Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Hikmah di sebalik pencerobohan Lahad Datu

Hikmah di sebalik pencerobohan Lahad Datu

27 July 2013 by Cikgu Hairul

hikmah pencerobohan lahat datu

Isu pencerobohan Lahad Datu sudah senyap. Dua tiga minggu ni ada la sikit heboh-heboh lepas dakwaan pengganas menghantar surat untuk membalas dendam.

Pelik juga kan? Sebelum pilihanraya haritu, kecoh sangat, tapi bila waktu pilihanraya isu tu senyap terus.

Kejadian pencerobohan Sultan Sulu di Lahat Datu banyak mengajar kita. Selama ini kita tidak kenal siapakah Kesultantan Sulu. Kita mula membelek sejarah.

Dek kerana negara kita aman-aman saja, kita tidak tahu betapa mencabarnya kerja anggota keselamatan terutamanya pihak Polis dan Tentera. Kini kita sedar, merekalah yang sanggup berkorban di barisan hadapan menentang musuh. Kita sangkakan kerja polis selama ini menyaman orang cari duit tepi, namun kita silap. Tanpa mereka mungkin jenayah yang kita tengok kat berita hari-hari tu bukan setakat hari-hari tapi setiap minit berlaku.

Perairan Sabah yang luas selama ini rupa-rupanya mudah bolos. Lalu kerajaan mengambil keputusan perairan Sabah dibawah pemantauan Tentera. Bukankah ini berita mengembirakan?

Benarlah disebalik kejadian punya hikmah tersendiri bagi mereka yang ingin memahami dan mengambil iktibar.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. waiman takwa says

    27 July 2013 at 20:47

    Saya di Sabah berasa selamat kerana melihat ramai tentera mengawasi pantai dan perairan negara.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      28 July 2013 at 06:57

      Baguslah, itu salah hikhmah yang kita baru perasan.

      Reply
  2. Zuan says

    28 July 2013 at 00:53

    wallahualam. sy tak pernah smpai ke sabah, jadi tak tau bagaimana tahap keselamatan di sana. kawan ada pernah posting mengajar di sana, sangat teruk transportasi dan pembangunan di sana. sy cuma ingin persoalkan, kenapa pembangunan di dalam malaysia tidak seimbang dan hanya menumpu pada kl..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      28 July 2013 at 06:57

      Mungkin juga KL ibu negara.. Tak sepatutnya pembangunan terpilih kita amalkan.

      Reply
  3. Ikhmal Malique says

    28 July 2013 at 15:05

    sama sama lah kita ambil peduli mengenai keselamatan Malaysia. bukan nya berbalah sesama sendiri dengan politik sampah yang tak ada kebaikan.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      31 July 2013 at 09:27

      yang berbalah tu kita tengok kan je.. sampai mana dia nak berbalah. takkan sampai kiamat kot. lama-lama dia penat dia diam la.

      Reply
  4. hafidz says

    29 July 2013 at 16:55

    RESPECT sama mereka yang Bertugas DEMI MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA!

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      31 July 2013 at 09:28

      Tabik spring– kagum dengan kegigihan mereka. Ramai manusia yang tak paham cuba nak jadi Panglima Perang. Arah itu ini tanpa mengetahui selok-belok perang.

      Reply
  5. azwan says

    30 July 2013 at 11:57

    isu ni naik time dekat pilihan raya. so itu berita yang cukup sensasi untuk dimainkan.
    tapi lepas pilihan raya. menteri pun dah bertukar. isu ni jadi suam-suam kuku je

    Reply
  6. Hafizul says

    30 July 2013 at 16:33

    Emm dulu tak perasan kan..sekarnag barulah nak perasan..hehe

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      10 August 2013 at 12:13

      Ada juga yang masih tak perasan atau buat-buat tak perasan. Kesian mereka.

      Reply
  7. kakiblog says

    30 July 2013 at 18:28

    memang setiap kejadian ada hikmahnya..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      10 August 2013 at 12:12

      Cuma kadang-kadang kita je yang tak tau kan..

      Reply
  8. sukma says

    2 August 2013 at 10:40

    isu Lahad Datu memang isu yang menyentuh hati setiap rakyat Malaysia…kerana Lahad Datu perajurit kita dihantar mengadakan operasi di sana. Satu kem baru di Felda Sahabat akan dibuka maka ramailah anggota keselamatan kita di sana termasuk ler my son yang dihantar bertugas di 22RAMD……huhu

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      10 August 2013 at 12:12

      Wah berkhidmat untuk negara. Bangga sungguh dapat anak camtu.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in