Hari ke-3 travelog ke Sabah,
Awal pagi selepas sarapan kami bersiap untuk check out dari hotel. 2 malam kami di sini. Layanan dari staff bagus dan sangat membantu. Sambil menanti kereta sewa sampai, kami jalan-jalan di sekitar hotel. Banyak kedai jual cenderahati. Kalau tak cukup boleh tambah lagi. Hehehe…
Tentatif 3. Ke Kundasang.
Sebaik kereta sewa sampai, test drive jap. Puas hati, kami pun bertolak ke Kundasang. Nak ke Kundasang, kita akan melalui Tamparuli. Tempat wajib dikunjungi di Tamparuli ni ialah Rumah Terbalik. Lokasinya betul-betul tepi jalan. Dekat dengan stesen minyak Shell. Dengan harga tiket RM10 setiap dewasa dirasakan berbaloi sebab tak pernah lagi melawat tempat macam ni. Kalau di luar negara dah banyak dah konsep Rumah Terbalik ni. Apa yang ada? Semua yang patut ada dalam sebuah rumah, maka ada la di dalam Rumah Terbalik ni. Cuma saya tak dapat nak ambil gambar apa yang ada di dalam. Penalti RM100 setiap keping akan dikenakan dan gambar juga akan didelete. Itulah peraturannya.
Gambar di dalam rumah takde ye.
Macam kuat jer..Tentatif 4. Jambatan Tamparuli.
Seterusnya perjalanan menuju ke sebuah jambatan unik di Tamparuli. Jambatan ni jambatan tergantung. Kat Sabah kan glemer dengan jenis jambatan gantung ni. Tapi tak pasti kenapa jambatan Tamparuli ni jadi famous..mungkin sebab ada lagu pasal jambatan ni kot..saya tak berkesempatan nak merayau lama-lama kat kawasan ni. Cuma tengok dari jauh je la. Tak naik pon jambatan gantung ni.
Tentatif 5. Poring Hot Spring dan Canopy Walk.
Perjalanan yang makan masa 3 jam ( termasuk singgah-menyinggah) ni, akhirnya bawa kami ke Hotel Kinabalu Pine Resort. Memang best hotel ni. Tapi, kalau cek di online memanjang je full. Jadi, booking melalui email atau call atau walk in je. Kalau nak lagi best booking bilik dari blok P,N , R atau S. Lagi mahal la. Betul-betul mengadap gunung. Cantik dan damai. Lepas check in, rehat dan berangan-rangan jap kat balkoni ( fuh, rasa malas nak keluar), kami pun terus ke Poring Hot Spring. Kena bergegas juga. Sebab di sini waktu beroperasi tutup awal. Berpandukan signboard kami sampai ke destinasi. Dengan bayaran RM3 seorang kami pun bersantai la di sini.
Kolam kecil- ada 4 bahagian 1 kolam.
Kawasan permandian bertutup untuk lebih selesa.
Note: kalau nak terus ke Kinabalu Park, better simpan tiket ni. Tiket ni boleh recycle untuk masuk ke sana. Syaratnya, hari yang sama!
Antara daya tarikan lain di sini ialah canopy walk. Berjalan di atas jambatan gantung yang halus merentasi hutan belantara. Gayat dan agak gerun.. Berbaloi sebab tak naik jambatan tamparuli tadi. Nak naik jambatan ni pun kena bayar juga. Camera pun kena bayar..
Gayat der!
Tempat menarik yang lain
Selain dari tu, tempat- tempat ni pun boleh lawat. Saya nasihatkan datang sini berpagi-pagi untuk mengelakkan kita tak cukup masa nak melawat semua tempat. Sebabnya semua aktiviti tu sangat mencabar dan memerlukan masa sekurang-kurangnya sejam satu aktiviti.
Merendam kaki setelah menggeletar atas jambatan gantung
Secara peribadinya, hot spring di Sungai Kelah tu lagi best la..hehehe…
Berada di sini kalau tak cukup masa memang tak best. Kena bertenang-tenang sambil menikmati semua yang ada. Sekali-sekala di sini apa salahnya kan..? Okeh, kita teruskan pengembaraan lagi..
Tak boleh shoot rupanya kat dalam rumah terbalik tu. Mungkin, owner takut perasaan teruja pelancong waktu masuk dalam rumah tu hilang bila dah selalu sangat tengok kat internet.
saja diorang taknak bagi gambar keluar kat khalayak. nak bagi orang datang berduyun2 agaknya. business strategy. hahah
Belum pergi ke sabah lagi ni…
Insyallah nanti Allah beri peluang untuk kesana.
Terima kasih bro di atas perkongsian. Rumah terbalik tu menarik. Mungkin suatu hari nanti aku pun nak pergi Sabah juga bah.
Sama-sama. Insyallah ada la rezki tu nanti. tengok2 juga flight murah dari airasia tu. kalau ada terus je sambar.
tak naik gunung kinabalu kahh?
Banyak banget tempat menarik di sana, ada kebun kupu2nya juga, saya jadi ingat dengan beberapa kebun kupu2 yang ada di Indonesia