Dalam masa 3 hari sahaja iPhone 4S dah berjaya dijual sebanyak 4juta unit. (4,000,000 unit). Wow! banyak tu.- sumber. Antara faktor yang menyumbang kepada kegilaan peminat Apple ialah HARGA. Sebelum ni iPhone 4 dijual pada harga yang tak masuk akal (pada pendapatan aku je la). Dengan harga yang boleh buat orang terkejang tu pun masih ramai yang mampu memiliki gadjet canggih lagi tak bermaya tu, inikan pulak bila harganya cantik. Aku katakan cantik sebab ia dijual pada harga bawah RM1000 (kalau harga USD diconvet ke MYR secara terus).
Pastinya pada yang menggilai produk Apple, takkan lepaskan peluang memilikinya. Sanggup jual laptop buruk nak beli iPhone 4S. Lagi extreem sanggup ikat perut nak beli iPhone 4S. Apapun selamat membeli. Jangan pulak handset buruk korang tu dibuang begitu saja. Boleh dilelong kat eBay, lelong atau mudah.my. Sekurang-kurangnya dapatlah menampung harga iPhone 4S tu nanti.
Oh ya! sebelum terlupa cuba baca 10 perkara yang perlu difikirkan sebelum beli produk apple ni dulu. Just sebagai panduan dan ingatan je. Untuk bacaan tambahan pasal iPhone cuba tengok 10 Sebab Kenapa Jangan Beli iPhone kat sini.
klu betul hrga tu aku pun nak beli…huhuu…
Jom ramai2 beli.
kalau aku beli online dari luar,lepas tu masuk malaysia,agak2 berapa tax kena?hehe…
Rasanya tak boleh, sebabnya kalau nak beli dari apple store dia akan tanya kita dari negara mana.
Tapi iPhone 3GS sekarang MYR 199 jer. Cuma kena ikat kontrak 2 tahun dengan komitmen minima MYR 79 sebulan. Ada beran?
Tapi dia berstatus iPhone 3g S. dengan kontrak 2 tahun tu macam2 cas terselindung kena tanggung. Tak sanggup…
Tak ada caj terselindung tapi quota data cuma 250mb. Mudah sangat terbabas dan kena caj lebih. 1lagi 3Gs memang dah susut harga sebab cuma sokong sehingga iOS 5. Nanti keluar iOS 6 dah tak boleh naik lagi dah.
250 boleh tahan berapa lama? ish tak masuk akal langsung. tapi mungkin kalau guna di handset 250mb tu tahan sebulan kot. dgn syarat tak tengok youtube, straming online radio dsb.. cuma brows data je.
250MB cukup utk sync evernote jer. Kalau layan FB, parah ler…
ooo.. agaknya akunyer bandwith tu cepat abis sebab banyak sync kot.. hehhee. ambik unifi kang.
Sync Evernote tak banyak, sebab cuma teks. Tapi Dropbox banyak ler, sebab fail.
aku pakai handset sekarang aje. nak online..guna laptop ajelahh..
Gunalah apa yang ada kan.
Apakah Anda membutuhkan pinjaman mendesak? Jika ya hubungi kami di ([email protected]) untuk informasi lebih lanjut.
Nama:
Jumlah:
Durasi:
Pin Telepon:
Negara:
PENAWARAN KREDIT BERLAKU.