Kadang-kadang saya terfikir semula apa tujuan saya berblogging. Waktu-waktu awal kenal dunia IT, blogger dianggap “goblok” oleh seorang menteri. Pada masa itu blogging bukanlah satu pilihan kerjaya yang dianggap baik. Sementelah beberapa ketika, apabila kuasa blogger mula digeruni, tanggapan itu berpusing 360 darjah. Ternyata blog sebagai medium menyampaikan sesuatu sangat berkesan. Pilihan saya untuk memulakan dan meneruskan penulisan di blog terbukti betul.
Setelah blog ini mengalami masalah lebih dari dua minggu, saya mula aktif menggunakan fanpage bagi “menyampaikan sesuatu”. Rupanya tak ada blog pun tak apa. Tetapi jauh di dalam hati mengharap blog ini kembali pulih juga. Ia terjadi kerana kedua-dua medium ini mempunyai fungsi dan cara tersendiri. Walaupun fanpage dapat menyampaikan sesuatu, kepuasan menyampaikan sesuatu melalui blog lebih terasa.
budakfelda says
alhamdulilah blog bro dah kembali pulih, fan page untuk memudahkan kitaa beinteraksi dgn peminat2 hehehe..:)
bila terlalu sibuk di fan page kang takde plak trafik masuk…:)
Cikgu Hairul says
Blog dah ok.. Alhamdulillah. Fanpage jatuh tpt kedua.
Jebeng Otai™ says
sy pon rasa blog msih ditempat pertama..hehe
Ibu Mifzal Arsyad says
dah ok dah blog cikgu..
sy mmg kurang aktif di fanpage..x de blog rs cam kekurangan plak..hehe
Cikgu Hairul says
Alhamdulillah, malam tadi pukul 2 pagi server up.
Fanpage ne ibarat tiada rotan akar pun berguna..
sweetkurma says
ada bezanya fanpage dgn blog, fanpaga message yang disampaikan cepat jer berlalu, tapi blog ianya bertahan dalam “menu” kita dan sudah tentunya boleh di ulang tayang hee
Cikgu Hairul says
Betul tu kak.. fanpage ni kesannya jangka pendek. kalau blog, kesan jangka panjang.
dennis says
Prefer blog cz ia lbh bebas 🙂
Cikgu Hairul says
betul tu..
zik says
fanpage nie jadinya sebagai penolong kepada blog untuk dapatkan traffic…
Cikgu Hairul says
dua-dua medium ni kalau kita gabungkan mesti lagi meletop kan..
Hafizul says
emm sy tak pernah guna fanpage tu..sy rasa blog lagi best kot..hehe
Cikgu Hairul says
dua-dua ada peranan tersendiri bro. kena guna dua-dua medium ni.
titan says
fanpage tu menda eh?
Cikgu Hairul says
Sudah gaharu cendana pula..
shraqs says
Kalo dah biasa berblog memang susah nak ditinggalkan. Penyakit gian tu menjadi2 🙂
nurmisnan says
Tak kisah ler brother jatuh ke terduduk ker.. janji bangkit
dan heppy blogging..
Amar says
Blog ni kan dapat kita kawal dengan lebih bebas. Tak gitu..?
Cikgu Hairul says
Gitu ler..
Hazmin Hamudin says
Blog lebih bebas untuk menulis daripada fanpage yang terhad. Fanpage boleh digunakan untuk kita menyebarkan apa yang kita tulis di blog. Keduanya saling memerlukan.