Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Gigih

Gigih

19 July 2012 by Cikgu Hairul

20120718-225752.jpg

Mereka gigih mendapatkan pelanggan. Saya sangat kagum dengan mereka yang bekerja sebagai ajen jualan langsung. Tanpa malu, tanpa segan berjumpa dari seorang ke seorang. Sikit pun tiada kekecewaan di wajah mereka kalau tiada yang membeli.

Masa saya masuk kelas psikologi dulu, lecturer saya kata kalau nak buang perasaan malu, jadilah promoter. Bukan calang-calang orang sanggup buat kerja tu. Menebalkan muka, mengentalkan jiwa demi sesuap nasi. Gigihnya mereka.

Saya pernah bertanya kepada mereka, apa prinsip utama direct selling? Jawab mereka semakin ramai kita jumpa orang, semakin dekat kepada pembeli. Walaupun dah 100 orang yang mereka jumpa belum membeli, mereka masih positif berfikir bahawa orang yang ke 101 adalah pembeli.

Kagumi semangat mereka, contohilah mereka, pasti kita akan berjaya. Satu je yang saya tak suka. Mempromote produk ketika saya tengah menyuap makanan ke mulut. Memang kena maki.

3.1736101.73793

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Jebeng Otai™ says

    19 July 2012 at 00:49

    yela..kdg2 x kene tempat nk jual produk..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 July 2012 at 01:43

      Sebenarnya ada kod etika yg perlu mereka patuhi. Masa org makan dia tak boleh datang. Cuma boleh promote kat org yg dah siap makan je. Kalau main belasah je, jatuh juga reputasi dia sebagai penjual profesional.

      Reply
  2. anif says

    19 July 2012 at 01:22

    Kalau kena maki, lagi meningkat motivasi mereka! 😀

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 July 2012 at 01:42

      Betul tu. mereka tak kata apa pun. Cuma senyum dan ucap terima kasih. Pastu blah… Hmmm. Kental betul semangat dia.

      Reply
  3. Norizwan says

    19 July 2012 at 09:17

    Cara mereka tidak professional….Saya setuju kata bro ngan bro @jebeng otai…tak kena tempat….patut datang pada masa yang sesuai….

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 July 2012 at 10:50

      Kadang-kadang mereka terlepas pandang. Nak dapatkan sales punya pasal. Dah tak peduli. Tapi kalau kena gaya dan masa sesuai. Memang orang tak marah dan boleh jadi pembeli tu.

      Reply
      • Amar says

        19 July 2012 at 14:20

        Macam yang Wahyu pernah beritahu kita, masa orang makan jangan promote apa-apa. Sasaran pembeli ialah orang yang dah sudah makan atau yang layan minum saja. Barang yang dijual pula tak lebih RM10 seunit. Senang promo “Sepuinggit, sepuinggit, sepuinggit.” dan biasanya orang tak fikir lama sangat sebelum beli barang harga RM10 semasa di kedai makan.

        Reply
  4. Hafizul says

    19 July 2012 at 09:47

    serius kalau diberi pilihan antara kerja ni dengan duduk dirumah, baik sy duk dirumah..sy memang seorng yang pemalu..kagum dengan penjual mcm ni..respet arr..stamina emosi dan perasaa memang berada di tahap yang tinggi..kalau jumpa cust yang elok layananya ok la..tp kalu jump cust yang sukar nak senyum, memang perit jugak la..diorang kerja pakai prinsip lagu ni..awk rajin cari cust, brg awk laku, awk dapat duit banyak..kalau mls sebaliknya..hehe..betul tak cikgu???

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 July 2012 at 10:51

      Betul betul betul.. Mereka cukup gigih dan tebal muka.

      Reply
  5. ummiarissa says

    19 July 2012 at 11:17

    saya sorang2 malu ler…kalau beramai okay lah…memang gigih tapi tengok masa dan tempat jugak kan..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 July 2012 at 18:09

      Ramai2 tak jadi keja la. Pelanggan lari kena serbu ramai2.

