Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Hati-Hati Bila Berpolitik

Hati-Hati Bila Berpolitik

2 March 2012 by Cikgu Hairul

Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) daripada Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti daripada pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.”
(Surah Al Imran :28)

Bahang pilihanraya semakin terasa. Sana-sini orang sibuk berkempen. Isu lapok dicanang semula supaya nampak baru dan terkini. Isu Hudud Pas timbul semula, isu tanah adat, isu tol, isu kenaikkan harga barang, isu Israel, Isu peribadi dan macam-macam isu lagi.

Manakala isu baru yang cuba digarap agar menjadi isu ialah isu NFC dan isu Lynas. Semua ini permainan politik yang memerlukan rakyat biasa macam kita ini duduk sebentar memerah kepala memikirkan kebenarannya.

Dalam mempermainkan isu, akan wujud hentam-menghentam, kritik-mengkritik, fitnah-memfitnah sepertinya kita ini bukan bersaudara dan bukan duduk dalam rumpunan bangsa yang sama. Sesedap suara keluar dari tekak mengata sahabat sendiri.

Negara luar memerhati setiap gerak-geri kita. Memerhati dengan penuh ghairah. Memerhati gelagat orang kita berpolitik. Mereka hanya menunggu ada pihak yang sanggup bersekongkol dengan mereka demi kuasa. Masa itu semuanya dah tak berguna. Sejarah lama akan berulang.

Sejarah tak mungkin berulang itu cuma omongan kosong kalau kita tak beringat.

 

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. anif says

    2 March 2012 at 11:11

    Patut-patutlah.. Jangan sampai merosakkan keharmonian masyarakat.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      2 March 2012 at 11:18

      Itulah dia.. Jangan sampai negara tergadai.

      Reply
  2. rahman says

    2 March 2012 at 12:15

    apa apa pun utamakan agama , bangsa dan negara dulu.. kalau 3 benda ni terpelihara, insyaAllah hidup kita akan aman damai

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      4 March 2012 at 15:19

      Agama didahulukan.. Masa kursus BTN dulu pegawai tu kata Bangsa mesti kat depan. Hehehe.

      Reply
      • rahman says

        11 March 2012 at 01:46

        haha.. saya berpandangan orang cina mendepankan bangsanya dari agama. sebab di pejabat saya bangsa mereka mempunyai agama yang berbeza.. ada kristian, buddha dan freethinker. tetapi mereka tetap bersatu hati di dalam politik.

        senario ini agak berbeza sedikit dengan bangsa kita.. walaupun sebangsa dan seagama tetapi kefahaman mengenai politik berbeza beza.. sering sahaja nak berbalah dan inilah penyebab utama kita berpecah belah, susah sangat nak jumpa titik persamaan………………..

        Reply
  3. lazaac says

    4 March 2012 at 10:15

    betul tu bro… yg penting keamanan dan kesejahteraan rakyat serta hidup penuh harmoni tu yg patut diutamakan… cukup la dengan apa yg dah berlaku dlu (2008)… lihat saja kesan yg ada skrg ni..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      4 March 2012 at 15:20

      Sejarah tu mungkin akan berulang kalau kita tak berhati-hati. Moga dijauhkan.

      Reply
  4. titan says

    4 March 2012 at 14:57

    mana-mana pun..politik ni tetap ada. Jadi, hati-hatilah. Ada masa, even kita tak bersalah pun dianggap bersalah..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      4 March 2012 at 15:21

      Akhir zaman tu bro. Nabi pun dah kata, akhir zaman ni yang hak akan nampak batil, dan yang batil akan nampak hak.

      Reply
  5. shraqs says

    8 March 2012 at 09:38

    Itulah susahnya kalau nak berpolitik tapi buta sejarah negara sendiri…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      8 March 2012 at 18:12

      Waktu matapelajaran sejarah malas nak masuk kelas. Tu la padahnya.

      Reply
  6. tuan tanah says

    8 March 2012 at 09:58

    maisng cuba untuk mencontrol minda rakyat supaya senang masa PRU nanti….jgn sampai bangsa tergadai sudah 🙂 politik politik juga agama jgn dilanggar…;) ke guana bro?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      8 March 2012 at 18:11

      macam tu la bro. Ada yang nak mengadai bangsa tu kita kick je awal-awal.

