Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Ibadah Merentas Kehidupan

Ibadah Merentas Kehidupan

15 April 2013 by Cikgu Hairul

Konsep ibadah merentas kehidupan telah diajar oleh Baginda Rasulullah dahulu lagi. Tapi ramai juga yang masih keliru dengan istilah ibadah. Ada yang masih anggap ibadah cuma solat je.

Solat Subuh = 2 rakaat : 5 minit
Solat Zohor = 4 rakaat : 10 minit
Solat Asar = 4 rakaat : 10 minit
Solat Maghrib = 3 rakaat : 7 minit
Solat Isyak = 4 rakaat : 10 minit

Total masa untuk Allah = 43 minit daripada 1440 Minit Sehari. Macam mana nak dapat masuk syurga Allah? Itu kata sesetengah orang.

Kalau anggap hanya solat saja yang dikira ibadah, macam ni la jadinya. Bukankah ibadah itu merentas kehidupan. Eh boleh ke? Mestilah boleh. Nabi Muhammad S.A.W kan dah ajar kita macam mana yang boleh menjadikan seluruh kehidupan itu ibadah.

[info]Empat Syarat Untuk Menjadikan Semua Perkara Itu Ibadah.

1. Buat kerana Allah.
2. Perkara itu bermanafaat.
3. Halal dan patuh syariah.
4. Tidak meninggalkan perkara asas.[/info]

Setiap perkara harus yang kita buat ikut sunnah akan mendapat pahala. Kita kena jadi orang bijak mengumpul pahala. Niatkan kerana Allah, insha allah beroleh ganjaran.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Hazmin Hamudin says

    15 April 2013 at 14:04

    Kerja yang kita lakukan seharian jika diniatkan kerana Allah rasanya dikira ibadah jugakkan.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      16 April 2013 at 08:46

      betul tu. tapi pastikan ia bermanafaat dan tak langgar perintah Allah.

      Reply
  2. hafiz says

    16 April 2013 at 12:56

    perkara yang sebegitu mudah kadang2 menjadi begitu berat termasuklah saya, terima kasih atas info ini..

    Reply
  3. Amar says

    29 April 2013 at 11:11

    Orang-orang terdahulu berzikir dalam setiap nafas.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in