Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / IBM AS/400

IBM AS/400

30 November 2013 by Cikgu Hairul

Bismillahhirrahmanirrahim.

Sistem dalam AS/400 tu siapa tulis?

Lebih setahun saya tinggalkan AS/400. Saya mula kenal AS/400 tahun 2007 ketika sertai IBM. Bukan direct hire, tapi contract sub dari satu kompeni lain. Kontrak sentiasa auto-renew setiap tahun. Selepas 4 tahun lebih saya bertukar ke ExxonMobil (kontrak juga) dengan tawaran gaji basic double. Dan beban tanggung jawab yang juga double. Tak sampai setahun, saya tender dari ExxonMobil dan bekerja sendiri sebagai fulltime videographer.

OK. Panjang intro. Balik kepada AS/400. AS/400 ialah sejenis server yang letaknya tentulah dalam Data Center. Kami sebutnya sebagai Machine AS/400. AS/400 biasanya digunakan oleh bank, syarikat insuran, kilang-kilang besar dan syarikat perkapalan.

AS/400 ni mesin mahal. Kompeni kecil tak mampu. Tapi mesin ni sangat boleh diharap untuk operasi online. Sebuah mesin AS/400 mampu kendali operasi mesin ATM seluruh negara. Kalau gunakan server Unix, perlu sekitar 10 hingga 15 unit. Bayangkan ExxonMobil hanya perlukan 4 unit AS/400 untuk operasi utamanya dari Europe, Timur Tengah dan Asia.

Jika server Unix perlu reboot (restart) sekali dalam sebulan, AS/400 boleh bertahan sehingga 3 bulan dengan sekali IPL (restart). Tapi jika operasi tak benarkan downtime langsung, AS/400 boleh bertahan sehingga 3 tahun tanpa masalah besar.

as400_ecran

Apa pentingnya saya merepek tentang AS/400 ni?

Ini nak cerita ni. Orang Islam patut baca.

1. Mesin ni sangat stabil.

2. Semua komponen Operating System (OS) nya a.k.a. i5 OS bermula dengan huruf Q.

3. Contohnya QJOB untuk komponen sistem yang mengawal semua Job yang dilaksanakan oleh mesin.

4. QBATCH untuk pemprosesan Batch. QSECOFR untuk ID Security Officer dan begitulah seterusnya.

5. Semua yang berkaitan dengan sistem bermula dengan Q tapi IBM tak pernah jawab apakah makna Q tu. Tak didokumentasi di mana-mana. Tapi…

6. Jelas sekali semua peraturan dan cara kerja AS/400 mematuhi law yang ada dalam Al-Quran.

7. Setiap ID atau Username dalam AS/400 ada Mother ID (setiap Identiti ada ibu) kecuali QSECOFR (Adam).

8. Tak ada satu ID pun yang boleh dipadam atau delete (bersemadi) selagi mana-mana object miliknya (hartanya) tidak dinamakan pewarisnya. Setiap ID ada wasiat, nama pewaris jika ID itu dipadam, kepada siapa hartanya akan diserahkan. Jika tiada wasiat, hartanya dikembalikan kepada ibunya. Jika ibunya sudah dipadam, ia dikembalikan kepada satu ID khas yang bertindak sebagai pengurus amanah.

9. Begitu juga dengan perihal permission dan job dalam AS/400, semua patuh syariah. Cara troubleshoot juga sama.

10. Secara peribadi saya kata, team yang menulis program AS/400 di Rochester ialah orang-orang yang mengkaji Al-Quran dan mereka adaptasi peraturan dalam Al-Quran dalam AS/400.

Bila peraturan Al-Quran digunakan dalam server mampu menjadikan AS/400 sebuah mesin komputer yang sangat stabil, kenapa pula kita tak guna pakai dalam kehidupan kita? Sedangkan Al-Quran diturunkan untuk manusia.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. TehR says

    30 November 2013 at 12:10

    sangat menarik
    al quran memang panduan untuk manusia

    Reply
  2. Rina says

    1 December 2013 at 08:05

    Jika bisa senantiasa mengamalkan Al Quer’an, Insya allh hidup akan lebih baik
    Jangan mau kalah dengan mesin itu, semangat …

    Reply
    • Amar says

      1 December 2013 at 09:02

      Betul tu…
      “Jangan mau kalah dengan mesin itu, semangat …”
      🙂

      Reply
  3. Shubhi says

    1 December 2013 at 22:34

    Maklumat menarik. Tersentak sebentar dengan pertanyaan pada akhir kalam…! Terima kasih berkongsi

    Reply
    • Amar says

      2 December 2013 at 12:20

      Terima kasih kembali. Semuanya dari Allah.

      Reply
  4. titan says

    2 December 2013 at 02:22

    serius, aku tak tahu pun pasal ibm ni. haha..

    Reply
  5. Khairul Zamri says

    8 December 2013 at 16:02

    sorry bro ak noob sikit pasal komputer system ni huhu

    Reply
    • Amar says

      8 December 2013 at 20:34

      Takde hal. Yang penting “quote” yang last tu untuk kita fikirkan bersama.

      Reply
  6. anif says

    9 December 2013 at 21:19

    Baru sahaja menamatkan perkhidmatan AS/400 ditempat saya bekerja. Kos selenggara dan perkara berkaitan semakin mahal!

    Reply
    • Amar says

      11 December 2013 at 08:59

      Ya. AS/400 memang mahal. Khasnya mesin model lama seperti 9402 dan yang lebih awal. Jika kompeni ada lebih 20 unit Unix boxes, migrate ke dalam satu AS/400 ia akan jadi lebih murah. Tapi jika cuma ada sekitar 5 unit Unix boxes, baik bertahan dengan Unix saja.

      Tapi kalau sebelum ni gunakan AS/400 secara maksimum, bila beralih ke Unix, kena buat kiraan dengan tepat, berapa beban tugas yang akan ditanggung oleh Unix tu nanti.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in