Assalamualaikum Alhamdulillah masih lagi kita mampu bernafas, celik dan mengodek-godek blog ini. Syukur di atas segala nikmat yang Allah berikan kepada kita. Syaaban masih berbaki beberapa hari lagi. Lepas tu Ramadhan akan tiba. Sudah bersediakah kita? Ikuti sedikit peringatan yang saya nak kongsikan ini.
Sabtu minggu lepas saya sempat menghadiri majlis Countdown Ramadhan. Memang banyak peringatan yang disampaikan untuk diambil perhatian sempena kehadiran Ramadhan nanti. Syaaban yang tinggal beberapa hari lagi ni kita boleh buat persediaan rapi untuk menyambut Ramadhan. Kita taknak Ramadhan jadi bulan biasa-biasa. Tak ada specialnya. Paling hebat pun Ramadhan pada kita nanti cuma Bazar Ramadhan. Itu yang paling kita takut. Sedangkan Ramadhan terdapat 1001 macam ganjaran untuk kehidupan kita yang lebih kekal nanti.
Bayangkan hidup kita tanpa Ramadhan. Umat Nabi Muhammad umurnya dalam lingkungan 60 sampai 70 tahun aja. Sepanjang umur tu, sudahkah cukup untuk menjamin kita masuk Syurga Allah. Sedangkan Syurga Allah itu sesuatu yang mahal. Perlukan pahala amal yang cukup banyak. Kalau dikira dari umur kita, berapa banyak sangat amal yang sudah kita buat untuk bekalan nanti. Berbanding dengan umat-umat terdahulu,umur mereka panjang. Sampai mencecah 1000 tahun. Amal mereka saja beratus tahun. Kita pun tak termampu menandingi amalan umat terdahulu.
Maha Pengasihnya Allah, Dia mengurniakan kita dengan satu bulan yang sangat banyak ganjaran di dalamnya. Malahan, pahala dikira berganda-ganda sampai tak terhitung dengan akal manusia. Bodoh la kalau kita tak rebut. Menangislah kita di akhirat nanti kalau kita tak masuk Syurga sebab amalan tak cukup untuk melayakkan kita masuk Syurga. Kita kena ingat, di akhirat nanti cuma ada 2 tempat aja tujuan kita, Syurga dan Neraka. Pilihan di tangan kita.
Terlalu banyak amalan dalam bulan Ramadhan yang boleh kita buat. Selain daripada puasa, kita juga digalakkan solat berjemaah, solat sunat, membaca alQuran, bersedekah dan menghubungkan silaturrahim. Bayangkan setiap solat sunat Allah bagi pahala macam pahala solat fardhu. Malahan digandakan lagi. Masa inilah kita nak meraih pahala. Manakala ada satu malam dalam bulan Ramadhan lebih baik dari 1000 bulan. Kalau kita dapat buat amalan baik pada malam tu, alangkah bertuahnya kita. Tapi tu la kan… Malam-malam terakhir yang Nabi suruh kita cari tu biasanya semangat kita untuk raya. Masa tu la nak buat kuih raya, cari baju raya, cat rumah raya. Sanggupkah kita gadaikan ganjaran hanya kerana sepeket kuih tat kat Jalan TAR?
Jadi, masa berbaki ni marilah kita perbanyakkan taubat. Kita ni manusia yang banyak dosa. Taubat tu mintak ampun dari Allah atas dosa-dosa kita. Taubat akan menarik kasih sayang Allah. Kalau kita dapat kasih sayang Allah barulah Ramadhan nanti ada selera nak buat ibadah. Macam pekerja yang disayang bos, kan rajin je dia buat kerja. Berbanding dengan rakan sejawat yang asik kena hentam dengan bos, kan mereka rasa macam tak bernafsu je dengan kerja. Itulah perumpamaannya dengan orang yang dapat kasih sayang dengan tak dapat kasih sayang. Perbanyakkan taubat, insyallah nafsu ibadah kita akan meningkat nanti.
Disamping bertaubat, cuba bukak balik kitab atau ceramah-ceramah pasal Ramadhan. Ulangkaji balik niat puasa, perkara yang membatalkan puasa dan perkara-perkara lain berkaitan puasa. Jangan nanti baru nak tanya perkara remeh macam korek idung batal ke tidak, cabut gigi batal puasa ke tidak, kentut dalam air batal ke tidak dan macam-macam lagi la perkara berbangkit. Masa ni la kita nak tanya ustaz, nak bukak kitab, nak cari rujukan.
Semoga sedikit peringatan ini akan memberi manafaat kepada kita. Rebutlah kelebihan-kelebihan yang ada di dalam Bulan Ramadhan ini. Ingatlah, tanpa Ramadhan mungkin kita tak layak masuk Syurga.
mohdridzwan says
Ramadhan memang dinanti-nantikan oleh semua yang beragama Islam kerana betapa besarnya nikmat dan isi di dalam bulannya.
Ramadhan juga bulan rahmat yang membuktikan kasih sayang Allah pada hambaNya disamping perlu melalui beberapa ujian melatih diri untuk menempuh bulan-bulan yang lain.
Semoga Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik kerana esok belum tentu ada utk kita.
Selamat menyambut Ramadhan yer!
KHAIRUL AMRAN says
Yeah.. Banyakkan doa utk sampai umur kita minggu depan.
adi says
Amin…semoga dengan barokah Ramadhan Kita bisa lebih meningkatkan keTaQwaan kita kepada allah swt.
KHAIRUL AMRAN says
Insyallah bro Adi. Yang penting kita perlu layan ramadhan selayaknya.
Hero Borneo says
banyak juga peringatan ini..terima kasih kerana berkongsi!
”Selamat berpuasa bro dan famili”
suri says
kalau leka dunia payah nak gambarkan…biar leka akhirat itu lebih menfaatkan
Ammar says
Jika dipanjangkan umur dan kita sempat merasai Ramadhan kali ini marilah sama-sama kita mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar
Abdur says
Banyak peringatan supaya kita banyak-banyak mengingat,
Zulham Efendi says
setiap bulan ramadhan tiba semua orang akan berucap,semoga ramadhan kali ini lebih baik,tapi setelah di jalani banyak yang tidak sesuai dengan apa yang dia rencanakan,ada yang masih mengubar aurat dimana-mana,ada yang tidak membaca quran,sampai shalat di tinggalkan, dan lain-lain,hem…. biasa sampai jengkel juga liatnya
titan says
Yah.. Orang kita memang selalu lupa benda-benda macam nih.
yusri says
Tidak berapa lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan yang penuh berkat iaitu bulan Ramadan. Syukur Alhamdulillah kita masih dipertemukan lagi untuk bulan Ramadan kali ini. Diharap Ramadan kali ini bukanlah Ramadan yang terakhir buat kita semua.
Riri says
selamat tengah hari. salam perkenalan dan selamat menunaikan ibadah puasa
jiesusanos says
ye la..bln ramadan ni pnuh dgn ganjaran..
nurul ain says
Ya Allah…singkatnya perjalanan hidup di dunia..masa berlalu sgt pantas,semoga setiap yang kita lakukan kerana Allah,.aminn
KHAIRUL AMRAN says
Amin..