Ada satu email dari Y Group members. Bila diteliti dia cuma memforwardkan je email tu. Tengok alamat email orang lain besepah je kat email tu. Yang menariknya ialah tawaran tu. Free Laptop dari Ericson kalau kita hantarkan email ni.
Syarat penyertaan adalah hantar/ fwd 8 email kepada kawan. Hantarkan bukti penghantaran kepada penganjur. Semudah tu je. Lepas tu mereka akan beri kita Laptop model T18. Kalau hantar kepada 20 orang email ni kita akan dapat Laptop model R320.
Hohoho.. ada gak yang mudah terpedaya. Maka bersepah-sepahlah email yang seumpamanya masuk inbox aku. Ada korang dapat ke email camtuh? Yang menghantar tu aku tengok emailnya dah lebih dari 20 orang korang anta. Ada ke dapat R320 yang dijanjikan? Wakakaka.. aku berani kerat kuku.. mesti korang tak dapat. Kalau dah ada yang dapat jom jumpa aku. Nak tengok bukti..
Bukannya nak salahkan peserta, tapi cubalah rasional dalam membuat keputusan mengforwardkan email tu. Ericsson ni kan company yang dah nak berkubur. Korang ni jadi tukang promot tak berbayar la pulak. Sanggup tu. Dalam hal ni, Ericsson akan dapat keuntungan tanpa membayar sesen pun kat kita. Hehheh.. Bijak la mereka merebut peluang diatas ketidakperihatinan kita terhadap gejala spamming.
Ingat sebelum kena, nanti tak pasal-pasal ada yang kena saman sebab buat program penipuan. Yelah… penganjur company besar plak tu. Ada peluang saman, kita saman je. Bukan setakat penganjur tapi penghantar email / ejen tu kita saman sekali.
Amacam.. ada bran?
haha. nmpak promosi free je sume laju 😀
tp kene tgk2 gak kan.bukan semua betol.
Kalau yang betul takder la semudah tu. Just hantar email jer.. hehe