Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Earth Hour- Misi Menyelamat Bumi

Earth Hour- Misi Menyelamat Bumi

26 March 2011 by Cikgu Hairul

 

Hari ini 26 March 2011 bermula jam 8:30 malam misi menyelamat bumi diadakan. Kita maklum dunia semakin sakit. Biasa la dah di usia emas. Sakit-sakit biasa tu memang la ada. Tinggal menunggu masa dan ketika untuk musnah. Musnah ni pun sebab tangan-tangan manusia juga.

Earth Hour disambut selama sejam bermula jam 8:30 malam ni. Masa tu kita diseru mematikan lampu. Biar bergelap selama sejam. Untuk apa? untuk merehatkan dunia dari pemanasan. Sejam je ke? Itu cuma simbolik jer.. Kalau sejam tu seluruh dunia buat, tak banyak sikit pun ada gak kesannya.

Simbolik yang macam ni kalau nak di ikutkan tak masuk akal. Matikan lampu sejam, selamatkan dunia.. huh! mustahil sungguh. Tapi kan tu simbolik jer sedara. Apa yang penting kita sedar akan pemanasan global, kemusnahan alam, pencemaran sungai dan sebagainya. Jangan setakat sedar, tapi laksanakan perubahan. Berubah menjadi lebih hijau (Masuk Parti Hijau) hehehe

Mengikut kajian suhu dunia meningkat sebanyak 4° sejak tahun 80-an. Kita pun dapat rasakan. Dulu kat Cameron siang-siang hari pun dah menggigil. Sekarang ni kurang la sikit.

Apa yang boleh kita buat?

  1. Matikan lampu dan peralatan elektrik jika tak digunakan.
  2. Setkan PC /Laptop anda pada kecerahan yang minimum.
  3. Bukak tingkap keta, matikan aircond ( Jalanlah waktu malam) kalau siang tu jangan buat pasal.
  4. Budayakan naik basikal. Macam jepun tuu.. sihat dan selamat.

Tu je la idea saya untuk bersama-sama selamatkan bumi. Misi ini adalah misi bersama. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Cikgu Zura says

    26 March 2011 at 13:36

    Selamatkan bumi kita. Jom jimat..

    Reply
  2. Shaffik says

    28 March 2011 at 12:39

    hari tu saya di McD. Tetapi yang sedinhnya, Mcd main tutu2 lampun pulak masa jam tu. Kejap buka lampu, kejap tutup, …Padahal lilin dah di sediakan di atas meja…lagi satu…
    Tak semua daerah kecil yang ambil port tentang Earth Hour…sebabnya bandar2 kecil masih lagi terang..macam tak support pulak…Sedih tgk./.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in