Aku hampir tak mampu melelapkan mata. Jam sudah menunjukkan 0029. Sekitar kediaman aku sudah sunyi sepi. Tidak seperti kebiasaan yang sesekali kedengaran bunyi motor keluar masuk.
Ah! Baru setengah jam. Aku tak dapat bayangkan bagaimana 335 jam akan datang. Aku mesti aturkan rancangan supaya aku tak terus kebosanan.
Macam biasa, bunyi gagak mengejut aku dari tidur yang tak berapa lena. Jam Huawei di tangan aku menunjukkan angka 0540. Teima kasih gagak kerana tak jemu-jemu mengejut aku untuk menunaikan kewajipan pagi hari.
Hari ini juga adalah hari Jumaat ke 9 tanpa solat Jumaat walaupun PKPD baru bermula. Macam sia-sia kan pengorbanan rakyat selama ini berkurung di rumah dalam PKP separuh masak. – Jiwa Kosong!
Leave a Reply