Semalam aku dapat panggilan dari seseorang yang memperkenalkan diri sebagai ejen insurans AIA. Entah mana la dia dapat no fon aku. Suka sangat menodai prevesi aku. Bila ditanya rupanya Reader Digest, majalah penipu tu yang bagi. Hangin tak ingat. Suka-suka bapak dia jer jual no fon customer pada orang.
Bab tu satu hal. Bab yang satu ni buat aku tambah hangin. Ejen tu mula la mengayat. Katanya ada special plan untuk pembaca majalah readers digest. Bla bla bla bla.. Entah aku pun tak berapa ambik pot. Cuma sempat aku tanya beberapa soalan. Apa plan yang special sangat tu? Dia kata cover untuk 36 jenis penyakit. Huh! Bila ditanya apa dia mula la melalut-lalut. Satu pun aku tak paham apa penyakit tuh.
Aku malas nak dengar sangat apa dia bebelkan. Terus je aku tanya berapa aku kena bayar sebulan. RM91 dia kata. Abistu kalau takde kena penyakit tu sampai tempoh matang berapa aku dapat? Hehehe yang ni part paling best tentang insurans. Yang boleh jatuh haram tu sebab ni la. Ada ka dia cuma pulangkan 75% je duit aku. Abis 25% lagi pegi mana? Macam biasa la. Mesti dia ambik kan. Zalim.. Insurans memang patut diharamkan. Macam aku bagi duit kat korang, pastu roling
bisnes dengan duit aku tu. Bila sampai masa aku cuma kau pulangkan 75% je. Untung juta-juta pakai duit aku tu! Macam ni ke bisnes insurans?
Akhirnya aku menolak mentah-mentah plan yang ditawarkan pada aku. Puas la dia pujuk rayu supaya aku termakan tipu muslihat dia. Siap dia kata lagi ‘takpela bang kalau jadi apa-apa nanti syarikat kami tak akan jamin’. Oh! Mereka telah mengambilalih tugas Allah tanpa sedar.
Aku secara jujurnya kata.. Ejen insurans itu telah mengaku sebagai Tuhan. Sebabnya mereka mengaku boleh menjamin keselamatan kita. Taubatlah wahai ejen insurans sekelian. Tingallah pekerjaan itu.
sayacomel says
sampai macam tu sekali? Aduhaii..apa nak jadi la dengan mereka..
Cikgu Hairul says
Mereka nak jadi penyelamat
asri pruBSN Takaful says
ayat yg last tu yang x tahan tu..’kalo jd apa2, syarikat kami x jamin’..even kalau cikgu ade polisi takaful pun, kita x jamin apa2 pun..kita cuma tolong bayarkan bil perubatan,dan beri pampasan kematian sekiranya meninggal/kemalangan..Allah jua yang menentukan segalanya..as for insurans VS takaful..dah jelas riba’ dan gharar tu haram..
mira says
ambik takaful lah,sb tu syariah punye insurans tp dia lain sikitlah,hu3
Cikgu Hairul says
Apa yg lainnya cik mira?
zahira says
salam..dlm kes ni,bila dah tempoh matang mmg boleh amik 75% sbb remaining balance tu utk cover insurans,incase kalo jd apa2 kat clients.mgkin agent tu x explain details kot..better amik takaful yg sah dr segi syariah. insurans sebenarnya ajar kte menyimpan..:D,
Cikgu Hairul says
Wslm, kena cari agen yang betul2 faham dan boleh terangkan kat kita tanpa jemu. Kalau jumpa orang mcm saya ni… Mungkin ajen tu boleh tertekan. Heheheh
nadia says
baru jugak dapat call dari AIA td. sangat menjengkelkan. fuhh
Cikgu Hairul says
Tu la kan.. Ntah mana dia dapat no telefon kita pun tak tau.
sazuan says
Bagus jugak info di atas.Jika kita kesusahan pasti kita akan mencari agen takaful @ insurans.Kerugian 25 %.Sekiranya ditimpa musibah siapa yang rugi.Apa kata mulai tahun ini jangan ambil insurans kereta.Rugi,a dapat apa2 kecuali accident.Lagi satu balik kampung jangan letak tayar ganti.Tawakkal jer dalam perjalanan nanti..
ezzy says
Mungkin cara penerangan ejen tu tak kena cara. kalau tak sokong insuran maknanya boleh la haramkan semua insurans kenderaan sebab kita selamat setiap tahun, insurans di bank sebab bukan selalu ade perompak, insuran pekerja @ perkeso & sebagainya sebab kita mungkin takkan jadi apa2.
Insurans ni penting untuk kita bagi kumpul dana bantu membantu sesiapa yang ditimpa kesusahan.
Fikir logik kalau baru sempat bayar premium RM100 sebulan dah tu kemalangan yang melibatkan kos RM15,000 dana insurans yang disumbang beramai-ramai ni la yang membantu.. Lain la kalau memang banyak duit rase senang je nak hanguskan duit RM15,000 macam tu je.. Belum termasuk rawatan susulan.
Sekadar berkongsi pandangan..
Ladfe Amir says
majalah Reader Digest bukan penipu. pertandingan yg menawarkan hadiar tu memang betul ada. saya pernah memang hadiah ngan majalah tu.
tapi mcmtulah..kena bayar dulu utk majalah tersebut.
syarikat insuran pun satu hal. tak bolehlah paksa-paksa kita nak atau taknak. itu hak kita, tiada yg boleh paksa