Tertewas dua hari tidak mencoretkan sebarang cerita di sini. Begitulah lumrah penulis sambilan. Bukan tiada masa, namun idea tidak mampu diterjemahkan dalam bentuk tulisan.
Lagipun, aku kepenatan menghadap laptop sepanjang minggu. Kelas, webinar dan macam-macam aktiviti memenatkan otak. Jadi, hujung minggu aku decide untuk santai-santai saja.
Sebenarnya writing block ni terjadi pada semua penulis. Serajin mana pun mereka menulis, tapi ada juga masanya akan blur sekejap. Langkah terbaik adalah berehat sebentar.
Dua hari ni memang betul-betul aku rehatkan badan. Kesan terkehel masa main badminton minggu lepas tu dah semakin baik. Aku harap minggu ni energy aku cukup untuk meneruskan kerja dan aktiviti rutin harian aku.
Alhamdulillah, walaupun selangor sudah keluar dari PKPD, kelas masih belum boleh dijalankan secara face to face. Maknanya aku kena teruskan WFH dan kelas online. Minggu ni cuma bertugas 3 hari. Cuti Raya Haji sehari dan aku ambil cuti tahunan hari Isnin. Boleh la nak cari daging buat Mantai.
Okey la. Tunggu la cerita hari ke 11 PKPD Seremban aku nanti. Tu pun kalau aku tak lupa menulis lagi.
Leave a Reply