Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Di mana kita berada?

Di mana kita berada?

2 November 2012 by Cikgu Hairul

Manusia tergolong dalam empat kumpulan. Setiap kumpulan terdapat ciri-ciri tertentu. Sama-sama muhasabah diri untuk menjadi lebih baik dari semalam.

[news]

Golongan pertama, celaka di dunia, bahagia di akhirat.

[/news]

Hidupnya umpama kais pagi makan pagi, kais makan petang makan petang. Pendek kata hidupnya cuma cukup-cukup makan. Kereta besar tak ada, rumah besar tak ada, harta yang banyak pun tak ada.

Bukan sahaja kerja part time dan kerja overtime, sampai no time pun dia masih nak bekerja demi sesuap nasi. Orang nampak hidupnya sangat melarat. Kesian pun ada.

Tapi golongan ini sentiasa redha dengan apa yang Allah kurniakan kepadanya. Masuk waktu terus solat. Malam hari diperuntukkan masa qiamulail mengadu segala masalah kepada Allah. Kemiskinan tidak menjadikan dia lupa kepada Allah Maha Pemberi Rezeki.

Sesungguhnya golongan ini akan mendapat kebahagiaan di akhirat.

[news]

Golongan kedua, bahagia di dunia, celaka di akhirat.

[/news]

Hidup golongan ini kaya raya. Cakap je nak apa, semua mampu dipenuhi. Sampaikan kalau rasa nak je, terus dapat. Nak cerita punya lah kaya, kereta besar, rumah besar, harta dalam negeri, luar negeri berbilion-bilion. Tujuh keturunan pun tak habis makan.

Tapi, disebalik kekayaan itu, mereka lupa dengan Allah Maha Pemberi Rezeki. Mereka merasakan semuanya adalah usaha mereka sendiri. Solat dilupakan, zakat entah ke mana, maksiat menjadi cara hidupnya.

Sesungguhnya golongan ini masih beruntung. Dia masih mengecapi kebahagiaan juga walaupun di akhirat nanti akan celaka jika masih tidak bertaubat.

[news]

Golongan ketiga, celaka di dunia, celaka di akhirat.

[/news]

Masih ada segelintir manusia duduk dalam golongan ini. Sudahlah hidupnya miskin. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kadang-kadang kais-kais tak jumpa apa yang dicari. Hari ini makan, esok belum tentu lagi. Tapi kemiskinannya tidak menjadikannya ingat kepada Allah.

Ada yang memberi bantuan RM5, RM3 dibelinya nombor ekor, RM2 lagi beli rokok. Nombor ekor tak kena, rokok habis. Tak makan juga akhirnya. Ish! dalam dok susah tu, masih juga melawan dengan Penciptanya.

Alangkah celakanya hidup golongan ini. Tiadalah cara lain untuk mendapat redha Allah kecuali dengan bertaubat.

[news]

Golongan keempat, bahagia di dunia, bahagia di akhirat.

[/news]

Inilah golongan yang kita perlu target nak jadi. Bahagia di dunia, bahagia juga di akhirat. Kesenangan di dunia tidak menjadikannya lupa kepada Allah. Seluruh hartanya dijadikan modal untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat yang lebih kekal.

Dialah jutawan, dialah imam, dialah dermawan. Pendek kata setiap kali majlis di masjid, asik muka dia je la jadi penyumbang terbanyak. Kan elok macam tu.

Agak-agak di mana kita berada ye?

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. wmhafiz says

    2 November 2012 at 09:43

    Mintak jauhlah dari golongan ketiga tu. Nauzubillah min zalik.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      3 November 2012 at 23:52

      amin..

      Reply
  2. Leeza Dayasari says

    2 November 2012 at 12:50

    masih berusaha ke arah kebaikan namun tidak lari drpd melakukan kesilapan.
    :::sorry lama tak berkunjung… exam + demam.. thx sbb terus support. :::

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      3 November 2012 at 23:41

      masih demam exam lagi ye?

      Reply
  3. Jebeng Otai™ says

    2 November 2012 at 22:03

    walaupun sukar..ttp ttp berusaha utk jdik golongan ke-empat tu..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      3 November 2012 at 23:34

      kesukaran itu ada kemanisan.

      Reply
  4. Hafizul says

    3 November 2012 at 02:20

    mungkin sy berada pada golongan ke empat tu kot..hehe…semoga sentiasa diberi mudahan untuk beralah kepada golongan yang pertama,…hehehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      3 November 2012 at 23:30

      mudah-mudahan tercapai hasrat untuk berada dalam golongan yang terbaik.

      Reply
  5. pahan says

    3 November 2012 at 09:50

    syukur 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      3 November 2012 at 23:24

      Alhamdulillah

      Reply
  6. Mama Murai says

    4 November 2012 at 20:07

    kalau boleh memang nak mintak masuk ke dalam golongan yang keempat, tapi setakat ini hanya mampu berdoa dan menuju ke arahnya. Soal masuk atau tak, ketentuan dari-NYA 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in