Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Demi sesuap nasi..

Demi sesuap nasi..

2 June 2011 by Cikgu Hairul

Terharu dan tersentuh hati bila melihat pekerja ni sedang berehat tepi sungai. Waktu panas-panas macam ni memang best baring tepi sungai. Tapi bukanlah kat Sungai Kelang.

Pekerja pembersihan sungai ni terpaksa berpanas setiap hari untuk mencari sesuap nasi. Bila tiba waktu rehat, dia cuma makan makanan yang dibawa dari rumah. Mungkin isterinya sediakan. Jimat katanya. Kalau makan kat luar dah tentu tak kurang dari RM5 sekali makan. Masa rehatnya dihabiskan dengan rehat yang sebenar-benar rehat.

Dipaparkan adalah sekelumit kesusahan warga kota. Mereka sanggup berbuat apa saja demi sesuap nasi. Ada kalanya kerja itu halal. Tapi tak kurang pula kerja yang haram. Masing-masing ada pilihan. Selalu tersentuh bila melihat pekerja pembersihan jalan berehat di bawah pokok dan bawah jambatan.

Cuba lihat diri kita. Adakah kita tergolong dari golongan susah seperti yang dipaparkan? Kita mungkin lebih baik dari mereka. Bekerja di pejabat besar berhawa dingin. Makan tengahari di hotel mewah. Berehat di kerusi empuk. Tapi pernahkah kita bersyukur? Atau kita selalu merungut bila ada kerja banyak!

Kita punya tempat selesa untuk bekerja. Ada kerja bergaji besar. Ada makanan sedap-sedap. Semuanya ada. Tak perlu berpanas hujan demi sesuap nasi. Bersyukurlah…….

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Zuwairi Aiman says

    2 June 2011 at 15:53

    Salam kunjungan… blog menarik cikgu..penulisan pun berkesan.. senang2 singgah la ke blog saya 😉

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      2 June 2011 at 17:23

      Terimas.. Insyallah kita akan sentiasa kunjung mengunjungi..

      Reply
  2. Musi says

    2 June 2011 at 17:51

    alhamdulillah…kerja2 yang berat ni pernahlah saya buat dulu waktu muda-muda…kalau time rehat tu memang menda yang paling syok…dengan peluh dan baju kotor pun tido lena…

    Reply
  3. CikguFiq says

    3 June 2011 at 15:05

    Sememangnya nak cari duit tu cukup susah, tapi nak menghabiskan duit tu cukup senang..
    hurm……..

    Reply
  4. Hans says

    3 June 2011 at 16:59

    yups
    rasa bersyukur itu perlu ada setiap masa
    🙂

    Reply
  5. Amar says

    5 June 2011 at 18:41

    Itu pemandangan semasa mereka bekerja… Rumah mereka tak tahu lagi. Jangan-jangan duduk dalam gua jer.

    Reply
  6. ros says

    5 June 2011 at 20:17

    mungkin ada kesilapan dalam hidup mereka.. dan mungkin rezeki dan masa depan kita bukan di tangan kita…

    magnetic jewelry clasps

    Reply
  7. izwan says

    3 July 2011 at 20:51

    sebab tu saya tak suka orang2 yg suka buang sampah merata-rata ni.kesian pada golongan seperti ni.sudahlah gaji tak seberapa dengan kudrat yg dicurahkan…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      3 July 2011 at 21:45

      tapi kan ada segelintir orang ada pemikiran camni ‘kalau aku buang sampah dalam tong nanti diorang takde keja’. Memang tut la pemikiran camni.

      Reply
      • izwan says

        3 July 2011 at 21:51

        agama sendiri suruh jaga kebersihan.biarlah diorang kerja yg lebih bagus kalau tak ada kerja untuk tukang sapu sampah…tak kan sampai mati hidup mcm ni…

        Reply
  8. Amar says

    5 May 2012 at 10:14

    Kerja guna kudrat memang merangsang rehat, tak ada istilah tidur tak lena. Makan pun sama, tak ada istilah tak lalu makan. Member aku yang kerja cuci bangunan tu, perkh… Makan…. Tolak kayu dengan batu jer…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in