawat saudara mara. Jadi banyak masa saya habiskan untuk berkunjung ke rumah saudara mara di sini. Lain kali kalau ada masa yang cukup Insyallah akan berkunjung lagi.
Lepas Kelantan saya teruskan perjalanan ke Triang hantar mak mertua sebelum ke Johor pulak bercuti dengan keluarga. Kiranya cuti ni saya habiskan masa dengan berjalan je la. Ahad baru sampai rumah. Esok….. Ahhhhhh… Nak bermalas-malas lagikah setelah cuti yang panjang?
rahman says
apa makanan istimewa sepanjang cikgu berada di kelantan, saya suka makan itik serati masak kari kalau kesana.
Cikgu Hairul says
Nasi berlauk la paling best. Pagi2 lagi dah makan berat. Berasnya plak memang jenis yg panjang2 tu.. Mau naik 5 kilo nih.. Hehehe
anif says
Sudah lama tak ke Kelantan. Mungkin sudah banyak yang berubah sekarang..
Cikgu Hairul says
Memang dah banyak berubah. Masa saya ke sana 15 tahun dulu tak banyak bangunan cantik. Sekarang ni dah banyak.
Izzat Aziz says
yup parking tu memang camtu.. tapi sekarang ada promosi kalau tak bayar parking yang terkumpul sampai jadi banyak boleh bayar murah je, rm 10 ringgit ke berapa tak ingat.
Cikgu Hairul says
Owh ye ke.. Salah sendiri, bayo je la. Lagipun saya tak lama kat sana, kalau bertangguh bila pulak nak bayar kan?
titan says
pehh, rajinnya berjalannnnn…
Cikgu Hairul says
Memanafaatkan cuti bro. Kalau tidak masa terbazir cam tu je.
Jobless Girl says
Syioknya cuti cuti Malaysia ni.
Cikgu Hairul says
Memang syok, cuma penat sikit la.
yas says
Hehehe…ayat riba jahiliah tu yg rasa tergelak sikit tu…:D
Cikgu Hairul says
Memang tu la perkataan yang sesuai.. Hehehe.
Achik Ezz says
Bestnyer cuti2 mengukur jalan…yg xberapa nak best tu kalau sorang je yang memandu…bagi orang sebelah,mungkin syok sebab xperlu memandu..
Cikgu Hairul says
Belajarlah memandu ye wahai Azhik Ezz..