Bismillahhirrahmanirrahim.
Terlebih dahulu saya mula dengan memohon maaf. Khasnya Cikgu Hairul. Jika penulisan saya kali ini menimbulkan rasa tidak selesa atau kecut perut, saya mohon maaf dan saya tidak akan berkecil hati jika pos ini dipadam.
Ini tentang darurat ibu bersalin di hospital dan kelahiran disambut oleh doktor lelaki. Malah di daerah-daerah tertentu, para ibu itu ditelanjangkan tanpa seurat benang dan dikendalikan oleh doktor-doktor dan pelatih lelaki.
Mereka istilahkan ini sebagai darurat. Malah ustaz dan ustazah yang muncul di TV juga bacul untuk menyatakan yang hak dengan memberikan jawapan ia sebagai darurat. Katanya antara nyawa dan maruah, nyawa diberi keutamaan.
Sedangkan Masyitah tukang sikat lebih rela mati demi maruah agama.
Saya ambil satu contoh. Sekiranya rumah tuan-tuan dicerobohi perompak yang kemudiannya perompak letakkan parang di leher tuan. Kemudian perompak yang lain cuba rogol isteri tuan. Apa tuan nak buat? Nyawa atau maruah? Sendiri jawab.
Apa yang berlaku hari ini ialah para isteri tercinta yang menjaga aurat dan maruahnya sekian lama ditelanjangkan oleh lelaki bukan suaminya bernama doktor disaksikan pula oleh lelaki lain bernama pelatih. Dengan alasan menyambut kelahiran bayi. Dengan alasan kepakaran. Aurat si isteri bukan saja di lihat, malah kemaluannya dipegang dan diseluk. Apa bezanya dengan rogol? Tahukah tuan-tuan betapa malu dan terhinanya si isteri diperlakukan sebegitu rupa.
Jika nyawa lebih penting dari maruah maka takkan adalah para syuhada menukarkan nyawanya demi maruah agama.
Para ustaz dan ustazah baghal memberikan jawapan agar umum sedikit berusaha untuk menjaga maruah, jika susah sangat, anggap saja darurat dan biarkan saja para isteri, para ibu dirogol di atas katil-katil hospital dengan alasan supaya jangan mati. Masih banyak keindahan dunia untuk dinikmati walaupun ia cuma fatamorgana.
Ustaz dan ustazah baghal ini masih pula berani mengaku mereka dari kalangan Ahli Sunnah Waljamaah. Sunnah mana yang mereka ikut? Sunnah nabi atau sunnah babi? Dalam jamaah mana yang mereka beserta? Jemaah di belakang Rasulullah atau jemaah di belakang dajjal?
Antara nyawa dan maruah. Mana lebih penting? Sekalipun dicincang lumat, saya memilih menjaga maruah.
Para suami ketika saat-saat isteri telah hampir dengan kelahiran, berdampinglah dengannya. Jika pada waktu yang hampir itu ibumu mati, serahkanlah kepada adik-beradik yang lain menguruskannya. Jangan ditinggalkan isteri itu. Persiapkan diri dengan ilmu kebidanan menyambut kelahiran. Mungkin tuan sendiri yang perlu menyambutnya anak itu nanti. Persiapkan juga dengan ilmu beladiri, pada hari itu nanti tuan mungkin perlu bermandi darah untuk mempertahankan maruah isteri. Jangan jadi dayus.
smbotak says
Ada kata2 yang agak keras di sini, tapi saya memang setuju 100% terutama ayat “para syuhada yang menukarkan nyawa demi menjaga maruah” tu.
Isu ni memang dah jadi perbincangan, tapi malangnya tak dapat perhatian oleh pihak yanhlg sepatutnya. Kita boleh tengok polisi kat hospital2 (terutama kerajaan) kita ni. Mana ada batasan…
Yang lelaki tu pun, jangan la mengada2 nak jadi pakar sakit puan….!!!!! Banyak lagi pengkhususan dalam bidang perubatan ni…
Malaysia Tercinta says
Hantarlah anak-anak perempuan belajar gynecology. “Pihak yang sepatutnya” adalah kita sendiri.
titan says
macam mana nak cakap..orang zaman sekarang ni lain sikit macamnya..
Bobo says
salam..
tiba2 rasa gemuruh bila baca entry ni.. bagus! harap dpt membuka minda para lelaki muslim yg bernama suami.
Bahrain says
Para suami kena alert dengan benda ni dan kalau boleh beritahu awal-awal tentang pemilihan dr perempuan.
onlajer says
adus terkesan sunguh entri ini,
Tapi kenapa pula ditelanjang bulat kan , kalau nak bersalin tu keluar dari bawah sahaja.
hafizmd says
kalau betul sampai macam tu sekali..suami kenalah lebih tegas…
aduh
Irwan Alessa says
rasa pelik dengan dunia sekarang.. hmmm..
suri says
terkadang tiada pilihan. sedangkan sarat lagi terkeluar mula doc perempuan tetiba doktor lelaki masuk.serius kawan saya agak tergamam. ada dengar semanis kurma katanya untuk buangkan rasa kesal tak berkesudahan tu dengan banyakkan solat taubat.
perkara tak terjangka benda terjadi ia luar kawal bukan pula sengaja.kerana bukan kita berada dalam situasi tersebut.kerana bagi saya agak mustahil wanita benar2 tutup aurat betul berkehendak mahu dedahkan apa tertutup selama ini.wahulam.
ada juga sarankan agar memilih lokasi tempat bersalin hanya wanita kendalikan.walau agak kesal dengan bayaran agak mahal dan hospital dengan alasan tidak cukup doktor amat rapuh.alhamdulillah kelahiran anak perempuan saya yang sambut dari awal akhir semua kendalikan adalah golongan hawa. elak mana perlu itu lebih baik.
kakiblog says
artikel ini agak keras dan emosi sedikit..demi kebenaran saya mengakui ada betulnya!
