Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Hari ke 6 PKPD Seremban- Selamat Tinggal Perkhidmatan Percuma

Hari ke 6 PKPD Seremban- Selamat Tinggal Perkhidmatan Percuma

14 July 2021 by admin

Siapa tak suka dengan perkhidmatan percuma kan? Kalau boleh semua perkara di atas mukabumi ni dia nak ambil tapi tak nak bayar.

Dulu-dulu zaman permulaan teknologi perkomputeran, email, perisian, video, maklumat-maklumat semuanya boleh dapat percuma. Tapi sejak setahun dua kebelakangan ini, penyedia perkhidmatan percuma tersebut mula mengenakan bayaran.

28 Jun 2021, Google Meet juga mula menghadkan penggunaannya untuk akaun percuma. Kalau sebelum ini boleh guna 5-6 jam dengan pengelibatan sehingga 250 orang, tapi kini cuma 3 orang maksimum. Nak buat kelas apa 3 orang je. Itu pun terhad selama sejam.

Owh No! Mujur Microsoft Teams yang dibekalkan oleh majikan aku boleh jadi pengganti. Cuma student agak susah sikit sebab tak biasa. Features yang ada agak advance. Tapi tak sehebat Zoom Meeting.

Sapa yang masih ada mentaliti nak semua percuma, rentikan la. Company kat luar sana bukan badan kebajikan. Kalau kita jadi penyedia perkhidmatan pun, mesti kita nak keuntungan.

Filed Under: Dari Hati Tagged With: Diary PKPD, google meet vs Microsoft Teams

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in