Selalu sangat kita risau tentang doa yang masih belum dimakbulkan oleh Allah. Seringkali juga kita berkeluh kesah. Lalu timbul rasa dalam diri tak payah la berdoa. Kita tahu dan maklum Allah mendengar doa itu, namun kesabaran selalu teruji. Sering kita berasa tidak sabar menanti jawapan Allah. Kita rasa macam nak cepat je hajat kita tercapai.
Lama kelamaan sangkaan buruk mula menguasai jiwa. Bersangka buruk Allah tidak mendengar lagi doa kita. Lebih malang bila kita mula meninggalkan doa kerana telah penat meminta siang dan malam. Adakah kita tidak mengetahui bahawa Allah sangat suka kepada hambaNya yang meminta dariNya?
Usahlah mudah kecewa apabila doa kita belum dimakbulkan. Bersangka baiklah dengan Allah. Mungkin bukan hari ini Allah nak berikan apa yang kita hajatkan. Mungkin esok atau lusa sapa tahu kan? Mungkin juga Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta. Dan mungkin juga Allah langsung tidak memberikan kepada kita kerana Dia tahu kita memang tidak memerlukannya.
Saya suka buat perumpamaan seperti ini. Ada seorang ayah membawa anaknya ke kedai. Sedang dia membeli belah, anaknya merengek-rengek meminta mainan. Sebagai ayah, rasa kasihan pun ada. Lalu dibelikannya mainan tersebut. Maka gembiralah anak itu. Tetapi sampai dalam kereta, mainan itu sudah pecah dikerjakan si anak. Esoknya apabila ke kedai begitulah sikap si anak. Meminta, diberi lalu dipecahkan. Adakah hari-hari berikutnya ayah akan membelikan lagi mainan untuk anaknya? Sudah pasti kebanyakkan dari kita kata tidak.
Ayah itu dah tahu sifat anaknya. Mana mungkin dia akan berikan lagi apa yang diminta oleh anaknya.
Begitu juga dengan Allah yang sifatnya Maha mengetahui. Dia tahu sifat setiap makhluknya. Kalau dia tak beri apa yang diminta, mungkin ada sesuatu yang Dia tahu yang kita tidak tahu.
Kalaulah Allah memberikan setiap apa yang hambanya minta, apa akan jadi? Sesaklah dunia ini dengan segala permintaan Manusia. Dunia jadi tak seimbang. Dunia akan kucar-kacir. Jadi, Allah yang Maha Mengetahui ni cuma memberi apa yang diperlukan oleh hambaNya. Cantik kan?
Ingatlah doa Iblis satu waktu dulu. Walaupun Iblis ingkar perintah Allah, sombong dan menderhaka kepada Allah tapi Allah tetap memperkenankan permitaannya.
Allah berfirman Maka turunlah kamu dari syurga; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Keluarlah! Sesungguhnya kamu termasuk dalam kalangan makhluk yang hina. Iblis menjawab, Berilah aku penangguhan waktu, sehingga hari mereka dibangkitkan. Allah berfirman, Sesungguhnya kamu termasuk yang diberi penangguhan waktu. Iblis menjawab, Kerana Engkau telah menyesatkan aku, maka aku akan selalu menghalang mereka daripada jalan Mu yang lurus”. (Al-A3raf :13-16)
Kita adalah orang yang beriman, dosa kita pun taklah sebesar dosa Iblis. Sudah tentu Allah akan mengkabulkan doa kita. Apa yang penting bersangka baiklah. Kalau masih belum dikabulkan, muhasabah diri. Mohon ampun, mungkin ada dosa dan amalan kita yang menghalang daripada doa kita diperkenankan. Sabar, tidak gopoh dan tidak mendesak Allah memakbulkan doa kita. Yakinlah, Allah pasti akan mengkabulkan permintaan kita.
suri says
ayuh doa jangan sesekali mudah putus asa dan kecewa DIA Maha Ketahui segalaNYA
Amran says
Jom sambut seruan ini..
titan says
yang penting, jangan putus asa berdoa setiap hari.
Amran says
Sifat manusia, kadang2 sabar tu ditolak tepi.
Mizz Aiza says
hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.. yang penting usah berputus asa berusaha dan berdoa..
Amran says
Sebab tu kita kena redha atas apa yang Allah beri lepas kita berdoa.
Amar says
Allah tidak memandang apa yang kita minta, tapi apa yang kita usahakan.
Ada orang berdoa selepas solat. Tapi ada orang berdoa dalam setiap hela nafas.
Ada orang berdoa, terus dapat. Tapi ada orang berdoa selama 7 tahun, baru dibukakan jalan.
Bila kita berdoa dengan hati yang redha, Allah akan makbulkan juga dengan redha. Tak pedulilah walau ada seribu tangan yang menghalang.
blogger lelaki says
doa adalah senjata kita..rugi kalau tak guna.bukan kena bayar duit pun
Amran says
orang yang taknak berdoa ni kedekut..
TehR says
bersangka baik dan usah berputus asa