      Reply
      • tuan tanah says

        9 March 2012 at 15:36

        bukan setakat kick suler jer hehehe

        Reply
  7. leena says

    8 March 2012 at 16:12

    betul!!

    Reply
  8. Denaihati says

    8 March 2012 at 16:31

    askm. itulah yg diharapkan. bila berpolitik perbagai cara dibuat utk meraih undi.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      8 March 2012 at 18:08

      Wslm. Kita kena bijak dengan permainan politik politikus rakus kalkatus yang ada.

      Reply
  9. riffzam says

    8 March 2012 at 16:43

    politik skrg, kita tak tahu mana yg benar dan mana yg salah. tapi yg sudah blh mengundi sudah dikira waras dan pemikirannya utk memilih mana yg blh mentadbir negara.

    isu politiking mcm mcm telah dimainkan itu utk meraih sokongan. dan kebenarannya hanya Allah swt yg tahu.

    dan apa yg diharapkan politikus kalau nak berpolitik tak perlu rasanya mengheret agama sekali, tapi biarlah agama diserikan bila berpolitik. 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      10 March 2012 at 10:38

      Gunakan agama dan akal yang waras semasa memilih

      Reply
  10. b3njy says

    9 March 2012 at 23:59

    Benjy nak jadi pengundi hantu …. hehehehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      10 March 2012 at 11:40

      Nama saya juga pernah jadi pengguna hantu. Tahun 2008 nama saya ada di dua tempat.. heheheh

      Reply
      • benjy says

        11 March 2012 at 22:32

        Sebenarnya apa yang SPR buat yer ? … pelik ?

        Reply
      • chii says

        12 March 2012 at 10:19

        wahh..sampai mcm tu skali..bahaya ni..dorang menyalahgunakan nama cikgu

        Reply
  11. kulanz says

    10 March 2012 at 01:06

    kalau salah langkah dalam berpolitik nanti negara kita jadi macam beberapa negara Islam lain di dunia.. kuasa barat mula campurtangan.. masa tu menyesalpun tak guna

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      10 March 2012 at 11:05

      Yang jadi masalah bila orang kita tak ambik pengajaran dari situasi di luar.

      Reply
      • kulanz says

        12 March 2012 at 10:59

        nampaknya memang tu lah yang berlaku sekarang ni.. mungkin juga disebabkan mereka tak kisah sangat pun pasal negara.. yang diorang pentingkan hanyalah pencapaian individu..

        Reply
  12. kimmie says

    11 March 2012 at 17:53

    berpolitik jangan sampai menjejaskan keamanan dan kemakmuran negara.

    Reply
  13. Pejuang Kesenian Extreme says

    11 March 2012 at 21:34

    Kadang-kadang bro,kita sendiri pening kepala nak memikir mana satu yang bercakap benar ,mana satu yang bercakap bohong..Itulah dunia politik yang saya kenal..

    Reply
  14. kodinz says

    11 March 2012 at 21:41

    sebagai rakyat marhaen, kena semakin bijak menilai. jangan terus percaya bulat apa yang dikata

    Reply
  15. chii says

    12 March 2012 at 10:29

    tomok new boyz kata sejarah mungkin berulang..eheheh

    mmg kena hati2,,silap langkah..kita yg kena

    Reply
  16. Jebeng Otai says

    15 March 2012 at 22:52

    bahaya jika apa yg disebarkan tu hanya pembohongan semata-mata..

    x kira pro kerajaan atau pembangkang..yag salah ttp salah..yg benar harus ditegakkan..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 March 2012 at 01:16

      Susah kita nak pastikan sesuatu perkara tu benar atau salah sekarang ni. Masing-masin suka bawak cerita. Kita jangan jadi sebahagian dari mereka yang suka sebarkan pembohongan tersebut.

      Reply
  17. Ahmad Ijat says

    16 March 2012 at 10:45

    Politik ni memang bahaya. Salah caranya boleh lingkup satu negara. Tapi AI rasa gambar helikopter tempur tu lagi bahaya, hehe (gurau je)

    p/s: Cikgu, heli jenis apa tuh?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      19 March 2012 at 01:13

      Tu la kan. Ada heli dok perati kita, tapi masih lagi nak bergaduh.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in