Pemasaran melalui email ternyata berkesan. Tapi kalau email yang digunakan diperolehi melalui cara yang tak sah, itu satu kesalahan. Email kena jual? Sapa punya email? Kita punya lah..
Tak percaya? Pernah korang dapat email promosi bukan-bukan tak? Email yang tak diundang tu biasanya akan masuk dalam spam box. Kalau tak bernasib baik, masuk juga dalam primary box. Sakit ati woo nak delete satu-satu.
Penjual email ni dah melampau. Inilah sebabnya aktiviti spamming semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang tu sehari sampai beratus email sampah masuk dalam inbox.

Berwaspadalah dengan email peribadi kita. Sekarang ni dah ada orang buat bisnes besar-besaran. Curi email entah dari mana, kemudian dijual kepada peniaga. Bagi peniaga yang takde etika, peluang tu nampak menguntungkan. Bayangkanlah kalau mereka ada 17juta email. Tak mustahil ada yang sangkut.
Macam mana mereka dapat email kita?
Itu persoalan yang sering bermain di minda. Sebenarnya banyak perisian yang berupaya mencuri email. Ada yang dapat melalui fb, spam email dan forum-forum. Lubuk ni yang mereka sering serbu untuk mengekstrak email kemudian disimpan dalam satu database supaya boleh dihantar promosi secara besar-besaran.
Apa yang boleh kita buat untuk mengelakkan email kita kena jual dan disalahgunakan?
Benda ni di luar kuasa kita. Nak sorok email takat mana sangat. Penjenayah ni guna perisian canggih. Sorok la macam mana pun, mereka akan dapat. Cuma untuk mengurangkan risiko atau saya istilahkan sebagai menepislencongkan aktiviti jenayah mereka, cuba cara ni.
1. Buat email khas untuk satu-satu tujuan. Contohnya bagi tujuan login facebook, tujuan perbankan, tujuan diberikan kepada kenalan dan untuk komen di blog. Memang banyak kerja, tapi kita dapat hadkan penggunaan satu-satu email. Bayangkan kalau cuma satu email je kita guna untuk semua tujuan, kan lagi mudah mereka nak curi.
2. Abaikan email spam yang kita dapat. Buat tak tau je dengan promosi mereka. Kalau masuk dalam primary email, tag sebagai spam. Esok lusa masuk la email tu dalam spam box. Senang cerita.
3. Gunakan image untuk memaparkan email. Ini salah satu cara yang biasa orang buat. Tak kesah la apa-apa bentuk imej pun yang boleh melambangkan email kita supaya hanya manusia yang boleh baca. Boleh juga guna perkhidmatan email icon generator untuk menjadikan email kita sebagai image.
4. Gantikan simbol @ dengan (at) atau yang sewaktu dengannya. Teorinya mudah. Apa-apa yang ada @ boot akan kesan sebagai alamat email. Jadi, dengan menukar kepada simbol lain, selamatlah ia daripada kena curi.
5. Letak contact form kat blog. Tak payah la dedahkan email tu kepada umum. Nak contact, sila gunakan ruangan contact yang disediakan. Kan mudah tu.
Mungkin banyak lagi yang boleh kita buat untuk mengelakkan kecurian email seterusnya menjadi mangsa kepada jenayah cyber.
Nasihat kepada peniaga yang menjual email saya, ingat engkau boleh kaya ke dengan aktiviti haram ni?
Nasihat kepada pembeli email. Jangan rasa email yang korang dapat tu boleh menjana keuntungan. Orang yang tak berminat terima email promosi akan biarkan je email tu. Reputasi akan jadi buruk sebab anda dicop sebagai spammer tegar.
mmg byk kali juga terima mcam2 email…agaknya mmg ada penjual email
lagi parah, bila ade jugak yg telefon kita…sah2 ada yg jual no hp kita sekali…aduhai
nak cari untung cara haram memang mudah. orang2 macam tu patut kena selipar saiz 8 je tu..
Memang tak boleh nak buat apa dah. Mesti ada punya spam email ni masuk. Kadang2 keram jugak. Tapi nak buat macam mana. Deleted je yang mampu.
buat la cam saya sarankan tu.cuba dulu. tengok kesannya nanti. 🙂
tu lah kadang bersepah email mcm ni sakit mata..gerammm…
tenang-tenangkan hati.. abaikan je email camtu. kalau masuk kotak spam, lagi senang. tak payah bukak langsung.
sikap nak keuntungan tidak akan membawa kemana-mana akhir akan rugi harta yang diperolehi tidak akan berkat dengan cara kotor.
dua-dua pihak salah. yang jual email dan yang beli email. kita pulak jadi mangsa.
ada juga pemain program affiliate ini yg mengumpul e-mail..mereka kumpul e-mail prospek melalui tawara benda2 free untuk di download dan minta kita masukkan e-mail sebagai syarat unutk donwload..hu3
yang tu kumpul secara sah. tak apa. sebab penerima email memang berkehendak dan tahu email tu dari sapa. yang ni cara yang patut kita guna.
aku memang tak suka benda-benda nih..menyemak aje.
dulu-dulu pernah terbuat tak bro? masa mula-mula mencebur diri dalam industri IM ni? hahaha
Biasanya akan check sebab pernah dapat job penting tapi gmail detect spam.. hoho.. kalau dah komen dari bnda spam tu memang menyakitkan..
masalah juga kalau jadi macam tu. nak check bukan satu kerja mudah.. dah la beratus-ratus email spamm ni. sabo je la..
macam-macam taktik sekarang ni, bukan sahaja email siap dengan no telefon sekali terkena tempias. Geram betul bila banyak spam. Pastu entah siapa siapa yang akan msg atau call buat promosi
kalau no telefon tu biasanya syarikat telekomunikasi la yang jual kepada promoter. hampeh betul kerja2 mereka.
Itulah dia pencuri dalam terang.
Apa patut kita buat dengan pencuri camni? nak potong tangan ke?