Semalam, hari ni, esok, lusa dan tulat adalah hari gembira buat semua yang kerja makan gaji. Maklumlah minggu ni minggu gaji. Macam tu la tiap-tiap bulan, tarikh yang ditunggu-tunggu 25 haribulan. Rasa terbayar segala penat lelah kerja selama sebulan tu.
Sedarkah kita bahawa apa yang kita dapat tu sebenar hakikatnya adalah bukan kita punya. Kita ni cuma uruskan je duit yang kita dapat. Duit tu bank punya, Astro punya, celcom punya, Jusco punya.. Pakcik penjual nasi lemak punya. Pendek kata ia memang orang punya.
Maknanya kita memang tak ada apa-apa. Kalau saya kata kita tak perlukan duit ada sesiapa boleh terima? Apa yang kita perlu adalah makanan, minuman, pakaian, kenderaan dan tempat tinggal. Nampak tak? Bukan duit sebagai keperluan.
Bila kita bekerja dengan niat nak cari duit, itu satu kesilapan. Cuba bayangkan kita kerja dan dapat duit bergunung-gunung. Duit tu tak memberi makna kepada kita. Itulah bukti kita tak perlukan duit.
Tapi duit itu sebagai alat untuk mendapat keperluan. Adakah penjual nasi perlukan duit? Pasaraya perlukan duit? Apa yang saya kata kat atas semua tu perlu duit? Mereka pun sama macam kita. Tak perlu duit. Keperluan mereka sama macam kita. Itu yang mereka perlukan.
Jadi kalau macam tu apa guna kita cari duit? Bersengkang mata, lupa dunia, lupa akhirat demi mengejar duit. Kalau duit yang kita dapat tu bukan untuk kita, manakala orang lain juga macam kita tak perlukan duit, tak payahlah kita cari duit. Bukankah itu membazir masa namanya?
Kalau semua berfikiran macam saya sekarang ni, maka semua orang akan duduk diam tak buat apa-apa.
Satu hakikat yang perlu kita tahu ialah duit itu sebagai alat. Dia bukan tuan, cuma sebagai alat. Jadi tak payah la jadi hamba duit. Kita kerja kerana itu satu tanggungjawab yang الله perintahkan. Rezeki itu الله dah tetapkan. Kita tak perlu susah-susah cari. Apa yang perlu kita buat ialah melaksanakan perintah الله. Rezeki tu akan kita dapat kalau الله berkehendak. Sekarang kita cuma perlu laksana perintah الله. Terpulang kepadanya apa yang الله nak beri kepada kita.
p/s: edisi monolog.. ini yang sering bermain di minda setiap kali terima slip gaji, merenung nilai dalam sekeping kertas.. itu bukan kita punya!
mak lagenda says
Setuju..duit dan gaji tu hanyalah alat perhubungan. KIta seharusnya bekerja dgn penuh keikhlasan agar apa yg kita dpt akan menjadikan hati kita lebih tenang dan lapang.
Kemudian, keluarkan sebahagiannya/secebisnya utk pihak lain kerana, bukan semuanya gaji kita itu adalah hak kita, hasil 100% titik peluh kita. Sebahagiannya adalah hak insan lain. Kita hanya sebagai penama dan penerima sahaja.
kodinz says
Setuju dengan bro. Selalunya duit tu dapat merasa 2-3 hari jer kot. Pastu selalunya habis bayar itu ini. Baki yang tinggal cukup-cukup untuk survive sementara menunggu gaji berikutnya.
maza says
wah petanda akan penuhlah gedung2 peniagaan lepas ni.. hehehe
shraqs says
Yang penting, pastikan duit yang kita dpt dengan cara yang halal. Ingat lagi masa keje ngan gomen dulu, slalu je diorang guna ayat power ni.. “halalkan gaji anda”… buat kita berfikir sejenak.
zool says
Betullah tu.. duit tu cuma alat je
Hafizul says
Ya betul tu. Saya sokong. Kerja kerana ia adalah tanggungjawab kita dan buat kerana Allah. Motivasi untuk diri saya hari ni. Hehe. Walaupun tak pernah rasa macam mana dapat slip gaji, tapi sy bersyukur still boleh kerja bawah gov. walaupun hakikatnya memeritkan.
cemomoi says
seblom bagi orang, cium puas-puas duit tu
Ibu Mifzal Arsyad says
betul..betul..duit bukan segala-galanya…kalau jadi hamba duit..mmg akan rasa duit x pernah cukup..nak cari duit.je nanti..
b3njy says
Wow ! menarik artikal ni :D. Baru Benjy sedar duit gaji kita tu untuk orang rupanya….
Mus says
bayarlah apa yang penting.. jangan bertangguh kerana khuatir akan terguna duit tu ke tempat lain.
saya mengutamakan ‘bayar hutang’ pada akaun asb dulu..
rahman says
Dapat gaji memang best cikgu..tapi zaman sekarang ni kena pandai kawal kewangan . kalau kita silap sikit aje nanti mula lah short.. nak beli nasi lemak pun dah tak de selera.. parah.. parah 🙂
titan says
tapi duit tu sangat mempesonakan. hehe..
bardboo says
suka baca entri ni..mendalam maksudnya..sepanjang saya berblogwalking, susah nak jumpa entri2 yg macam ni..sy sgt suka baca pandangan org yg dia rumuskan dr apa yg dia fikirkan dan renungkan..
Jebeng Otai™ says
utk dpt duit mmg perlukan usaha walaupun org punya..tp org x kan bg kita duit camtu jer..
kulanz says
baru teringat aku dah 4 bulan tak ambik gaji lagi.. bukan apa, aku takut duit tu dibahagi ke astro, tm, celcom dan lain-lain..
apapun aku setuju yang duit tu bukan kita punya semua.. sebahagian kenalah agihkan kepada yang turut berhak
ProfHariz says
Entri cikgu memang boleh orang buka minda dan berfikir sejenak.
Duit bukan tuan ! Tapi sebagai alat 🙂
cik tom says
seronok bl dpt duit..tp cam biasa duit tu bukan kita punya!dpt byr n beli itu ini..tgk2 tgl utk saving..huhu