Ada ke? Memang pernah pada pilihanraya kecil sebelum ni saya dengar pasal duit tambang balik mengundi yang disediakan oleh parti tertentu. Kalau dari pihak Kerajaan Malaysia rasanya belum ada lagi pengumuman nak bagi duit tambang untuk balik mengundi. Mungkin boleh mintak kat mana-mana parti yang berjaya jadi pemerintah nanti.
Belum pernah mana-mana parti yang bertanding mengumumkan secara terang-terangan akan membiayai tambang balik mengundi. Kalau ada pun, ketua bahagian parti yang akan bagi secara sembunyi-sembunyi.
Pada pendapat saya, perbuatan seperti itu seperti membeli undi. Jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan oleh SPR. Sebab tu la ia tidak dibuat secara terang-terangan.
Tapi kan bagus juga kalau ada yang nak sponser tambang balik untuk mengundi. Jimat la sikit belanja bulan ni.
Saya dimaklumkan oleh beberapa rakan yang tinggal di KL dan mengundi di Pantai Timur sering ditawarkan tambang. Kebenarannya saya tak pasti lagi. Ada sapa-sapa boleh sahkan? Kalau ada saya nak juga.. heheheh.
Kalau nak juga disponser, cubalah tanya pada orang kuat parti tempat anda mengundi nanti. Mungkin dia boleh tolong jelaskan.
dengar2 je tapi tak pernah dapat pun…
kalau diberi peluang utk dapat nak tak? tapi kenalah undi pihak yang memberi.. heheh
Kota Bharu – Timbalan Menteri Besar Kelantan yang baru dilantik selepas PRU 13 lalu, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah mengeluarkan fatwa pertamanya selepas memegang jawatan TMB yaitu bersabit dengan kemunafikan pengundi luar yang mengambil duit parti lain kemudiannya mengundi parti lain.
Ketika menyampaikan kuliah parti di Medan Ilmu pagi tadi, Nik Amar menjelaskan ciri-ciri orang munafik yang boleh dilihat secara mudah yaitu apabila seseorang pengundi atau penyokong yang mendakwa menyokong parti berkenaan, kemudian claim duit dengan parti berkenaan, namun bila sampai masa mengundi, ianya tidak mengundi parti berkenaan.
“Hak susut (sorok) dalam hati hak sebenar tidak beritahu, saya sekali dengan kamu ni, tapi undi parti lain, itu contohnya, saya duduk dengan kamu, mari claim duit pun dengan kita, cop, tapi bila pangkah dia pangkah parti lain, itulah gambaran mudah”
Kenyataan yang dibuat Nik Amar yang juga Adun Panchor itu merujuk mengenai pemberian duit kepada pengundi luar sebagaimana pengumuman seperti lampiran diatas pada PRU 13 lalu. Pemberian wang ini sudah lama diamalkan oleh Pas bagi mendapat sokongan rakyat untuk Pas mengekalkan kuasanya di Kelantan.
Bagaimanapun mungkin ramai yang sangsi berkaitan kenyataan Nik Amar itu, adakah hukum ‘Munafik’ itu hanya kepada pengundi luar yang mengambil duit Pas dan tidak mengundi Pas sahaja, ataupun termasuk dengan pengundi luar yang mengambil duit Umno tetapi tidak mengundi Umno.
ada je yang buat tapi tak tahulah bahagian mana haha. selamat mengundi
selamat mengundi juga.
Kawan sepejabat yang berasal dari pantai timur ada juga bercerita pasal perkara ni
cerita hanya tinggal cerita.
Ada pernah dengar tentang perkara ni tapi tak pasti mengenai kesahihannya..
tu la, kita cuma dengar cakap-cakap orang je. pengalaman sendiri belum ada.
Sebelum ini ada orang bagi tahu jika kita balik kampung untuk mengundi tambang akan ditanggung oleh kerajaan,tak tahu jika salah satu parti nanti yang akan membayarnya.
Roumus je tu.. Takkanlah kerajaan nak tanggung.
haha..orang kita ni..bila bagi..biasanya memang ambil.
pantang nampak duit.. heheh.
pantang aku ambil duit tanpa aku kerja terlebih dahulu. hoho..
hehehehe…kata org, kalau takde angin, takkan daun pokok bergoyang…hehe
Ada beruk atas pokok.. hehe
Memang pernah dengar tentang perkara ini. Tapi setakat hari ini, tiada yang umumkan secara terbuka.
Mana berani umum secara terbuka. Kang kena dakwa politik wang pulak.. habis la peluang nak jadi PM.
kerna pergi servey2 kat bilik gerakan masing2 ni… baru ada rasanya.. kalo xde susahlah nak balik kg ngundi..
Undi dah jadi tanggungjawab. Ada ke takde kena balik jugak la.
Setahu saya baru2 ni ada org cal tanya kat mana mengundi…dan sy gatal mulut bertanya pada caller tu…boleh ke claim duit…caller bagitau boleh dengan syarat claim di tmpat mengundi…kena isi borang disana n bawak pengesahan bekerja di kl or selangor…sy balik pantai timur…Selamat mngundi..
