Hujan yang turun setiap hari menyebabkan banyak bencana alam berlaku. Banjir di Terengganu dan yang terbaru runtuhan di Puncak Setiawangsa. Bencana alam yang berlaku adalah musibah bagi manusia. Ia wajib diterima dengan hati yang terbuka.
Menerima ujian sebegitu sememangnya sukar. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kesusahan yang mereka tanggung hanya Allah sahaja yang tahu. Kita yang melihat cuma mampu menghulur bantuan sekadar termampu.
Menghulur bantuan kepada yang memerlukan sangat dituntut. Hidup ibarat roda. Hari ini di atas, esok pasti di bawah. Maka tidak perlulah mencerca mereka yang terkena musibah. Belum tentu kita tidak kena musibah selama-lamanya.
Saya sangat sedih bila ada segolongan manusia fanatik politik yang selalu menghukum orang lain. Bukan sahaja menghukum bahkan menuduh bencana tersebut adalah balasan di atas kebobrokkan akhlak si penerima bencana. Menuduh secara pukul rata memang sedap. Langsung tidak memikirkan rasa hati penerima bencana.
Tiap kali berita musibah dipaparkan di akhbar online tersebut, ada saja cacian, makian dan tuduhan yang mereka buat. Walaupun betul bencana itu adalah akibat dari tangan-tangan mereka, perlukah kita gembira di atas musibah yang menimpa mereka?
Musibah dan ujian boleh datang kepada sesiapa sahaja. Ahli ibadah mahupun ahli maksiat tidak terlepas dari musibah dan ujian. Apa salahnya kita insafi diri dan tidak menduding jari kepada orang lain. Belajar rasa syukur dan mendoakan apa yang menimpa orang lain menjadi kebaikkan kepada mereka dan kita.
yas says
Depa tu tak kena kat btg idung…klau dh kena baru tau tinggi ke rendah langit tu nti…..
Shahrul says
orang politik hanya fikirkan kuasa, mana ada masa mereka nak fikirkan soal hati dan perasaan…
TehR says
menangguk di air keruh tu, cikgu
ahmadyani says
Kalau tidak mampu membantu orang yang ditimpa kesusahan dengan wang ringgit, bantulah dengan tenaga. Jika keduanya juga tidak mampu, berdoalah. Berdoa agar mereka sabar dan berdoa agar kesusahan mereka cepat hilang. Dan jangan lupa berdoa agar kita tidak ditimpa kesusahan yang sama.
Lizz says
selagi tak terkena batang hidung sendiri, memang ada suara2 macam ni. simpati dengan sikap org kita.
shraqs says
Itulah yang menyebabkan berita2 yang disiarkan melalui media massa tempatan kita makin lama, makin membosankan. Semua isu nak dikaitkan dengan politik..
hairulafiz says
mereka semua pentingkan diri sendiri jek
titan says
biasalah tu. orang kita. bila marah..kena gelak balik. aku terajang kang..report pulak polis..