Dah ramai blogger bercerita tentang pengalaman mereka membeli di Lazada Malaysia. Dua tiga bulan ni memang nampak menarik sangat la cerita-cerita mereka. Semua cerita yang baik-baik. Mungkin juga ada diantara mereka yang menulis berdasarkan pengalaman sebenar dan juga menulis sebab berbayar.
Mungkin nasib saya kurang baik berbanding dengan kawan-kawan yang lain. Mungkin pengalaman ini berguna juga untuk dijadikan panduan kita membeli-belah secara online pada masa depan.
Perkara ni masih dalam peroses penyelesaian. Namun saya suka cerita pengalaman ni walaupun belum selesai sepenuhnya.

Saya telah membeli satu item di Lazada pada 23 September 2013. Alhamdulillah 25 September item itu sampai kat tangan saya. Cepat dan super pantas.
Masuk je dalam rumah saya terus buka bungkusan. Cek mana-mana yang patut dan ternyata barang yang saya order silap hantar. Lain yang diorder, lain yang sampai.
Perkara pertama saya buat ialah mengucap panjang dan bertenang. Lepas tu call CSR mengadu masalah yang timbul. Layanan memang baik. Tak perlu tunggu lagu yang panjang berjela. Tak sampai 5 minit csr dah bagi penyelesaian. Hantar semula barang tu dan Lazada akan ganti dengan yang baru. Yang bestnya kos penghantaran Lazada tanggung.

27 September barang selamat diterima oleh Lazada. Maka bermulalah episod luka di hati. Call dan email bersilih ganti namun jawapan hanyalah dalam proses. Kalau mengikut polisi Lazada, return item akan diselesaikan dalam masa 2 hari. Tapi entah macam mana ia berlarutan sampailah semalam 16 Oktober 2013. Hampir 3 minggu menunggu.
Semalam barangan yang dijanjikan sampai ke tangan saya. Sebelum penghantar tu balik saya check dulu. Sah, ini item yang sama Lazada hantar kepada saya haritu. Petang semalam juga saya call CSR mengadu masalah yang sama.
Saya tak nafikan, penghantaran dan Customer Servis mereka memang terbaik. Layanan mereka juga sangat profesional. Tapi kejadian tersalah hantar ni benar-benar buat saya terfikir. Apakah masalah yang sedang melanda. Debaran masih terasa. Selagi kes ni tak selesai, rasanya saya tak boleh duduk diam. Kena sentiasa follow up.
Gitu pulak gaya jadinya… Rumit juga ni. Nanti update ler citer penuh untuk bacaan kami supaya tak terkena malang camni.
wokeh.. sesekali terkena, sabo je la. nak beli yang murah punya pasal, ambik ko.. heheh
fuh..teruk gak tu kalau sampai 2 kali dah..
teruk la jugak. tapi ni mungkin kes terpencil. sebab tu la action agak lambat.
ada bahayanya juga beli barang online nih rupanya…
Kena lebih teliti dlm pemilihan kedai online. Mungkin ni cuma kes terpencil sebab rata2 orang punya pengalaman takde masalah pun. Sblm ni pun saya beli ok je.
Nggak nyangka pelayanan Lazada sangat mengecewakan, toko online besar bisa berbuat lalai seperti ini. Semoga kedepannya mereka bisa berbenah diri
Mintak maaf kak Rina.. Layanannya stafnya ok. Cuma mungkin mereka ada masalah sikit. Tu yg agak lambat.
Takleh refund ke bro.. Rumit la plak ek kalau dah 2 kali silap nih
Boleh je kalau nak refund. Tapi saya pilih nak beli jugak.. Hehehehe.. Degil!
dengar mcm ni yg malas nk order L*****… hurmm..
mmg sah2 la depa kena ganti lain klu nak jaga hati customer, dan yg terbaik bagi Free gift atau brg tu terus free… hahaha~
patutnya macam tu…kira macam ganti rugi ‘teladan’ gtu
jgn takut nak order. ni cuma kes terpencil.
ptg td dpt call. Lazada akui kesilapan. Dan mereka akan tanggung dgn hantar produk sepatutnya. Gambar produk mengelirukan pengguna. Sekarang kat web dia pun dah ditukar gambar tu.
adeh..sampai pisang berbuah 2 kali ni..macam mana
kalau pisang berbuah dua kali, kan untung tu.. hehe.
Alaaaaaaaa..masalah yg begini la yg buat mak tak suka beli online!! Malas nak bergaduh selepas pembelian. Klu service after sales, ok la jugak..kalo bnyk dolah dalih dan salahkan org tu org ni, mmg benci gila nak ngadap arrr..
takyah gaduh.. layankan je. nanti dia mengalah sendiri la.
mesti ada silap kat mana2 part tu. ker pekerja baru buat silap ni hee..wahualan.sabar sy harap barang akan dapat segara.selalu call mereka tau 😉
silap kat iklan.. lain yang diiklankan, lain yang dijual.. cam tu la penjelasan dari mereka.
Pelik jugak ni. Boleh salah hantar 2 kali..
harap lepas ni dapat barang yg betul
takde yg pelik la. selagi namanya manusia. sering saja melakukan kesilapan. asalkan kita bersabar, ok je.
Saya pernah dua, tiga kali beli barang di Lazada. CSR memang tiptop. Penghantaran aje yang bermasalah. Kalau ada logo Lazada Promise, biasanya dua hari dah sampai tapi ada order saya sampai lewat. Bila ditanya pada delivery guy, katanya memang Lazada keluarkan barang dari warehouse a day after saya buat tempahan tapi mereka pulak tak cukup kakitangan nak menghantar barang ke sana ke sini.
tu la.. kadang2 masalah tu tak sepatutnya berlaku.. cuma kalau dalam web mereka bagi masa yang agak logik mungkin customer blh terima.
rasanya ada masalah communication nih diantara staf diaorang… kena post mortem diaorang nih… jangan kesilapan berulang lagi.. customer confirm serik
tu yang buat aku takut nak beli dari tempat mcm tu.uhuhu
se international mana pun lazada ni, masalah shipping tak boleh atasi ek.. pada den, bila dah niaga on9, customer service seperti shipping ni perlu di beri top priority, baru la orang bagi feedback bagus dan selesa nak shopping dengan kita di masa hadapan..
dorang banyak sangat order nak handle kot..
Aik.. baru dok puji2 laju apa semua dah buat perangai balik. Susah jugak jadi macam ni.
saya pun ada pengalaman.. haritu beli dekat lazada jam tangan kira2 2 minggu lebih tak sampai2 pun lazada kata 5-8 hari bekerja tapi pemonggak.. di sini bukan lah salah lazada tetapi servis penghantaran kurrier mereka yang lambat.. especially yamato transport..