Kena tanya betul2. Takut2 menipu je lebih.
dari pengalaman saya pada pilihanraya lepas, ada juga dpt duit tambang. yg kelakarnya dijanjikan untuk beri ikut tambang bas malangnya sebaliknya yg saya dapat. dulu saya study d johor dan tempat mengundi saya d perak so kira2 dapat Rm100 la tp alih2 saya cuma dapat RM20 je…mn yg selebihnya? sapa yang ambik?……
Macam tu pun ada ke? Hehehe..
Saya bekerja di teluk intan perak.undi di kuantan pahang.cmne nak claim duit tambang,
Mintak kat pondok panas. Nak banyak pegi kat dua-dua belah pihak. klaua ada peruntukan dia akan bagi la agaknya.
sy ikut husband blk mngundi kt terengganu…adk ipar sy dah siap isi form dah utk claim myk pergi blk kl ker terengganu…dlm rm300 blh claim..tahun 2008 pun mcm tue jgk..dah org bg,amik jer la kan..tp undi tetap rahsia…hihi…
Kak fieza mengesahkan ada pemberian duit balik mengundi? untunglah orang terengganu. Kalau undi masih rahsia takpe. Jangan nanti kita claim duit dia suruh kita pangkah parti dia pulak. jadi satu kesalahan tu macam yang dikatakan oleh pengerusi spr baru-baru ni.
kita blh pangkah mana2 jer…dorng tak tau pun kita pangkah mane…klu mcm husband sy,pas dier mintak,bn pun dier mintak…ader la dlm rm600 dpt…tp itu pun ikut nasib..kadang2 ader yg pilih kasih..dorang bg kenalan yg rapat2 jer…ikut tpt la…
Memang ada. Duit tu dari parti. Memang ada peruntukan dari parti.
Cuma cara agihan saja yang berbeza.
Di sini dulu, hampir semua yang balik mengundi dapat. Tapi kena bagi nama kepada pondok kawalan parti tu. Pangkah mana-mana pun memang dapat.
Tapi tu dulu… Sekarang ni pangkah mana-mana pun tak dapat. Saya maksudkan di sinilah. Tempat lain saya tak tahu.
errr.. maknanya tak ada paksaan la nak pangkah mana kalau kita claim duit mengundi tu?
boleh ke dapat? kalo boleh aku pun nak..hehe..lagipun tgh bulan ni susah skit kalo penjawat awam mcm sy ni..hehe ..
tengoklah komen-komen kengkawan kat atas tu semua kata macam ada dan blh dapat. cuba tanya dulu.
dpt ke clairm duit balik undi kg kst terenganu ni..x tahu pun ader borang..umno bg ke rasanya..kn balik rugi lak kalau x dpt..msa terbuang,tenaga dan duit…dh duduk kl ni..gaji x seberapa..bila tanya borang clairm dh habis..mcmana nk balik undi..mesti x semangt…dh ler umno kata borang habis…mana nk balik mcm ni..
Memang ada tetapi secara tersembunyi dan untuk pihak pihak tertentu sahaja seperti rakan karib dan kenalan masing masing, pilih kasihlah politik nie. Jiran aku dapat borang claim, dan dapat duit cash tambang. Bila aku pergi minta borang, setiapkali borang dah habis dan ada pompuan cina pakai baju BN tu cakap ‘mana ada, tipulah’ padahal orang sebelah dia melayu ckp kat aku ada tetapi dah habis dan suruh aku pergi minta kat Umno. Hari esok aku pergi lagi, sama je jawapan, menyampah aku. Aku pergi tak dapat apa benda pun, orang kenalan pula mereka bagi baju T, logo, topi, bendera dan sebagainya. Aku pergi kat Umno, umno ckp brg claim dah tutup 30hb April, suruh aku col umno kat kampung. Baru tadi aku col, betul betul sakit hati. Aku diberitahu takde claim, jangan sebut istilah claim salah disisi undang undang.
Dia orang nie, pilih kasih betullah, kawan aku tu dapat tambang bas cash 2.. 3 kali tau, dapat borang lagi balik kampung claim.
Salah untuk pr je. Kalau bn takde salahnya.. Camtu la agaknya.
Sebenarnya boleh claim, terpulang kepada tempat kita mengundi, kalau ikhlas memang mereka bagi, kalau setakat pilih kasih sahaja susah nak cakap. Kawan-kawan saya setiap tahun dapat claim, tapi aku tak pernah dapat pun. Tahun ini pun dia dapat, memang gembiralah dia. Tapi aku kena balik Kedah mengundi pun tak dapat, memang betul cakap Mie tadi, pilih kasih. Saudara aku duduk di Perak ada dapat wang RM150 BN bagi, lawatan ke rumah rumah, siap tampal poster dan kibarkan logo BN di halaman rumah.