Hampir Terpedaya Dengan Koyak Dan Menang, originally uploaded by KHAIRUL AMRAN.
Semalam masa shoping kat Carefour Wangsa Maju ada orang buat promosi dapur letrik. Ala yang jenis induction harga ribu-ribu tu. Saja je aku nak tengok sebab teringin nak pakai.
Promoter tu membebel dekat 20minit cerita macam-macam la pasal produk tu. Aku pun tolak la dengan cara baik memandangkan bukan niat aku nak beli masa tu.
Dia offer satu voucer potongan harga katanya. Aku pun terima je la. Perangai promoter tu makin pelik bila dia beriya-iya nak suruh aku bukak tengok voucer tu. Pastu dia koyakkan voucer tu.
Aku tengok promoter tu buat-buat tekejut. Dia tunjukkan aku voucer tu beri aku dapur elektrik free. Aku dah agak mesti ni kes nak menipu sebab kawan aku pernah kena tektik macam ni. Lepas tu dia cakap nak telefon bos.
Apa lagi dengan selamba aku pun blah. Tak menjadi dia nak menipu aku.. Hehehhe. Dulu kawan aku pernah kena macam ni. Lepas promoter tu call dia mintak ic. Lepas tu dia paksa kita buat bayaran untuk urusan pengambilan barang. Kalau kita taknak bayar ic tu dia taknak bagi sampai kita bayar kos pengambilan barang tu.
Nasib baik aku cepat teringat ngan cerita kawan aku tu. Kalau tak dah lebur duit. Syarikat tu ada kat carefour wangsamaju. Cuba perhatikan namecard yang sempat aku ambik ni. Hati-hati dengan promoter jual dapur letrik. Macam-macam tektik mereka guna. Tektik yang agak hardcore dia pancing beri kita beg/produk free. Bila kita ambik je terus dia suruh kita isi nama. So kat situ la dia akan cuba tipu kita.
Hati-hati jangan sampai terkena. Lagi-lagi time nak puasa, nak raya ni dah tentu mereka giat cari duit. Menipu ni cara yang mudah dan cepat untung. Jangan sesekali dekat dengan promoter yang jual barang kat pasaraya tu. Kalau nak beli barang terus ke kedai. Ni la akibat dari nila setitik. Kita cuma berjaga-jaga je.
Leave a Reply