Sistem pendidikan negara didakwa terlalu berorientasikan peperiksaan, sehingga ada sesetengah pelajar cuma belajar untuk peperiksaan. Lepas habis periksa satu pun tak ingat. PMR bakal dimansuhkan dek kerana desakan pelbagai pihak mengenai isu ini. Namun masih ada sesetengah pihak yang mahu peperiksaan ini diberikan priority sebagai mekanisma penilaian.
Kementerian Pelajaran sedang mengadakan roadshow, seminar dan penerangan untuk mendapatkan input penambahbaikkan sistem pendidikan negara. Biasalah, kita sudah merdeka lebih 50 tahun. Macam-macam perubahan perlu kita selaraskan bagi menjamin survival pendidikan negara.
Bagi saya, apakah perlunya pemansuhan PMR? Adakah PMR tidak mencapai matlamat? Sebelum sesuatu keputusan dibuat, pelbagai input perlu diambilkira dari pelbagai sudut. Kita tidak mahu pelajar menjadi mangsa. Perubahan demi perubahan dengan memansuhkan sistem yang lama tidak menjamin sistem tersebut bertambah baik. Lihat sahaja kepada macam-macam perubahan yang dilakukan dalam sistem pendidikan negara. Adakah ia berjaya melaihrkan generasi yang diingini?
Selagi asas kepada falsafah pendidikan itu sendiri diabaikan, buatlah apa sahaja pembaharuan, perubahan namun ia tetap tidak akan berkesan. Asas kepada falsafah pendidikan kebangsaan perlu diambilkira sebelum sesuatu dasar itu diubah kononnya ia tidak memberi kebaikkan.
[info]
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
[/info]
Apa pincangnya sistem pendidikan kita? Cuba lihat falsafah yang digariskan oleh orang-orang terdahulu. Adakah kita telah mencapainya? Jika ada pun mungin cuma dari segi intelek. Yang lain tidak berjaya. Lihat sahaja kebejatan sosial yang berlaku disekeliling kita. Ia seolah-olah tiada garis panduan dalam melahirkan masyarakat, padahal dari sejak merdeka lagi garispanduan itu jelas. Sekarang di mana silapnya?
Saya tidak bermaksud menyalahkan sesiapa. Mungkin kita sebagai sebahagian dari masyarakat terlepas pandang. Terlalu banyak cadangan subjek untuk dimasukkan ke dalam kurikulum kita apabila sesuatu masalah baru muncul. Dan apabila masalah lebih besar pulak muncul, sistem yang sedia ada nak dimansuhkan. Kenapa tidak mencari kelemahan sesuatu sistem dan buat penambahbaikkan?
Banyak usaha dan tenaga telah dihabiskan untuk melaksanakan sistem sedia ada. Jika berlaku kelemahan di mana-mana, cubalah baiki. Bukan hanya terpekik telolong menyatakan sistem kita tidak bagus dan perlu diubah dengan sistem yang belum pun teruji keberkesanannya. Cuma berdasarkan teori dan kajian sarjana yang entah dapat data dari mana, maka dikatakannya sistem tidak bagus. Kalau tidak bagus, di mana silapnya? Kita baiki sama-sama menggunakan asas yang sama supaya keseluruhan sistem tidak terjejas.
titan says
aku dah pening benda ni. bab-bab KSSR lagi..bebudak ni dah jadi mangsa percubaan. kssr pun tak tahu tahan berapa tahun aje lagi..
Cikgu Hairul says
Kita tunggu perubahannya nanti.
Cikgu Wan says
hehehe betoi tu aku pun tgh kursus KSSR nie..ermmm…insyallah harap2 ini yang terbaik
titan says
ya, harap ini yang terbaik untuk budak-budak nih..
alieza dayasari says
KSSR merupakan transformasi …. tak tahu negatif ker positif. tp rata2 mula merasakan kesukarannya. Tidak tahu mahu diterima perubahan atau sebaliknya. bila tak terima perubahan, org ckp pula kita ni nk hidup dgn cara lama tak nk ubah. bila ubah jd mcm ni.
huuuu…….
Cikgu Hairul says
Kita tabahkan hati. Jadi pelaksana memang macam tu. Paksa rela..
alieza dayasari says
“paksa rela” … bukan mudah jadi pendidik.
cukup mendukakan bila melihat anak didik tidak berjaya.
Jebeng Otai™ says
ada benarnya..tp mungkin ada sebab mengapa PMR perlu dimansuhkan..? mungkin faktor masa dsbnya diambil kira..
ttp yg terima kesannya adalah pelajar..bg yg tercicir agk sukar bgi mereka..
Cikgu Hairul says
Dah banyak perubahan yang dilakukan.. pelajar jadi mangsa. Kesian juga. Mereka jadi bahan kajian pulak.
daddydee says
Salam tuan.
Saya rasa sistem pendidikan kita memang memerlukan nafas baru.
Ubahsuai sistem pendidikan yang hanya mengambil kira jumlah A semata-mata. Sedangkan faktor lain sering terlepas pandang.
Saya juga kurang senang dengan sikap segelintir guru yang tidak ambil kisah langsung perihal pelajar corot. (mungkin hal ini hanya jadi di tempat saya saja di sekolah kampung).
Cikgu Hairul says
Saya pun setuju juga. Bila A yg dituju tanpa mengambilkira aspek lain dalam penilaian prestasi ia agak cacat.
Situasi tu bukan je di kampung, bandar lagi la ketara sikap cikgu camni. Pengalaman saya sendiri, ada sorang murid dtg tuisyen di rumah, darjah 5 masih belum dapat bezakan nombor besar dan nombor kecil.
Katanya kat sekolah, cikgu dah tak peduli pun. Kesian..
suri says
bila terlampau byk sgt buat kajian ada kata tu tak bagus sedangkan cara lama2 sbnarnya bagus lebih baik dri cadangan yg sblum ini..
bila skit hati degar ada cdangan yg baharu pula menyusul bila satu tempoh lama di gunapakai pastu senag2 nak bubarkan atu mansuhkan..dah lain pula cadangan baharu sedia menyusul//
cik tom says
wow kl cikgu dh berfalsafah..
psst: income jomniaga cne?? best x?hee…
Cikgu Hairul says
Bukan falsafah ciktom.. Falsampah je tu.. Hehe
Hafizul says
Ntah la cikgu..bab-bab mcm ni mls rasa nk komen..senang-senang ikut jer apa diorang buat..nak tak nak kena terima jugak kan..mcm mn la nasib anak sy nanti…harap dapat pendidikan yang sempurna..
Beefe says
Sepatutnya pemarkahan pelajar merangkumi dari segi:
a) Behavior dalam kelas
b) Assignment yang di beri
c) Homework
d) Peperiksaan
Ini barulah merangkumi semua aspek jadi pelajar tidaklah mendapat markah yang teruk jika dia gagal, contohnya…mungkin dari segi behavior di kelas dia baik cuma dia struggle untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Sekurang-kurangnya, dia tahu bahawa dia akan tetap dinilai walaupun bukan dalam musim peperiksaan.
Cikgu Hairul says
Itu yg cuba diperbaharui walaupun memang sebenarnya dah lama ada dalam garispanduan falsafah pendidikan negara. Cuma dimana silapnya, pelaksana lebih tertumpu pada exam oriented. Garispanduan dah ada tapi tak ikut. Bila pincang barulah gelabah nak ubah itu ini.