Cuti sekolah datang lagi. MyWife bercuti, saya pun ambik cuti. Minggu lepas saya pegi ke Hot Springs Sungai Klah. Ia terletak di Felda Sungai Klah, daerah Sungkai Perak. Kalau drive dari Kuala Lumpur lebih kurang 2 jam perjalanan. Dari highway utara selatan tu, saya ambik exit Slim River. Keluar je simpang ambik simpang ke kanan. Terus ikut signboard. Memang senang nak sampai ke Sini. Baiknya kerajaan dah sediakan kemudahan macam tu.
Jangan terkejut dan patah balik pulak kalau jalan yang dilalui macam kawasan hutan. Dah betul la jalan tu kalau ikut signboard. Memang kita akan melalui kawasan perumahan orang Felda. Sambil tu pandanglah kanan dan kiri. Tengok juga macam mana kerajaan mentransformasi orang-orang yang tiada tanah menjadi kaya raya macam sekarang.
Sampai je kat sana terus ke kaunter. Bayaran untuk dewasa RM12, kanak-kanak RM10, Warga emas RM7. Dengar khabar ianya dah naik. Sebelum ni untuk dewasa cuma RM10 je. Takpe la kan, dah banyak penambahbaikkan yang dibuat. Berbaloi la RM12 tu. Siap ada keretapi, tandas, tempat menukar pakaian dan tempat simpan barang. Kedai makanan pun ada juga.
Untuk ke tempat mandi manda ada disediakan keretapi. Tunggu penumpang penuh dan kita mulakan perjalaan. Bukan jauh sangat pun dari pintu masuk. Lebih kurang 500m je. Kalau berjalan pun baik untuk kesihatan. Dah ada perkhidmatan percuma tu naik je la ye tak?
Ada dua kawasan kolam yang besar kat sini. Satu kawasan kolam air sejuk dan satu kawasan lagi kolam air panas. Kolam air sejuk ni ramai orang. Lagi-lagi masa musim cuti sekolah. Kawasan kolam air panas ada banyak kolam kecik lain-lain suhu. Pilih je la mana nak masuk. Tapi saya suka yang kolam air panas paling besar. Sapa nak test power dan kekebalan cuba try masuk dalam kolam air panas ni. Berendam 10 minit pun ok la. Naik-naik je sediakan air asam. Cicah daging sendiri dan makan. Hehehehe.
Biasa lah kalau main dengan air perut mesti lapar. Kat sini ada tempat rebus telur. Beli telur 5 biji RM3. Lepas tu bolehla makan mengenyangkan perut yang kelaparan.
Secara keseluruhannya tempat ni memang best untuk dikunjungi. Bab penginapan, banyak homestay orang felda sediakan. Sepanjang jalan boleh tengok-tengok homestay yang berkenan. Pihak feldatravel juga ada sediakan hotel. Yang tu agak ekslusif. Saya lebih suka balik hari je. Bukan jauh pun dari KL. Sapa yang belum pernah pegi lagi jomlah bercuti. Manafaatkan percutian yang ada sebaiknya.
Naziman says
Wahh..cantik ya..macam lagi cntik dari kolam air pnas poring tau..
Cikgu Hairul says
Poring tu kat mana ye?
Jebeng Otai™ says
kat sabah..antara yg top juga..hehe
Cikgu Hairul says
Owh ye ke.. Kalau saya dapat posting ke sana nanti mungkin akan cari gak tempat tu..
Naziman says
Sori lambat sikit balas. Nasib baik jebeng balas. Iya kat sabah. Dekat ranau. Best. Memang antara kolam air panas yang top juga.
tehr says
Musim cuti sekolah ni memang bagus bawa keluarga jalan2
Malangnya anak aku ada kelas tambahan sepanjang cuti
Tak dapat la kami nak ke mana2 kali ni
Cikgu Hairul says
Takpe, abis periksa nanti boleh bawak jalan puas-puas. Sekarang ni berkorban utk anak2.
nizamghazi says
Untung Cikgu Hairul ada masa untuk ber HOT SPRING.
Saya pula hanya hot sendiri. huhuhu
Mungkin kalau ada teman, akan ke sana untuk springkan badan
Cikgu Hairul says
Laaa kenapa hot-hot ni? Hheheheh
alieza dayasari says
waaaaaaaaaaa…. seronok sih bercuti.
sama2 lah menikmati cuti.
Cikgu Hairul says
Seronok ler.. Dah g bercuti ke?
Hafizul says
Hehe..best nya g berkelah..mandi2 sungai…tapi cantik la hot spring dia…gambar yang diambil pun cantik2 belaka..hehehe..
Cikgu Hairul says
Memang cantik dan selesa.
hatiputera says
cikgu hairul,,cantik permandangan tu…oh ya kepanasan air di kolam air panas boleh buat rebus telur ayam sampai masak…
nurmisnan says
Never been here b4.. Kena jejak juga nanti..
Nampak seronok u guys
Izzuddin Fauzi says
Seronok dapat bersantai di hot spring ni 🙂
rahman says
kolam air gunung tu memang sejuk walaupun mandi di tengah hari
puanbee says
wah sini boleh rebus telur lak eh , suka sangat akk kalau gitu nanti nak try g sana pulak