Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Design Dan Print Bisnes Kad

Design Dan Print Bisnes Kad

4 March 2014 by admin

print bisnes kad
Bisnes Kad – untuk blogger.

Memang dah lama saya nak buat bisnes kad sendiri. Tapi memandangkan kesibukan yang amat sangat, terpendamlah hasrat tu sampai sekarang. Alah, yang sebenarnya rasa malu sebab bukannya saya ni bisnesman kan. Tapi bila tau kepentingan bisnes kad ni bukan sekadar untuk bagi contact number pada orang, ia boleh juga dijadikan sebagai kuasa penjenamaan untuk blogger macam saya, maka mulalah saya mencari-cari perkhidmatan print bisnes kad paling menawan kat internet.

Alang-alang mencari, biarlah cari yang betul-betul puas hati. Cari design yang paling cantik, paling profesional, paling mudah dan paling tak sakit hati. Pendek kata, semua yang paling-paling lah. Bab harga, pada saya kalau servis tip top dan semua yang paling-paling, sangup je bayar lebih sikit dari tempat yang murah tapi menyakitkan jiwa.

Ada satu tempat yang saya jumpa ni, menyediakan servis print bisnes kad. Apa yang bestnya, ia memenuhi ciri-ciri yang saya kata tadi.

1012900_583594465066980_564757851_nCreativo Printing & Design
Penghantaran PERCUMA seluruh Malaysia
Order kat fanpage atau whatsapp 0173727720

Ini saya ambil beberapa contoh design dari fanpage Creativo Printing & Design yang boleh kita pilih dan sesuaikan dengan jiwa kita. Ada banyak sangat, sampai jadi rambang mata nak memilih design yang paling cun.

Pada saya, kalau kita nakkan design bisnes kad tu nampak umph!, menaikkan imej, bahan promosi dan bahan penjenamaan ia perlu kepada kreativiti yang tinggi. Designnya tak perlu terlalu kompleks, gabungan warna yang sesuai dan yang penting maklumat dalam tu cukup lagi bermanafaat. Saya ni pulak bukan jenis yang pandai nak design-mendesign nih. Dilahirkan tanpa bakat kreatif untuk mendesign, lebih mudah serahkan segalanya kepada yang pakar.

Satu lagi yang paling penting ialah, biar bisnes kad yang kita beri pada orang tu tak dibuang macam tu je. Kalau boleh biar orang ingat kita terus bila tengok design bisnes kad tu.

Jadi apa tunggu lagi. Sebelum tempahan mereka bertimbun-timbun, baik kita order dulu. SBB2014 pun dah nak dekat ni. Rugi kalau tak jadikan bisnes kad ni sebagai bahan penjenamaan kita.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Green Leaf says

    4 March 2014 at 01:36

    Cantik design tu…nampak menyerlah!

    Reply
    • Amran says

      4 March 2014 at 08:19

      Kalau tengok koleksi design depa lg rambang mata.

      Reply
  2. hafiz says

    4 March 2014 at 08:00

    Nak buat juga lah…

    Reply
    • Amran says

      4 March 2014 at 08:49

      Buat la bro.

      Reply
  3. azlanvai says

    4 March 2014 at 11:41

    Aku download je sample dalam psd format then aku buat artwork sendiri guna sample tu. Bayarkan kedai suh print. Hehe

    Reply
    • Amran says

      4 March 2014 at 13:22

      Bro kreatif buleh la. Cam org yg tak dikurniakan bakat ni, outsource lg senang.

      Mana nak download sample pdf tu? Hehehe

      Reply
      • azlanvai says

        4 March 2014 at 14:46

        Hehe ada.. cuba google “name card sample pdf”

        Reply
        • Amran says

          4 March 2014 at 21:46

          Okeh.. Dah jumpa. Silap tadi tu. Bukan pdf, tapi psd.. Heheh.

          Reply
  4. Sis Vee says

    4 March 2014 at 11:50

    dah agak dah utk SBB2014 . hahahaaa … semua nak yg paling ya . ayat ‘ tak sakit hati ‘ tu yg best !

    Reply
    • Amran says

      4 March 2014 at 13:23

      Mesti la. Nak yg terbaik utk blog sendiri pun.

      Reply
      • Sembangmotor says

        5 March 2014 at 19:01

        Tempah. Lupa letak mana masa pindah rumah

        Reply
  5. Sembangmotor says

    4 March 2014 at 19:05

    Cun jugak design bisnes kad tu. Dulu ada tempah bisnes kad, pastu tak ingat letak kat mana. Hehe.

    Reply
    • Amran says

      4 March 2014 at 21:45

      Camna la boleh lupa.. Design buat sendiri ke cuma print je? Dah hilang tu boleh la buat yang baru.

      Reply
  6. ohcikgu says

    4 March 2014 at 21:41

    fuhh..cantek gak designnnya tu. simple. 🙂

    Reply
    • Amran says

      4 March 2014 at 21:45

      Simple, itu ciri yang wajib ada. Tak suka crowded2. Serabut mata nengok.

      Reply
  7. Jamian Sarif says

    4 March 2014 at 23:27

    cantik kad,bole bagi satu…hehe

    Reply
    • Amran says

      5 March 2014 at 08:24

      Boleh je.. Mai la keramat.

      Reply
  8. hannyabdullah says

    6 March 2014 at 09:31

    Wahh dah siap gak business card dia, nanti leh lah kita bertukar-tukar card ya. jangan lupa cr sis nanti tau 🙂

    Reply
  9. mrhanafi says

    6 March 2014 at 23:27

    memang dah lama teringin nak buat bisnes kad yang baru..dulu pernah buat 3 kali..300 keping

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in