      Reply
  6. yana says

    19 July 2012 at 15:34

    kagum dan terharu..tp part last..tumpang geram sekali kalo promote tengah makan ni..tp tak elok jugak maki2 kan..hehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 July 2012 at 18:10

      Part yg last tu ikut mood. Kalau ok, selamatttttt.. hehehe

      Reply
  7. Blog Asyraf says

    19 July 2012 at 15:54

    Memang muka kena tebal la kalau nak keja cmni..tak boleh malu2 hehe..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 July 2012 at 18:11

      Kalau malau tak makan la.

      Reply
  8. yas says

    19 July 2012 at 16:01

    Hehehe….mmg tak suka jg kat salesman cmni…tp derang pun cr rezeki jg kan….cuma skg ni kita bimbang geng2 penipu yg jg buat sales dgn cr yg sama dgn derang…..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 July 2012 at 18:12

      Ada juga ke yang nak menipu? Gores dan menang je yang biasa menipu. Kena hati-hati dengan maklumat peribadi kita. Kalau mereka tanya pasal peribadi takyah la jawab.

      Reply
  9. sweetkurma says

    19 July 2012 at 19:19

    betul lah, akak pun tak berapa nak suka bila tengah makan atau berbincang promoter datang, lagi2 kat danau kota ni, belum campur yg jual cd lagi…ish ish memang mencabar mood

    Reply
  10. Leeza Dayasari says

    19 July 2012 at 19:21

    yup… leeza juga kagum dgn mrk.. dan kalau leeza, belum tentu leeza mampu menjual…

    Reply
  11. wandisini says

    19 July 2012 at 21:24

    aku ada pengalaman jadi promoter. jual kat area masjid jamek dan ofis disekitar jalan TAR. pergh..memang mencabar beb. baru tahu betapa susahnya kerja ni

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 July 2012 at 08:27

      Betul2.. Tengok cara mereka pun kita tau bertapa payahnya mencari pelanggan.

      Reply
  12. tehr says

    19 July 2012 at 22:08

    aku memang tabik dengan mereka ni
    gigih, tabah dan sangat sabar

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 July 2012 at 08:25

      Ambil kegigihan mereka sebagai kotivasi.

      Reply
  13. Dulu Lain Sekarang Lain says

    20 July 2012 at 07:51

    Sesiapa yg minat jadi ahli perniagaan di galakkan buat direct selling dulu. Konsepnya ialah kalau kita boleh jual produk org lain, nescaya kita boleh jual produk sendiri juga kan? Kalau tak boleh jual produk org lain yg sudah pun terkenal itu, mcm mana nak jual produk sendiri yg orang lain tak pernah dengar lagi?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 July 2012 at 08:23

      Direct selling ni mengajar kita erti sabar. Icebreaking pun sesuai.

      Reply
  14. Ibu Mifzal Arsyad says

    20 July 2012 at 10:31

    mereka mmg gigih..kdg2 gigih x bertempat pun ya..tgh org makan pun nak dipromote gak..mmg la kena marah..paling x pun x dilayan..hehe

    sy x suka derang ni dtg pejabat utk jual brg2..walhal dpn pintu dah tulis terang2 Jurujual dilarang masuk..huhu..pastu bila x beli siap2 sindir2 plak..huhu

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 July 2012 at 10:57

      owh, yang tu memang tak blh terima. kena tarbiah sikit kasi insaf.

      Reply
  15. auc dot com says

    20 July 2012 at 10:49

    sebenarnya acu cukup respek dgn dia org ni
    cara marketing paling terbaik tu
    tak semua mampu lakukan cam tu 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      20 July 2012 at 10:56

      Betul tu.. paling efektif dalam strategi marketing. tapi tengok le produknya, kalau jual kereta direct seling, sapa nak beli.

      Reply
  16. Zida says

    20 July 2012 at 12:19

    nak jadi promoter, zida rasa bukan kat tempat2 makan macam ni, sebab bila tengok kesiannya diorang kena marah, kena maki, cuba jadi promoter kat tempat-tempat lain, mungkin okay kot? hehe

    ps.tengok mak buat bisnes je dah rasa cam “oh terharu, hebatnya mak aku” haha

    Reply
  17. iAwani says

    25 July 2012 at 00:21

    saya pernah buat kerja macam yang dibuat oleh lelaki dalam gambar tu. Memenatkan. Mencabar mental. Lapar. Semuanya ada. Tapi bagus untuk membina confidence dan keberanian berdepan strangers untuk menjual sesuatu.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in