Travelog Sabah- hari ke-4,
Memang rasa malas nak keluar. Seronok menikmati udara segar dan pemandangan indah di sini. Tenang dan damai. Dengan kabus lalu depan mata..Subhanallah.. ‘Satu Janji’ memang membantu kami ke sini..
Tentatif pagi ni semuanya satu laluan balik. Bagi panduan korang yang datang tanpa agen, boleh ikut tentatif ni supaya tak terlepas tempat menarik. Keluar tadi pun agak lewat sebab berkabus tebal, so agak bergegas juga la lepas
ni.
Desa Cattle Farm . Mesti pergi..hehehe.
Untuk nak rasa ala-ala kat ladang lembu New Zealand..” mooo moo mooooooo…” memang damai. Tapi nak ke sini kena masuk ke dalam sikit.. Tapi tak apa, suasana kampungnya mendamaikan. Dengan sawah padi dan padang ragut yang luas..
Memorial War Park ( Kundasang) ~ pilihan: nak pergi ke tak..
Macam biasa la tempat sejarah perang dolo-dolo.. Ala-ala British. Tak keluar merayau pun kat sini. Kami nak kejar masa untuk sampai di KK.. Flight awal.
Kinabalu Park.
Tempat untuk mereka yang berhajat nak daki Gunung Kinabalu. Kene check in di sini. Suasana pagi yang masih berkabus. Sejukkkk… Hajat hati nak menawan puncak, namun apakan daya, bajet tak kesampaian. Mahal weh permit nak naik puncak tu. Kalau setakat kat kaki gunung ok lagi la. Bayar RM3
je.
Jangan pelik bila terserempak bas sampai kat checkpoint permulaan nak naik gunung. Tapi saya tak pasti dari mana bas ni datang. Nampak macam bas berhenti-henti.
Ladang Teh.
Yang ni pun kena masuk dalam sikit. Dan ladang ni kami tak terjah memandangkan dah kerap terjah ladang teh Cameron. Lagipun nak jimat
masa… Bagi yang banyak masa, boleh la jalan-jalan di sini menikmati suasana ladang teh.
Pekan Nabalu – Shopping lagik.
Ada yang kata, kalau nak shopping cenderahati, di pekan ni boleh dapat murah sikit sama seperti di pasar philipine. Saya akui kebenarannya.. T-shirt harga asal RM35 pun masih boleh tawar sampai RM15.. Wah, sudah bagus. apalagi? Yabedabeduuuu.
Menara Jam Atkinson.
Patutnya tempat ni dah habis lawat masa kat KK hari pertama dan kedua haritu. Tapi sebab tak sempat, so dalam perjalanan balik kami singgah. Sampai di KK dah hampir Zohor~ merayau di KK sebelum ke airport untuk pulang ke KL. Sempat snap menara jam tua ni.. Ni pun on the way masa nak naik ke Signal Hill.
Signal Hill Observatory.
Signal Hill ni sejalan dengan Menara Jam Atiknson. Jarak cuma beberapa ratus meter je. Kalau berjalan mengah jugak la sebab naik bukit tinggi.Di sini boleh lihat pemandangan bandar KK dari atas. Siap nampak jeti lagi..cantek!! Ni kira tempat lawatan terakhir sebelum hantar kereta. Huhuhu…
Rasa macam tak puas je walaupun 4 hari di sini. Paling santai masa di Kundasang..tenang. Insyaallah, kalau ada rezqi datang lagi, pas ni nak spend time di Kundasang..
Selain dari tempat-tempat tersebut, korang boleh pergi ke Muzium Sabah. Ni tempat yang kami tak sempat pergi..walaupun ada dalam senarai, namun apakan daya..tak mampu nak penuhi. Dan satu tempat lagi di sekitar KK ni yang macam best ialah perkampungan air. Ala, yang rumah atas air tu la. Yang ni, kami cuma lalu je masa on the way ke airport. Driver teksi tu murah hati bawak jalan-jalan sekitar bandar sebelum kami balik ke KL.Hrmmm ralat sikit sebab tiket awal. Kalau ambil flight malam pun ok kan? Kan?… Itu tandanya, nak kena datang lagi. hehehe
Travelog ni berdasarkan perjalanan dari KK ke Kundasang je. Saya tak tawan daerah lain seperti Kudat, Tawau, Kota Belud dan sebagainya. Daerah lain pun ada banyak daya tarikannya. Mudah-mudahan, percutian akan datang membawa saya ke sana. Target~ Pulau Sipadan, Mabul, Semporna. Moga Allah pelihara keselamatan dan kesejahteraan di sana. Amin…insyaAllah.
Pulang ke pangkal jalan. Kuala Lumpur.
Tiba-tiba, masa dalam flight, isteri bergurau, ” Dah sampai Sabah, cuma tak sempat nak ke Keningau jumpa Ejim”. Aku? “…grrrr… Semangat Hutan, Tombiruo, Tombiruo Terakhir…..”. (Pengaruh novel Ramlee Awang Mursyid sungguh isteri aku ni… Sure, lepas ni dia minta ‘Hatiku Di Harajuku’
pulak…. ) Duit den bertingket- tingket..
Nota: Ejim adalah watak utama dalam novel Tombiruo. Manakala ‘Satu Janji’ novel Ramlee yang banyak cerita tentang menariknya suasana Kundasang dengan pemandangan Gunung Kinabalu. Kredit untuk RAM… Inilah cerita yang membawa kami ke Kundasang.
Best…percutian yg best…lepas ni ‘ Mikhail’ pula akan bawa cikgu ke Negara Kiwi ~ New Zealand
la..tak sempat jumpa ejim kaahh??
tak sempat bro.. tak masuk pun hutan keningau tu.
ni la satu2nya negeri yang aku belum sempat singgah
ntah bila ada masa dan ada duit jalan2 ke sabah
In sya Allah akan sampai juga nanti. Sekarang ni pun airasia dan malindoair banyak bagi tiket free ke sabah.
Desain dari menara jam-nya sangat artistik dan cantik sekali
Selamat pulang kembali, semoga perjalanannya lancar 🙂