Bismillahhirrahmanirrahim.
Dapat sikit lebih baik dari tak dapat langsung. Jika kita baca dari segi perbandingan, betul dah tu. Tak ada salahnya.
1. Jadi kita patutlah berpuas hati dengan apa yang kita ada. Harta yang mencukupi sehingga kita padam. Pusaka ada sekangkang kera untuk anak-anak berebut bahagi seorang sedikit. Tak apa, dari tak ada langsung.
2. Kerja siang malam dengan pendapatan kais pagi makan petang. Cukuplah tu dari tak ada langsung.
3. Dapat sewa kedai satu lot boleh berniaga cukup bagus. Boleh gaji dua pekerja jadilah. Tak perlu bina kilang pembuatan atas tapak persendirian. Jauh sangat angan-angan tu.
4. Agak-agak kita tak menyusahkan orang cukuplah. Boleh masuk syurga dah. Tak perlulah nak dalami ilmu sampai jadi wali. Yang jadi wali tu biarlah orang lain.
5. Boleh solat jadi imam, baca doa kunut, baca doa dan mengaji Quran cukuplah, boleh dah terima jadi menantu. Yang zikir tak putus tu tak perlulah berharap. Yang tu rezeki jadi menantu orang lain lah.
Sedikit lebih baik dari takde langsung. Berpuas hatilah dengan apa yang kita dah dapat. Bermimpi jangan tinggi sangat.
Sama juga cara melihat dunia. Tak perlulah kita lihat dari mata burung. Kita boleh duduk bawah tempurung. Lubang kecil dari tempurung tu dah cukup untuk buat kita lihat dunia.
Bersyukur tu yang penting.
Raihanah Ahmad says
alhamdulillah kena selalu bersyukur dengan apa yang kita ada.
adarain says
Yang penting bersyukur dan selesa apa yang ada. INYSYA ALLAH ada hikmah dan kebaikan selepas ni.
Amar says
Mentaliti Melayu… Sedih.