Ramai Lepasan SPM dalam delima. Keputusan SPM takder la cemerlang sangat.Cukup-cukup makan je. Kawan-kawan lain semua dah dapat panggilan sambung belajar. Isu ini biasanya terjadi kepada mereka yang mempunyai keluarga yang kurang mampu.
Sebenarnya itu adalah perkara biasa. Bila keputusan tak secemerlang mana, mulalah hati rasa kecewa. Kalau tak dapat apa yang diharapkan, janganlah mudah putus asa. Luas dan lebar lagi jalan di hadapan.
Nak bekerja dengan usia yang masih mentah apa je yang mampu dibuat. Majikan pun tak confiden nak ambik sebagai pekerja. Paling hebat pun mungkin boleh kerja cashier. Tu pun kalau ada pakej muka lawa. Pria Muka pecah apa cerita? Jadilah storekeeper kat pasar raya. Kerja tu pun kena tau kira-kira. Matematik pun tak lulus macam mana nak kerja storekeeper? Kalau itu je pilihan yang ada tak salah bekerja, tapi kena ada azam untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Contohnya macam anda sambung Diploma Part Time kat SPACE UTM atau OPEN U. Cuma time managnment kena power. Bekerja sambil belajar memang perlukan pengorbanan. Kena bersedia.
Sambung belajar kosnya besar. Keluarga pulak kurang mampu. Apa agaknya pekerjaan yang boleh jadi serampang dua mata? Duit dapat, ilmu pun dapat. Tak pun sekurang-kurangnya tak payah keluarkan duit tapi dapat ilmu.
Sekarang ni banyak program-program perantisan yang syarikat swasta tawarkan. Kena peka sikit dengan iklan di akhbar. Apa yang menarik adalah kita akan dibayar elaun sepanjang program tu. Walaupun sikit boleh la bantu keluarga. Bila dah habis kursus terus boleh kerja. Sijil dapat, duit dapat, kerja pun dapat.
Apa yang lebih penting adalah merancang jalan hidup sebaik-baiknya. Solat istikharah sebelum membuat sebarang keputusan. Minta nasihat ibu bapa agar keputusan yang kita buat mendapat restu.
amar says
Dilema, bukan delima. Ko terlebih pening nih.
Rina says
kalau adik saya dulu, bekerja setelah uangnya cukup terkumpung baru meneruskan belajar di perguruan tinggi dan alhamdulillah dengan cara itu dia bisa bekerja sekaligus belajar.