Hari ni dah masuk hari kedua saya demam. Semalam hantar isteri ke Damai Servis Hospital untuk check darah. Masa ke klinik hari tu, doktor tak check darah tapi dia suruh terus refer hospital untuk check darah. Suspect denggi katanya. Aik takkan kena denggi lagi. Tahun lepas dah kena. Nasib baik result tak ada denggi tu. Lega rasanya.
Lepas isteri saya kebah demam, kini giliran saya pulak. Malasnya nak pegi klinik lagi. Dah la macam-macam ubat nak kena makan. Setakat ni cuma makan panadol dengan madu je. Orang kata minum madu dapat sembuhkan macam-macam jenis penyakit. Saya cuba je la.
Sekarang masih selsema. Kepala berdenyut-denyut lagi-lagi bila berjalan. Hmmmm.. Selain dari minum madu, saya juga minum banyak air kosong. Tapi tu la, banyak minum banyak le kencingnya. Tidur malam pun tak lena. Asik nak ke tandas je.
Bila kita demam, mungkin ada yang Allah nak clearkan dosa. Maklum je la, kita ni manusia tak lepas dari dosa. Saya redho dan bersyukur. Dalam tahun ni, inilah kali pertama Dia bagi sakit. Syukur..
Ok la, mencarut tengah-tengah demam ni. Doakan kesihatan kami sekeluarga. Tak larat dah nak lap hingus.
alieza dayasari says
leeza sendiri malas nk jumpa doktor juga… hahaha
Cikgu Hairul says
takut jarum ke tak tahan bau ubat. hehe
ana fatihah says
semoga cepat sembuh..I.Allah ada hikmah di sebalik semua tu..Kafarah dosa2 lalu. ^_^
Cikgu Hairul says
Terima dengan berlapang dada.
Jebeng Otai™ says
kdg2 x leh degil sgt pi jumpa doktor sbb kita x tahu sakit apa..pnah juga skali degil nk pi..dh x tahan jumpa doktor kompem denggi..bhya jugak kalo terlmbat tu..
p/s: cuba try minum 100plus.. 🙂
Cikgu Hairul says
Fobia yg tak boleh dielak.
Blog Asyraf says
Kalau lama sangat, better jumpa doktor lah hehe. 🙂
Cikgu Hairul says
Alhamdulillah hari ni dah semakin baik.
suri says
sabar nnti akan baik hee.. demam campur dg limau nipis cikgu minum ar sblm tu selawat nnti selsema ok huhu…
suri says
camner nk mengajar ni ckgu demam…dlm kelas murid suka ria nnti. smoga cpt smbuh.
Nazri says
kalau demam lebih dari 3 hari, baik jumpa doc, mcm2 wabak kuman dok merebak kat malaysia