Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Hakikat Hari Guru Yang Perlu Semua Orang Tahu.

Hakikat Hari Guru Yang Perlu Semua Orang Tahu.

16 May 2013 by Cikgu Hairul

1. Hari Guru disambut setiap 16 Mei setiap tahun. Tak kiralah hujan, panas, ribut, petir ia tetap akan disambut.

2. Sambutan hari guru dilakukan oleh cikgu sendiri. Tiada pihak PPD atau Kementerian yang turun ke sekolah menyediakan pentas khas macam meraikan hari pekerja, hari ibu atau hari persandingan.

3. Hari guru bukan cuti umum. Ia di sambut di sekolah masing-masing. Ada sesetengah sekolah tidak menyambutnya lantaran dari sikap ibu-bapa yang tidak bersetuju diadakan sambutan hari guru. Alasannya, anak-anak mahu ke sekolah untuk belajar bukan meraikan guru.

4. Guru menyambut hari guru dengan duit mereka sendiri. Majlis jamuan yang dibuat di hotel-hotel atau di kantin sekolah adalah duit yang dikumpulkan oleh guru-guru mealui kutipan derma paksa rela atau seikhlas hati.

5. Hari guru bukan sahaja ditujukan kepada cikgu. Semua orang yang ada tugas menyampaikan ilmu boleh saja menyambutnya termasuklah pensyarah, tenaga pengajar, trainer, ustaz, ustazah, burung gagak, ikan paus dan sebagainya.

6. Hadiah hari guru paling berharga bagi seorang guru ialah kejayaan anak-anak didiknya. Cikgu akan meleleh air mata bila ada seorang menteri datang sekolah sambil mengucup tangan cikgu dan berkata “terima kasih cikgu sebab mendidik saya sampai jadi menteri”.

7. Guru adalah satu-satunya profession yang ada lagu sendiri. Jadi setiap tahun lagu Guru Malaysia akan dinyanyikan dengan penuh semangat di hari guru.

http://www.youtube-nocookie.com/v/zzkj22bOYzs?version=3&hl=en_GB&rel=0

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Ummikami says

    16 May 2013 at 11:04

    Assalam…

    Selamat Hari Guru kak Ummi ucapkan buat Cikgu Hairul, semoga terus menjadi guru yang berdedikasi, berkualiti dan berintonasi…amin…:D

    Reply
  2. Amar says

    16 May 2013 at 11:12

    8. Guru ada dua jenis. Guru yang membawa wasilah dan guru yang di bawah Kementerian Pelajaran.

    Reply
  3. Hazmin Hamudin says

    16 May 2013 at 11:46

    Ada juga ye ibu bapa yang tak bersetuju dengan sambutan hari guru ni. Tak faham betul dengan perangai macam ni.

    Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidikl di luar sana termasuklah kepada tuan blog sendiri.

    Reply
  4. onlajer says

    16 May 2013 at 12:21

    pelik pulak ada ibu bapa yang tak benarkan sambutan hari guru.

    Reply
    • Achik Ezz says

      27 May 2013 at 14:41

      tak pelik la..memang ada pon..siap buat aduan ke PPD yang melarang sambutan Hari Guru. Yang lagi peliknya, PPD pulak menurut kata mak bapak tu, melarang guru2 buat sambutan.
      nasib cikgu..

      Reply
  5. hafizmd says

    16 May 2013 at 16:07

    Selamat Hari Guru buat cikgu hairul =)

    paling penting, sama2 kita hargai jasa guru…mereka byk berkorban masa tenaga malah wang ringgit utk mendidik anak2 kita…

    jadi, ambe pelik bin hairan ajaib jika ada ibubapa yg tak berapa nak sokong sambutan hari guru….sedih sedih

    Reply
  6. TehR says

    16 May 2013 at 18:47

    ok. jom kita sama2 menyanyi dengan penuh semangat
    selamat hari guru, cikgu

    Reply
  7. titan says

    16 May 2013 at 21:21

    lagu guru tu..memang berhantu beb..

    Reply
    • hafizmd says

      17 May 2013 at 16:22

      ambe yg bukan cikgu pun tahu dan hafal lagu ni…hehe

      Reply
  8. Hairul Azni says

    18 May 2013 at 01:32

    Ada juga jenis ibu bapa yang tak setuju anak-anak mereka bersama-sama sambut hari guru dengan guru mereka..pelik betul..
    * Maaf sebab lambat ucap.
    ” Selamat Hari Guru Buat Cikgu Hairul “. 🙂

    Reply
  9. Mama Murai says

    18 May 2013 at 22:58

    setuju sangat dengan kesemua list di atas… tapi kan cikgu.. rasanya list ke 7 tu tak berapa betullah cikgu, sebab saya bukan hanya cikgu sahaja yang mempunyai lagu, justeru proffesion yang lain… dan saya pernah dengar lagu sang saka biru, lagu atm dan beberapa jabatan kerajaan yang lain… betulkan saya sekiranya tersalah bagi info.

    Selamat hari guru, cikgu

    Reply
  10. effort lab says

    19 May 2013 at 12:04

    No. 3 tu ada jugak ke ibu bapa yg macamtu? ish ish ish

    Reply
  11. kakiblog says

    19 May 2013 at 23:53

    terima kasih cikgu atas perkongsian info ini…semoga cikgu terus sukses dalam karier

    Reply
  12. anif says

    21 May 2013 at 09:43

    Untung la juga ada Hari Guru.. Saya cuma sambut hari buruh!

    Reply
  13. hubtips says

    22 May 2013 at 00:30

    terima kasih kepada guru2…tanpa anda siapalah diri kami ni..abc pun mungkin tak kenal..:)

    Reply
  14. Myra Jay says

    22 May 2013 at 15:05

    Tanpa guru manakan kita semua berjaya seperti sekarang..

    Selamat Hari Guru 😀

    Reply
  15. Rina says

    22 May 2013 at 16:19

    Salam hangat..
    Selamat hari guru bagi guru2 seMalaysia

    Reply
  16. Achik Ezz says

    27 May 2013 at 14:54

    kalau ibubapa larang sambut hari guru, boleh dikatakan, mungkin ibubapa tu tak faham dengan kerjaya guru..

    Ada yang lagi pelik tu~ apabila pejabat pelajaran daerah(PPD) pulak yang senget pergi buat kursus pada hari guru tu.. itu lagi hampeh. Bukan tak tahu yang guru2 akan sambut hari guru. sengaja nak berdengki kot. sebab tak ada hari PPD. diwajibkan guru2 pergi kursus. kot kalau nak disambut dekat hotel dan potong kek xpe jugak. ini tak, duduk dengar diorang punye bebelan dari jam 8.30 hingga 7.00 malam.. pergh!! sangat sengal.. tiada majlis, tiada sambutan, tiada potong2 kek, tiada Hi Tea …hanya tadah telinga.

    Tabek Spring pada Guru Besar dan Pengetua yang mengambil tindakan drastik dan penyayang pada guru2nya, dengan menjemput guru2nya dari tempat kursus untuk pulang ke sekolah bagi meraikan majlis sambutan hari guru…..cayalah…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in