Hai, sudah beberapa hari aku terfikir idea peniaga jalanan menjana pendapatan semasa PKP dilaksanakan. Ini tercetus apabila aku tengok dekat medsos, ramai dalam kalangan peniaga-peniaga mengeluh sebab tak boleh buka gerai.
Mungkin semalam cerita kak kiah memberi kesan mendalam kepada kak kiah-kak kiah seluruh Malaysia. Kak Kiah adalah cerminan hampir majoriti rakyat. Adakah kak Kiah harus berputus asa untuk meneruskan hidup walaupun terpaksa menghentikan aktiviti jualan pisang gorengnya?
Jika pikiran kita singkat, mungkin PKP akan dijadikan alasan paling atas untuk hanya mengharap bantuan tanpa berbuat apa-apa. Habis RM1600 bantuan yang kerajaan beri, nak buat apa lagi? Sedangkan hidup kena teruskan.
Aku cuba masuk dalam kasut peniaga-peniaga tepi jalan ni. Ada di antara mereka menjual pisang goreng, ada yang jual kuih-muih, ada yang jual nasi bungkus, ada yang jual buah-buahan, ada yang jual air balang dan macam-macam lagi.
Kebetulan, dalam kejiranan aku ni ada sorang makcik yang jual kuih. Apa dia buat sepanjang tempoh tidak dibenarkan meniaga di tepi jalan ni, dia contact jiran-jiran melalui whatsapp group kejiranan kami. Dia tanya ada nak makan kuih, nasi lemak, roti ke atau apa-apa makanan yang nak dimakan? Yelah, kan kita tak boleh keluar sesuka hati.
Melalui permintaan jiran-jiran makcik tu akan hantar ke rumah-rumah. Sehari sebelum tu dia akan ambil order. Sarapan, makan tengahari dan untuk makan diwaktu petang akan dihantar pada waktu yang dia bagitau. Mungkin jualannya tak sebanyak masa dia menjual di tepi jalan. Tapi boleh la untuk menampung hidup.
Begitu juga dengan peniaga-peniaga lain. Mungkin idea ni sesuai untuk korang. Peniaga buah, pun boleh buat macam ni. Aku pun baru order buah-buahan dari sorang peniaga yang jual online melalui fb kat kejiranan aku nih.
Time ni, database pelanggan sangat berguna kan. Ada peniaga dah kumpul nombor telefon pelanggan dia dulu, just blast je sms, whatsapp atau telegram bagitau boleh dapatkan apa yang dijual secara online. Cuma kerjanya agak rumit sikit la. Tapi lebih elok la daripada tak ada jualan langsung.
Okeh, setakat ni idea aku yang aku boleh share berdasarkan pengalaman aku sendiri. Bukan sebagai peniaga, tapi sebagai pengguna. Kalau korang ada idea yang lain, boleh share kat sini. Nanti kita viralkan supaya kita dapat membuka minda semua peniaga.
Leave a Reply