Terungkai sudah misteri panggilan temuduga ke ipt yang mungkin ramai lepasan SPM dapat. Dalam web MARA juga ada buat announcement pasal penipuan ini. Tak buat apa-apa permohonan, tapi tiba-tiba dapat panggilan temuduga. Kan pelik. Kesah ni bukan baru-baru ni je jadi, malahan 10 tahun lepas pun berlaku. Seingat saya, masa tunggu keputusan SPM tahun 1998 dulu pun saya ada dapat banyak tawaran kemasukkan ke IPT yang saya tak mohon pun.
Teknik Berkesan Menjawab Soalan Temuduga
Rupa-rupanya ada pihak yang memperdagangkan maklumat peribadi pelajar-pelajar kita. Dalam zaman gawat ni, semua benda boleh jadi duit.
Macam mana lagi nak jaga data peribadi kita daripada disalahgunakan oleh penyangak? Dalam tajuk berita Jumaat lepas, cuba tengok betul-betul tajuk tu. Kenapa ditulis sebagai “dibeli”? Kenapa tak kata 200000 data pelajar lepasan SPM dijual? Nak sorok kesalahan pegawai yang bertanggungjawab? Atau memang nak menyalahkan pihak yang sanggup membeli data tu?
Bukan untuk dibahaskan, tapi sekadar untuk renungan..
Pesanan saya, jagalah data peribadi kita sebaik mungkin. Data yang diberi mungkin boleh dimanipulasi sebaik mungkin oleh penyangak-penyangak ni untuk keuntungan mereka. Tak kira peringkat mana umur kita, data peribadi tu sangat-sangat peribadi. Kalau terlepas ke tangan penyangak, mungkin kita mangsa seterusnya sasaran mereka.
anif says
Akta sudah ada.. Harap dapat dikuatkuasakan. Hal sebegini berlaku di semua sektor / industri.
Amran says
Masalah kita adalah penguatkuasaan. Sangat lemah. Walaupun undang-undang dan akta dah ada, nak ambil tindakan tu masih jauh.
suri says
rata-rata pelajar habis spm data akan ambil patu kita akan dapat surat dari kolej swasta.. terkadnag yang kita tak mohon surat tawaran boleh kita dapatkan.
Amran says
Nak mudah dapat pelajar, dapat duit, cepat untung macam tu la.
Raudzah says
Data peribadi ni memang selalu kena attack. Even yang dekat bank pun tak really selamat…
Amran says
Habis tu camna? Takkan kita tak bagi data kat mereka. Maknanya kat sini, pihak2 tu kena jujur dalam menjaga data pelanggan.
Ahmad Ijat says
Ni semua kolej swasta pun kerja la ni. Nak cari student. Ada student baru ada income. Kerajaan kena pantau gejala jual data ni.
Amran says
Mungkin juga laporan dari kita sebagai pengguna sangat bermakna. Nak harapkan kerajaan buat kerja? Hehehe.. agak musykil di situ..
hafizmd says
Agen yg mencari pelajar agaknya dapat komisen lumayan…
yg jadi mangsa ialah pelajar yg punyalah bersemangat nak sambung belajar, akhirnya ditipu
Amirul says
Patutlah tetiba surat sampai rumah… tak pernah mohon mana2 pun…
Lepas beberapa hari surat tu sampai, diistihar yg hantar surat tu penipu
Izat says
Benda ni pun boleh buat duit. Memang asal barang jadi duit ni. 🙂
Razlan says
Mak bapa punyelah happy anak dpt tawaran rupanya swasta nak duit jer