Amar says
Itulah yang dikatakan Rasulullah dulu… “Di akhir zaman, sesiapa yang berpegang dengan agama Allah ibarat menggenggam bara api.”
Jika mereka (para ilmuan) dengan tasbih dan kitab melekat di tangan itu mewah dan laba dengan bayaran untuk hadir ke forum perdana di sana-sini, mereka harus fikir semula adakah mereka sedang menggenggam bara api atau mereka sedang menjual ayat-ayat agama…?
Jangan bicara tentang perjuangan kalau dalam dada masih ada rasa takut mati. Bukan hanya para syuhada, lihat juga Al-halaj yang dicincang lumat.
hafizmd says
tiada apa yg perlu dirisaukan…entri ini mmg benar…dan wajar dibaca oleh seluruh para suami…
berusahalah…kumpullah duit setiap bulan..utk bawak isteri bersalin di klinik swasta..jika ini yg perlu kita lakukan…percayalah, isteri kita amat2 malu bila berdepan dgn situasi yg penulis nyatakan di atas…
benar lagi benar….rasanya, sudah sampai masanya pihak kerajaan keluarkan polisi yg lebih islamik…terutamanya di hospital…jgn kata tak cukup doktor…
Amar says
Betul tu, kena kumpul duit. Cuma…
Golongan pertengahan dan atasan mungkin mampu usaha untuk dapatkan tempat bersalin di hospital swasta dan memilih doktor perempuan, tapi adalah tiada upaya bagi golongan bawahan. Dan dari kes-kes yang telah kedengaran, golongan yang tak berkemampuan itulah yang kerap menjadi mangsa.
Tentang polisi hospital, ia sangat rumit kerana tekanan dari puak-puak yang menolak agama. Para ilmuan pula, kata-kata mereka disekat. Tak kurang juga para ilmuan yang menjual agama demi kesenangan yang sedikit. Lebih kecewa lagi bila orang yang menggelar diri mereka sebagai ulama itu cetek sangat ilmunya. Sama saja macam saya.
jue says
Salam semua, mak saya pernah alami sewaktu nk lahirkan adik bongsu tahun 1994 diHKL, alkisah mak mmg nk bersalin kt klinik private sbb dah cekup dari awal sejak dia kena bedah kandungan luar rahim dulu(kes kembar 1 dlm rahim, 1 luar rahim), tp menjelang hari nk bersalin darah tinggi dia melampau, so klinik terpaksa tolak dia ke HKL, nurse-2 kt situ bila dapat tahu yg mak ni dari swasta, mula lerrr ckp bebukan, antara ayat dia ” Haaa tu lah org kaya, nk bersalin swasta konon, busuk-2 dah teruk datang sini jugak” mmg mendidih tp since bukan kita yg hendak benda ni terjadi kan, so mak kenalah sabar diam dan telan ajelah….masuk LR, terperanjat mak sbb disuruh bertelanjang, dlm tu tk silap ada dlm 10 org gak, antaranya sorang ustazah sekolah rendah, sebelah katil mak, sepanjang masa mengucap jer ustazah tu, malu kata dia, tak sangka dorang suruh buat mcm nih, bertelanjang yer sama seperti yg Pn Zabedah kita kena tu, samalah dgn mak saya sekali bertelanjang bulat, bila time dia dah rasa gesa nk bersalin tuh dia disuruh bangun pula nk tukar katilll…dah lah dia ni darah tinggi, terkangkang-kangkang menahan kepala baby yg dah terasa kt Pip tu dan naik ke katil lain…kesian mak…sepanjang masa kt situ dia terpaksa telan dan diam ajer sbb misi-misi semua bermulut laser yg teramat, siap di gelar mak nih, org swasta, sikit-2 dipanggil org swasta….arwah ayah sebenarnya CC kt pejabat tanah, bila-2 masa nk guna GL 1st class gomen dia blh guna, tp mak teringin nk rasa bersalin selesa kt klinik swasta ajepun, klinik kecik bukan pusat rawatan ke apa ker…dlm masa yg sama teringin nk suami dapat sama-2 saksikan kelahiran….dah nasib….tp mmg begitulah pengalaman mak saya…..
Manakala saya pulak alhamdulillahh syukuurr walaupun lahirkan ketiga-2 anak kt hospital besar(1st HKL), 2nd n 3rd kt hosp Kajang, tk pernah lah pula diminta bertelanjang, diberi baju pink besar yg ikat belakang, nasib juga baik dpt misi-2 student, so dorang ni masih lagi berperi pekerti, tanya soalan dgn baik…rezeki masing-2 jugakkan…