Ia satu lagi produk dari google. Lepas google maps, google erath dan sekarang google street view pulak diperkenalkan. Semuanya berkenaan dengan pendedahan seluruh pelosok permukaan bumi. Bukan setakat atas mukabumi, bawah air pun ada.
Sesiapa yang bersikap positif, banyaklah manafaatnya. Nak kemana-mana guna google maps sebagai gps. Nak tengok tempat orang yang jauh guna google street view. Habis semua celah bedah kita dapat tengok. Mudah kan nak melancong tanpa keluar modal? Takkanla free macam tu je?
Ok, itu yang bersikap positif. Tapi agen dajjal takkan buat benda tu sesaja. Ada sedikit prasangka negatif juga muncul dalam kepala. Macam aplikasi Waze jugak, pemetaan sesebuah negara sangat penting untuk satu-satu bangsa penjajah. Ingat lagi macam mana Jepun datang ke Tanah Melayu? Mereka mula-mula datang sebagai pelancong. Ambik gambar sana-sini. Tujuannya untuk proses melakar peta. Akhirnya tak sampai seminggu, satu semenanjung Jepun tawan. Kalau kita fikirkan, macam mana mereka tau jalan-jalan pelosok kampung.
Jangan rasa seronok sangat dengan teknologi yang muncul lagi-lagi kita di fasa akhir zaman. Bukanlah saya pakar sangat dalam mentafsir agenda Yahudi, namun kita kena beringat. Tak payah kecewa sangat bila bukak google street view kawasan tempat tinggal kita belum tersenarai sampai meroyan dalam fb.
Bagi saya, kerajaan Malaysia kena ambik perhatian tentang perkara ni. Ini soal keselamatan negara. Keselamatan negara bukan hanya menangkap ahli politik yang tak sehaluan sahaja, perisik musuh juga kena halang dari mendapatkan seberapa banyak maklumat dalam negara.
Mungkin la ada yang berfikir mustahil Malaysia akan kena jajah sekali lagi. Apa teknologi boleh buat setakat share gambar kat google street view? Sedangkan hakikatnya terlalu banyak implikasi negatif. Sure, penjenayah takkan lepaskan peluang melihat-lihat kawasan perumahan berpotensi diceroboh tanpa disedari.
Saya dah bukak google street view. Wow! memang terbaik. Boleh tengok keliling 360 darjah. Setakat nak usyha lokasi pintu pagar rumah, lokasi lorong melarikan diri terdekat, apa ada di sekeliling rumah kita, memang mudah sekali. Kalau tak berwaspada, mungkin kita akan jadi salah seorang mangsa jenayah angkara kecanggihan teknologi.
Okeh, mari kita berfikir sejenak apa yang saya tuliskan ini. Samada itu cuma andaian dari pemikiran kolot saya, boleh la diabaikan. Tapi kalau ada sedikit kebenaran yang saya tuliskan, fikirkanlah sesuatu untuk kita menghalang atau melimitkan sedikit kepesatan teknologi yang ada. Kita tak nak jadi mangsa. Kalau bukan kita, anak cucu kita juga mungkin akan jadi mangsa kalau kita tak alert tentang perkara ni. Ayuh, kita sama-sama manafaatkan teknologi disamping berwaspada dengan kesan teknologi terhadap keselamatan diri dan harta benda kita.
Siti travelog says
Google Street View dah ada di Malaysia sejak tahun 2010 lagi.. dah lama dah tapi sekarang baru bising. Btw, memang benda ni macam bahaya, tapi nak buat macam mana… dah terjadi..huhu
KHAIRUL AMRAN says
Memang dah lama. Tapi masa tu tak seimprove macam sekarang. Tu la, kita cuma mampu beringat je la. Nak tarik balik kebenaran memang tak la. Dah jadi apa2 nanti barulah ada tindakan. Macamtu la budaya malaysia.
Raihanah Ahmad says
memang bahaya macam ni. patutnya kerajaan tak boleh benarkan.
KHAIRUL AMRAN says
Agak terlambat disitu
Hazmin Hamudin says
Jadi isu jugak benda ni sekarang. Bagi kawasan kediaman yang berpagar selamat la sebab mereka tak masuk. Bagi taman yang tiada pengawal, memang terdedah la kawasan rumah kita tu.
titan says
dulu ok lagi.
la nih..kereta aku pun boleh nampak depan rumah.
nasib no. plat dia kaburkan. huh..
Hairul Azni says
Ada buruk dan baiknya..tapi nampak macam banyak yang buruk je…
Amar says
Masih ada workaround bagi kita yg sedar ni.
Pastikan camera di telefon kita tu lumpuhkan fungsi location service supaya fota yg diambil tak rakam lokasi geo tag. Snap lokasi ntah mana tempat kat bandar, tag gambar tu kat celah kampung. Kalau dah ramai orang bagi info rahsia negara kita, kita yg sedar ni kena mess up kan data yg ada. Kita yg sedar ni buat ramai-ramai. Nanti akan sampai satu masa, benda ni akan jadi suatu app yg tak leh pakai. Just my two cents.
Oja Samid says
nak tak nak semua org kena lbh berhati2..kita taktahu siapa yg akan gunakan kemudahan teknologi macam nie utk keburukan kan? n saya setuju sangat kalau semua orang tak beritahu mereka check in/pergi ke mana dalam facebook. itu pun mengundang penjenayah juga kan.
Muhamad Naim Abd Manaf says
Oh, saya baru tahu Google Street View tu apa bila terbaca disini.
Sungguh saya kurang cakna tentang isu semasa.
Amar says
Dah sampai ceruk kampung Google hantar orang ambil gambar utk Street View ni. Lebih innovasi dari apa yang Jabatan Pemetaan buat. Facebook pula kumpul data hubungan saudara-mara, rakan, kenalan lebih dari yang Banci buat. Maklumat rakyat lebih banyak disimpan oleh Facebook, Google berbanding Jabatan Pendaftaran.
Tapi tak ada apa yang nak dihairankan sebab mubaligh Kristian lebih komiten menyebarkan agama sampai ke ceruk Bario, menetap di sana dengan penduduk tempatan untuk suatu tempoh yang cukup lama untuk penduduk tempatan memahami Kristian dan membina gereja. Melebih dari apa yang JAKIM dan Ulama2 dan Ustaz2 glamor kita sanggup buat.
Oh lupa ustaz2 ni ada juga masuk ceruk kampung berdakwah dengan syarikat penyiaran TV. Untuk SEMALAM DUA. Syabas.
Alongxp says
memula saya cam down gakla bila diorang tak masuk jalan umah saya, tapi bila cerita kat wife, die boleh cakap “bahaya la camtu, orang leh target rumah” orang yang bukan orang it lak leh cakap camtu… saya lak tak terfikir camtu? hahahahaha