Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Harga Monopod Murah, Ada Peniaga Online Marah

Harga Monopod Murah, Ada Peniaga Online Marah

23 May 2014 by admin

Dalam subjek Kemahiran Hidup, ada dimasukkan elemen keusahawanan. Sudah pasti semua orang pernah belajar. Salah satu perkara asas dalam ekonomi yang wajib kita tahu dan faham ialah permintaan vs harga.

price vs demand

Jadi kenapa peniaga harus marah kalau harga jatuh akibat dari permintaan yang berkurangan. Selain dari asas itu, ada satu lagi asas iaitu, pengeluaran vs harga. Semakin banyak pengeluaran, semakin rendah harga barangan yang pengguna akan dapat.

Beberapa bulan lepas, kalau perasan la harga monopod ni tak la semurah hari ni. Masa tu paling murah pun boleh dapat di Lelong.com RM 80 tak termasuk pos. Masa tu permintaan tinggi, barang kurang dan produk masih baru di pasaran. Munasabah la harga tu. Ada peniaga online yang saya jumpa jual monopod harga lebih dari RM200. Memang kaut untung gila-gila punya. Masa tu tak ada sapa pun yang marah.

Monopod-murah

Tapi, sekarang sudah ada kedengaran peniaga marah-marah sebab harga monopod murah. Ye.. semurah RM25 siap pos. Saya baru je beli semalam kat lelong.com. Memang harga yang berpatutan pada masa ni. Mereka marah sebab kononnya ada peniaga lain borong produk tu banyak-banyak dari China dan jual dengan harga murah.

Betul la cara tu. Nak harga murah, kenala perbanyakkan barang. Untung pada pengguna. Sekarang pun pengguna takde la bodoh sangat. Maklumat di hujung jari.

Hahaha, lepas ni boleh la bersalafi. Ops! Selfie la..

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Hero Borneo says

    23 May 2014 at 06:22

    baru tahu monopod itu untuk selfie..

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      29 May 2014 at 06:40

      Hahaha.. benda ikut arus ni ada pasang surut bro. Kalau kita agak ketinggalan pun tak beri apa2 kekurangan pada kita. Malahan prestasi kerja lebih terjaga.

      Reply
  2. Amar says

    23 May 2014 at 10:41

    Kan best kalau harga kereta pun dapat murah. Kalau tujuan memiliki kilang kereta sendiri utk tujuan pengetahuan dan teknologi, tak perlulah kejar production. Memadai buat dlm kuantiti sedikit pada level kualiti dan harga yang lebih tinggi. Utk keluaran murah dan mampu milik, import jer. Memang dah buat pun. Tapi makhluk yang patut fokus kepada teknologi masih nak fokus kepada pengeluaran banyak. Tak reti.

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      29 May 2014 at 06:41

      Polisi kerajaan Malaysia tak dapat la nak disanggah. Matematik dia berbeza dengan Matematik kita.

      Reply
  3. titan says

    24 May 2014 at 02:01

    haha..

    sila rajin berselfie yek.

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      29 May 2014 at 06:42

      Segan la bro. Aku kan jejaka segan. Tak biasa nak expose muka cute nih. Hahahaha

      Reply
  4. ahmadyani says

    24 May 2014 at 23:54

    Kalau ada barang baru dalam pasaran jangan terus beli. Tunggu 4-5 selepas itu, tentu harganya murah sikit.

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      29 May 2014 at 06:43

      Masalahnya, kita ni nak jadi yang terawal. Bila dah agak lama sikit, baru menyesal sebab barang tu jatuh harga.

      Reply
  5. Faizal Nizam says

    26 May 2014 at 18:46

    Takboleh marah pun. Dalam perniagaan tidak boleh ada elemen anti-competitive. Jadi kalau ada peniaga bole letak harga lebih rendah. Itu kelebihan dia. Sales lebih, maybe untung tk banyak tp pembeli suka. Pembeli mungkin ulang beli.

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      29 May 2014 at 06:45

      Nak buat camna. Barang masih banyak dalam stock masa ambik harga mahal dulu. Bila dah ada orang dapat harga murah, marah je la yang dia boleh buat.

      Reply
  6. akubiomed says

    29 May 2014 at 00:10

    Bila sudah ramai yang menjual akan berlaku persaingan harga.

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      29 May 2014 at 06:48

      Asas ini yang masih ramai tak faham.

      Reply
  7. Hazmin Hamudin says

    29 May 2014 at 09:11

    Ramai dah yang memiliki monopod ni. Rasa ketinggalan pulak takda. Haha. Tapi tak membataskan untuk berselfie.. Hehe

    Reply
  8. blog amir says

    29 May 2014 at 18:58

    oo. harga standard RM25 ye.

    noted. hehe. tak beli lagi.

    Reply
  9. afifah says

    30 May 2014 at 21:53

    hehe..dah taw dah harga standard..xda la rasa tertipu lepas ni.. 😀

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in