Inilah tempoh musafir paling panjang diizinkan oleh Allah kepada kami. Dua belas hari yang penuh makna. Ia menjadi sangat bermakna bukan kerana tempoh itu, tetapi kerana perancangan yang telah Dia aturkan.
Hakikatnya kami sangat terkejut apabila dimaklumkan penerbangan pada 25 Mei terpaksa dibatalkan. Ia satu keputusan yang sangat tidak terduga. Dikala persiapan dan persediaan musafir di musim cuti sekolah, kerajaan Arab Saudi membekukan Visa umrah. Siapa tak sedih bila berita itu diterima? Keterujaan kali pertama menjadi tetamu Allah di Baitullah tak siapa dapat menafikan.
Alhamdulillah, setelah penantian yang terasa sangat panjang, kami dimaklumkan dengan berita gembira. 5 Jun tarikh penerbangan baru telah diaturkan. Itulah berita yang paling gembira buat kami sekeluarga.
Walaupun rancangan kami ziarah ke Istanbul tidak kesampaian, namun cukuplah keizinan yang Allah berikan untuk kami melawat Rasulullah di Madinah dan menunaikan umrah di Makkah. Dua belas hari yang Allah pinjamkan ini seharusnya dihayati. Inilah anugerah Allah kepada kami sekeluarga.
Doakan musafir kami di bumi Madinah dan Umrah kami di Makkah ini dipermudahkan. Moga Allah membalas budi baik kalian semua.
semoga d permudahkan yer ๐ ada sb yg tak dpt di elakkan tu
Semua kejadian ada hikmah dan bersebab. Alhamdulillah semuanya lancar.
syukur alhamdulillah
jangan lupa tunjuk rambut botak nanti ye. hehe..
Insyallah..
Alhamdulillah…. semoga dipermudahkan segala urusan
Aminn
Allah memberi kemudahan kepada kita dengan solat JAMAK dan Qasar….gunakan peluang bermusafir itu sebaik mungkin.
Sampai di Mekah dan Madinah, solat jamak dan qasar jadi rugi bro. Kena buat full.. tapi dalam perjalanan tu kena manafaatkan sebaiknya.
sabar yea, saudara sy pun tak dapat pergi jugak umrah habis semua sedia.
Semoga selamat semua nanti bro ๐
Ada masalah sikit kat Saudi. Visa dibekukan.. ramai juga terkandas.
Semoga dipermudahkan pengembaraan ke madinah dan mekah bro.
alhamdulillah semuanya telah dipermudahkan.
Semoga dipermudahkan segalanya. Aamiin.
aminn
Alhamdulillah… moga dipermudahkan segala urusan.
aminn
seronoknya dapat ke saana.. alhamdulillah, apa yg terjadi de hikmahnya.. selamat ye
alhamdulillah semua telah selamat sis.
Semoga dipermudahkan urusan…:)
Alhamdulillah.. semuanya mudah bro. Berkat doa rakan-rakan.
semoga perjalanan umrahnya lancar tanpa halangan, Insya Allah kita2 pun akan menyyusul suatu saat nanti ๐
Insyallah kak Rina. Perjalanan yang beribu batu pasti akan dipermudahkan.
cemburunya chii…xpela..insya Allah satu hari nnt..chii akan sampai juga ke sana
Insyallah.. asal ada niat, pasti Allah akan beri jalan.