Dulu saya suka share sarapan apa yang saya makan, kini saya sedar, mungkin ramai lagi sahabat-sahabat saya tak sarapan lagi kerana tak ada duit.
Dulu saya suka share tempat-tempat percutian yang saya lawati. Kini saya sedar, mungkin ada sahabat-sahabat yang kurang mampu bercuti macam saya.
Dulu saya suka cerita kegembiraan bila saya dinaikkan pangkat. Kini baru saya sedar, mungkin ada sahabat terasa hati sebab tak dinaikkan pangkat bersama-sama saya.
Dulu saya suka bercerita. Sekarang baru saya sedar mungkin ada antara sahabat saya yang tak suka pun cerita saya.
Dulu saya suka kongsikan masalah kepada semua, kini baru saya sedar, mungkin ada sahabat yang sedang bergembira dan tak suka pun dengar masalah saya.
Dulu saya suka share kata-kata motivasi di fb, kini saya sedar bertapa ramainya sahabat-sahabat saya yang lebih bermotivasi dari saya.
P/S: Hidup kalau sentiasa memikirkan apa orang nak kata, satu benda baik pun tak mampu kita lakukan.
P/P/S: Hidup kalau sentiasa memikirkan semua benda yang kita buat memberi impak negatif tanpa mengambilkira impak positifnya, maka sampai bila-bila kita tak akan buat apa-apa.
Ibu Mifzal Arsyad says
betul tu..kalau asyik nak kisah apa org ckp mmg nnt x jadi kerjanya..
Cikgu Hairul says
sikap kita memang macam tu. buat salah, tak buat salah kan kak? pejam mata, tutup telinga je la.
tehr says
hehe
tak kisah nak buat apa pun, asal saja tak menyusahkan orang
Jebeng Otai™ says
setuju tu..jgn ssh kan org..huhu
titan says
hehe..best plak artikel ko kali nih..
Cikgu Hairul says
owh ye ke? sebelum ni? hehe
Leeza Dayasari says
leeza sngt suka dgn entri ni. cukup memotivasikan.
Cikgu Hairul says
hahahaha.. sure? thanks lah..
donnyien says
turut bangga bila tengok status kejayaan orang lain di FB, sekurang-kurangnya dapat memotivasi diri sendiri untuk terus berusaha..
p/s: berusaha untuk memperbaiki taraf hidup, tapi Allah tetap menjadi keutamaan dalam hidup 🙂
Cikgu Hairul says
Itulah yang sebaiknya.
Naziman says
Memang terbaik la post ni. Rasa bermotivasi.
Hafizul says
Hehehe..entri yang kreatf dan sesuai digayakan dalam kehidupan sharian…
wandisini says
zaman internet sekarang ni, memang dah jadi trend, kita share banyak perkara dengan orang lain. maka akan wujudlah rasa bangga diri walaupun tak nyata kelihatan dengan jelas
Juan says
hiduplah dengan jiwa yang positif