Hari tu diam kejap isu tag-tag oleh geng infinity downline. Sekarang semakin menjadi-jadi pulak aku tengok. Hari-hari ada je yang tag gambar duit berkepuk-kepuk.Mungkinkah ini angkara budak sekolah? Ini kerana sejak cuti sekolah ni baru aku perasan kegiatan tu aktif semula.
Infiniti Downline ni ialah program yang kononnya buat duit dengan login facebook. Semudah itu? Tentunya kena mencari mangsa-mangsa bodoh dan sanggup dipergunakan. Tektiknya adalah tag gambar duit, kadang-kadang kereta dan kadang-kadang muka tak malu berkipas duit ke profile kita. Aku rasa semua yang dah lama dengan dunia IT cukup masak dengan modusoperandi mereka. Bagi yang baru mengenal dunia IT jangan terpengaruh dengan dakyah songsang itu.
Peringatan untuk mereka yang nak cepat kaya taknak bersusah payah : Program infinity downline boleh dikatakan juga program mengemis. Mintak duit orang untuk jadi senang. Sangat sampah. Dah ramai yang terkena dan dah ramai juga ustaz-ustaz beri pandangan. Baca pandangan ustaz Zaharuddin di sini. Hukum halal dan haram skim dah jelas. Bila ada penindasan maka haramlah seluruhnya. Boleh cari di google sebab kenapa program ni aku katakan menindas. Cari, baca dan fikir dengan akal yang waras bukan dengan nafsu semata.
Sekali lagi aku nak mengingatkan pada orang Melayu yang dikatakan sebagai satu bangsa pencinta skim cepat kaya. Tiada usaha semudah itu untuk berjaya dan menjadi kaya. Dalam mencari rezeki biarlah jelas halal dan haramnya. Usah terlalu mengejar wang sampai hukum diketepikan.
hoho..menganas kembali??
Yup.. Mengganas kembali. Sejak cuti sekolah tu dah ramai yang mengtag gambar duit kat aku. Akhirnya terremove ler mereka dari senarai friend.. Hehehe
Tak habis-habis mende ni sume kan. Tu la pasal FB aku skrang pun aku letak Security tahap GABAN (maksimum) malas nak layan bende camni lah.
kurangkan pendedahan maklumat peribadi.
kalau la ni keje budak sekolah,memang kaya la bebudak ni sekarang.hehe ๐
Cikgu pun ada jugak kot.. heheheh
“..Melayu yang dikatakan sebagai satu bangsa pencinta skim cepat kaya..”
aku setuju. ramai yang suka duduk goyang kaki, tapi malas nak kerja.kenapa banyak tanah dan rumah orang melayu di beli orang indonesia/warga asing. sebab melayu nak cepat kaya
Bila semua nak cepat.. ada benda yang akan terlepas pandang, malahan terlepas ke tangan orang lain juga.
ambo pernah dengar pasal ni.. tp x join pun.. ๐
Bagus2, selamat duit dari ditipu hidup2.
dia ikut musim kot nih ๐
mula-mula mengganas, bila ramai dah bising stop kejap. bila orang dah lupa skit, kembali mengganas la kot
sekarang ia kembali ganas bro.
ID ni bukan paksaaan pun.. x da istilah mengemis.. Yang berminat boley join.. Yang x berminat.. jangan la join.. tu jer..
bukan paksaan, tapi ia tetap menipu. sama macam arak. kita tahu ia benda haram, takkan nak dibiarkan je orang hanyut dengannya.
benda yang salah, rela hati pun salah.
Zina suka sama suka, rela hati. tetap salah dan berdosa.
muamalat yang fasid, suka sama suka pun, tetap tak boleh.