Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Kalau cikgu tak masuk kelas, itulah kemerdekaan sebenar bagi mereka. Alah… kita dulu pun macam tu juga. Pantang je cikgu ada meeting atau tak masuk kelas, macam-macam permainan kita main bagi menyambut “kemerdekaan” itu.
Pernah main tak permainan ni? Main bola sepak atas meja. Rupa-rupanya inilah permainan turun temurun. Permainan ini diwarisi dari genetik. Bukan diwarisi secara diperturunkan oleh generasi sebelumnya.
Kalau perasan la, banyak permainan yang murid-murid main di sekolah semasa ketiadaan cikgu adalah permainan yang pernah kita main satu waktu dulu. Sapa yang ajar? Kat mana diorang dapat tahu? Semuanya jadi persoalan. Sebab tu la saya katakan ia diwarisi secara genetik.
Jadi, awas la mak abah yang pernah ada permainan yang pelik-pelik masa kat sekolah dulu. Mungkin anak-anak anda akan mewarisinya secara semulajadi. Baik intai anak kat sekolah sekarang.. hehehe.
Amar says
Main wau bulan dari tingkap kelas. Bila cikgu masuk kelas, benang wau tu tambat di besi naco. Habis kelas boleh sambung semula.
Cikgu Hairul says
Hebat.. siap main wau lg tu. Wau khayalan ke betul2 punya? Hahaha
Hazmin Hamudin says
Haha.. Lawan pemadam pun ada jugak cikgu.. Macam-macam lagi permainan boleh main masa cikgu tak masuk kelas. Tutup botol pun boleh.
Cikgu Hairul says
Memang sangat banyak. Kalau dikumpulkan boleh jadi satu buku nih.
titan says
pernah main 6 meja. hoho..
Cikgu Hairul says
Pastu cikgu masuk berterabur.. hahah. Memasing buat tak reti je. Macam tak bersalah langsung.
cikmatahariku says
betul sgt tu cikgu.. merdeka bgi murid kl cikgu tak bagi kerja sekolah.. hehe..
Cikgu Hairul says
Sekarang pun ramai cikgu tak bagi kerja rumah. Bawak balik pun bukannya siap. Tapi…. kena siapkan kat sekolah la. Merdeka sakan la kat umah.
TehR says
erti merdeka bagi seorang cikgu bagaimana pula?
Cikgu Hairul says
Merdeka bagi seorang cikgu bila bebas dari kerja-kerja bukan hakiki. Nak tumpu sepenuhnya pada P&P.