Bismillahhirrahmanirrahim.
Enable Restrictions dalam iPhone khasnya dengan iOS 7 ialah satu ciri penting yang perlu dikelola dengan baik. Dengan cara yang profesional. Sepadan dengan empunyanya.
Persoalannya, kenapa perlu enable restrictions? Good question.
1. Bila kita tap app lama sikit, semua app dalam iPhone akan bergoyang dengan setiap app ada tanda pangkah di atasnya. Tap tanda pangkah tu kalau kita nak delete app tu. Senang kan? Senang delete maka senanglah juga terdelete. Enable Restrictions > Deleting Apps > Off supaya tanda pangkah tu tak ada.
2. Privacy — Photos, Contact dll. Bila kita install app baru dalam iPhone, app baru suka minta izin untuk gunakan photos, contact dan location. Beri keizinan ertinya kita izinkan privacy kita didedahkan. Adalah lebih selamat kita kawal satu persatu. Hanya izinkan yang benar-benar perlu sahaja. Tak ada keperluan semua app nak akses photos, contact dan location kita. Kita tentukan.
3. Security Find My iPhone. Ciri istimewa Find My iPhone membolehkan iPhone yang hilang dijejaki. Tapi pencuri boleh off-kan Location Services dan Accounts untuk lumpuhkan Find My iPhone. Dengan Enable Restrictions, pencuri perlu tahu pula passcode kedua kalau dia berhajat untuk off-kan Location Services atau delete accounts.
4. Restriction untuk app. Sesuai bagi yang ramai anak saudara, anak-anak, adik-adik yang suka pujuk nak main game dalam iPhone. Dengan Enable Restrictions, semua app boleh disembunyikan. Tinggal app asas macam baru keluar kotak saja yang tinggal. Itu alasan yang baik beritahu kanak-kanak yang iPhone kita tak ada game. Iya lah, takkan tiap kali nak balik rumah nak delete semua game kan? Sorok jer dah ler. Nanti boleh ada semula tanpa susah-susah download lagi.
5. Enable Restrictions beri kita lebih ruang untuk mengawal cara penggunaan iPhone dengan lebih efektif dan tersusun. Ada banyak lagi yang boleh dicuba. Selamat mencuba.
TehR says
ni yang buat aku rasa nak beli iphone ni
ntah kat mana nak cari duit
Amar says
Kat bawah bantal kan banyak… 🙂
KedaiBaru says
Memang minat sangat dengan iphone ni, belum ada rezeki lagi nak beli