Satu ketika dulu masa dalam pengajian peringkat diploma di UTM aku sering tertanya-tanya. Kenapa perlu belajar lagi, sedangkan duit dah banyak, kereta besar, rumah dah ada. Apa lagi yang dia nak? Itu dulu, 14 tahun lepas masa umur baru berusia 18 tahun. Masa tu tiap-tiap minggu nampak ramai student part time yang datang UTM. Masing-masing berkereta besar.
Tahun 2006, tiga tahun lepas menamatkan pengajian peringkat diploma aku mula terfikir semula adakah aku akan berada di tahap ini sampai tua? Bermula dari itu aku mengambil keputusan untuk menyambung pengajian. UTM juga menjadi pilihan. Part time degree adalah pilihan terbaik yang boleh aku jalani pada waktu itu. Alhamdulillah aku diterima masuk. Lain bidang, lain cara, lain persekitaran, lain cara p&p. Banyak kaedah androgogi membuatkan aku tak jemu di kelas walaupun mengadap lecturer seawal jam 0800-2200. Itu belum termasuk assigmen dan kerja makmal yang perlu disiapkan.
Masa itu juga aku terfikir kembali persoalan yang pernah bermain di kotak fikiran dulu. Kenapa nak belajar lagi? Aku dah ada kerja, dah ada rumah, dah ada kereta, dah ada isteri. Nak apa lagi? Ah sudah! Apa aku nak jawab ni?
Jawapannya adalah aku tak nak berada di tahap ini sampai ke tua. Takut rasa selesa dan duduk dalam zon selesa. Bila dah berada di dalam zon selesa maknanya produktiviti aku akan menurun. Menurun sehingga ke tahap yang bos aku pun tak boleh terima. Maknanya ada harapan kena buang kerja.
Itulah antara sebab kenapa aku meneruskan pengajian. Terlerailah persoalan yang bermain dalam fikiran aku satu waktu dulu. Agaknya mereka yang belajar part time dulu tu macam tu la dia fikir.
Kini semuanya dah berakhir. Dengan step terakhir iaitu menghantar tesis maka sahlah aku telah tamat pengajian. Alhamdulillah…
Zairi Faiezil says
Salam..
Bagi pandangan saya pulang, belajar tidak mengenal usia samada tua ataupun muda kerana Allah telah berfirman tuntutla ilmu sehingga ke liang lahad bermakna ilmu itu tidak akan habis..
Amar says
Sama ada dapatkan dari gedung universiti atau kutip di jalanan. Ilmu itu tetap perlu untuk survival. Selepas habis UTM dulu, aku cuma dapat kutip ilmu di jalanan, seperti yang dibuat oleh Tok Bentara.