Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / DC Switchgear Course

DC Switchgear Course

29 July 2011 by Cikgu Hairul

Alhamdulillah course dc switchgear telah berjaya dijalankan walaupun dapat tau last minit. Macam ni la kalau kurang cekap bab-bab mengurus. Hari ni nak kursus, hari ni juga baru nak keluar memo. Tapi takpe la, semua dah selamat. Aku nak kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan bersama. Kredit kepada En Kamarul photograper yang tak jemu-jemu melayan kerenah anak buah berposing sambil dengar Mr HiriHara berceloteh.

DCSWITCHGEARKCZ26JULAI2011 (6)

Disamping teori, penekanan kepada amali juga penting. Kalau tak cuba usik rugi. Nanti kalau kena problem depan mata, nganga je la jawapnya. Takkan nak telefon Mr Hirihara kot?

DCSWITCHGEARKCZ26JULAI2011 (2)

Sesi terakhir adalah sesi menyelesaikan masalah. Entah apa kabel yang dicabut, aku pun tak tau. Tau-tau Mr Hirihara suruh upkan semula breaker. Kena fokus dan guna segala pengalaman yang ada. Itulah pentingnya english education. Masa diberi penerangan kalau mengangga, bab ujian ni jadilah tikus membaiki labu. Nasib baik boleh up. Kalau tak buat malu je. Dah lama kerja masih bengap tahap gaban.

DCSWITCHGEARKCZ26JULAI2011 (3)

Masa yang ditunggu-tunggu. Sesi bergambar. Maka berakhirlah course untuk kali ini. Ada masa jumpa lagi. Sayonara buat rakan-rakan dan Mr Hirihara.

DCSWITCHGEARKCZ26JULAI2011 (4)

 

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Pacifista - X says

    29 July 2011 at 18:52

    wah…ko kursus kat jepun ke?haha…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 July 2011 at 21:14

      tak la. kursus kat KLCC jer.

      Reply
  2. izwannizam says

    30 July 2011 at 17:43

    kursus untuk apa ni ?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      31 July 2011 at 22:46

      untuk operate equipment baru

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in