Tak henti-henti cerita politik. Sejak dari pilihanraya umum 12 lepas sampai sekarang masing-masing masih bercakaran. Bergaduh mencari pengaruh. Apa nak jadi la korang ni. Pasukan menang buat la cara orang menang. Orang yang kalah buat la cara orang kalah. Berkhidmat untuk rakyat tak semestinya untuk orang menang. Yang kalah pun boleh berkhidmat untuk rakyat.
Bila cerita politik nak reda? Asik menggila je setiap hari, setiap jam, setiap waktu. Serius aku sudah bosan. Wahai politikus, buatlah kerja anda. Jangan asik nak menjatuhkan antara satu sama lain. Kalau kau benar-benar disukai rakyat buatlah kerja secara jujur. Insyallah rakyat akan pilih korang semula nanti. Tak payah melobi sana sini. Tak payah cakap berdegar-degar mengalahkan ombak tsunami tapi satu kerja pun tak jadi.
Aku tau kepentingan politik dalam kehidupan. Yes itu aku memang tak nafikan. Tapi bukan hidup ini semata-mata untuk politik kepartian. Persoalan yang lebih utama adalah perihal kehidupan masa hadapan. Kemajuan dari segi akhlak, siasah, rumah dan infrastruktur itu yang lebih penting. Bukan asik bercakaran.
Aku cukup bosan! Ramai ahli politik dan bukan politik mengajar kuasa. Mereka boleh digelar KUASAWAN. Hidup dengan kuasa tu tak sampai ke mana la. Mati nanti tanah juga temaptnya. Itu pun kalau tak ada musuh yang BAKAR korang. Ingat! kuasa itu akan ditanya nanti. Itu pun kalau korang percaya akan hari pembalasan. Tapi aku tengok macam korang kurang percaya je pada hari pembalasan. Buat ikut suka.
Seriusly memang aku dah bosan dengan Cerita Politik Masa Kini!
selagi adanya pelbagai parti politik kat malaysia ni,tetap akan ada perbalahan.aku pun bosan dengan semua ni…
hihihi betul tp sampai bila cirter politik ii tak kan abi sbro..cuma ignore jer hihihi..dlmpd yg sama kena ambil tau skit2..hihihi 🙂
tungu pilihanraya je nih. kalau tak senyap juga tak tau la.. janganlah jadi macam negara2 luar yang sering bercakaran tu.